Anda di halaman 1dari 10

The Asean Journal of Knowledge Contribution

ISSN: 2286-828X
Vol. 4, No. 4 (2015) 58-67

PERTUTURAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AUTISME: SATU KAJIAN KES


Dr. Abdul Rahim B. Razali, Dr. Nordin B. Mamat, Nadia Nabila Bt. Mohd Jaafa,
Dr. Abdul Talib B. Mohamed Hashim, Azli B. Ariffin, Noreha Bt. Yusuf
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Abstrak
Objektif kajian ialan untuk menilai tahap pertuturan kanak-kanak autisme dari aspek sebutan dan kefahaman. Reka
bentuk kajian kes dipilih bagi tujuan menjawab dua persoalan kajian. Instrumen senarai semak Senarai
Perkembangan Komunikasi Mac Arthur: Kata dan Perilaku. Seramai empat orang kanak-kanak autisme dipilih
menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan.Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan responden
menguasai kemahiran kefahaman iaitu min keseluruhannya ialah 74.40% dan juga min keseluruhan bagi kemahiran
sebutan ialah 86.85%. Dapatan kajian juga mendapati kanak-kanak autisme menghadapi masalah di dalam
kehidupan seharian iaitu malu untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kajian juga mendapati penggunaan
simulator berkomputer menggunakan inventori perkataan berfungsi dan prototaip perisian inventori perkataan
berfungsi dan penggunaan bahan bantu mengajar elektronik membantu menarik minat untuk belajar dan
meningkatkan kemahiran komunikasi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pertuturan kanak-kanak autisme
bagi aspek kefahaman dan sebutan masih baik dan boleh dibantu dengan rangsangan persekitaran. Kajian yang lebih
komprehensif perlu dilaksanakan untuk melihat kesan penggunaan bahan bantu mengajar elektronik kepada kanakkanak autisme.
Kata kunci: Masalah pertuturan, Autisme, bahan bantu mengajar elektronik
1.0 Pengenalan
Gangguan Spektrum Autisme (ASD) ditakrifkan sebagai kekurangan corak pada tingkah laku dengan salah satu
daripada ciri-ciri utama iaitu batasan dalam interaksi sosial, komunikasi dan perilaku berulang yang rutin.
Seterusnya, masalah sensori deria, kecacatan mental, Seizures, Fragile X Syndrome dan Tuberous Sclerosis juga
merupakan di antara masalah ASD yang kerap berlaku. Sementara itu, ASD juga merangkumi masalah perilaku
seperti hiperaktif, jangka masa tumpuan yang singkat, impulsif, agresif, menyakiti diri dan mengamuk. Mereka juga
memiliki masalah dengan sensori deria seperti respon yang tidak wajar terhadap sentuhan, bau, suara dan sensori
lain (Pierangelo & Giuliani, 2008). Gejala Autisme ini mulai kelihatan sejak lahir atau semasa kanak-kanak masih
kecil; biasanya sebelum umur tiga tahun (Yirmia & Charman, 2010). Selepas umur tiga tahun barulah perkaraperkara yang tidak diharapkan muncul namun masih nampak seperti teka-teki yang memerlukan pemikiran besar
untuk dicarikan solusi penyelesaiannya (Rutter, 2011). Gejala ini dapat dikategorikan sebagai tahap sangat ringan,
sedang dan teruk sehingga masyarakat mungkin tidak menyedari akan kewujudannya. Parah atau ringannya
gangguan Autisme sering dikaitkan dengan keberfungsian. Mereka kemudian diklasifikasikan dalam kategori low
functioning Autisme dan high functioning Autisme. (http://www.wikipedia.org) *
Masalah utama kanak-kanak Autisme terletak pada aspek interaksi sosial, komunikasi dan juga perilaku. Kajian ini
hanya memfokuskan pada masalah interaksi sosial dan komunikasi kerana jika terjadi masalah dalam kedua aspek
ini akan mengakibatkan kanak-kanak Autisme mengalami kesukaran untuk menjalin hubungan dengan dunia di luar
dirinya. Walau bagaimanapun, kesemua aspek ini saling berkaitan menyebabkan masalah perilaku juga turut
dihuraikan dalam kajian ini. Terdapat pelbagai masalah interaksi sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak Autisme.
Pierangelo & Giuliani (2008) menghuraikan bahawa masalah interaksi sosial yang lazim dimiliki oleh kanak-kanak
Autisme adalah dalam hal (a) melihat benda melalui orang namun tidak sedar adanya orang lain, (b) tidak responsif
terhadap ekspresi muka atau perasaan orang lain, (c) kurang terlibat dalam aktiviti bermain peranan; imaginasi
rendah atau tidak memiliki daya imaginasi sama sekali, (d) tidak menunjukkan minat biasa dalam bermain bersama
rakan-rakan sebaya, (e) tidak mengambil giliran semasa permainan, (f) tidak dapat berkongsi keseronokan, (g)
kekurangan dalam kontak mata, dan (h) kurang memulakan aktiviti atau bermain secara sosial. Kepelbagaian
*

The material presented by the author(s) does not necessarily portray the viewpoint of the editors and the management of The
Asean Journal of Knowledge Contribution. Any remaining errors or omission rest solely with the authors of this paper.
Citation: Abdul Rahim, Nordin, Nadia Nabila, Abdul Talib, Azli, Noreha (2015). Pertuturan Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Autisme : Satu Kajian Kes, 4(4), 58-67.

Abdul Rahim, Nordin, Nadia Nabila, Abdul Talib, Azli & Noreha
masalah interaksi sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak Autisme menyebabkan mereka sukar berinteraksi dengan
orang lain menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan. Mereka kerap disebut sebagai berada dalam dunia
sendiri sehingga semua aktiviti hanya berpusat pada kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan adanya orang
lain. Masalah seperti ini jika tidak diambil perhatian yang sesuai serta tidak dimulakan sejak awal kanak-kanak,
maka akan semakin mengganggu perkembangan sosial mereka apabila usia mereka semakin meningkat.
Selain masalah dalam aspek interaksi sosial, kanak-kanak dengan gangguan Autisme atau biasa disebut Autistic
Syndrom Disorder (ASD) juga menunjukkan kelewatan atau kesukaran dalam banyak aspek komunikasi. Pierangelo
& Giuliani (2007) menjelaskan bahawa setiap orang dengan ASD mempunyai kemahiran komunikasi yang berbeza.
Sesetengah orang mungkin mempunyai kemahiran lisan yang agak baik, dengan hanya sedikit kelewatan bahasa,
bersama-sama dengan kecekapan sosial yang terjejas. Sedangkan kanak-kanak yang lain tidak boleh bercakap sama
sekali atau mempunyai keupayaan terhad atau kepentingan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
Kira-kira 40 peratus daripada kanak-kanak dengan ASD tidak bercakap sama sekali. Kumpulan lain iaitu sebanyak
25-30% kanak-kanak dengan ASD mempunyai beberapa perkataan pada umur 12-18 bulan dan kemudian
kehilangan kata-kata tersebut. Sementara itu, kumpulan lain boleh bercakap, tetapi semasa lewat usia kanak-kanak.
Terutamanya bagi interaksi sosial, kanak-kanak dengan Autisme cenderung untuk tidak memulakan ucapan yang
sesuai atau secara spontan terhadap pelbagai orang, tempat, atau rangsangan (Charlop & Trasowech, dalam Liber,
Frea, & Symon, 2008). Biasanya mereka melakukan komunikasi yang tidak dapat difahami oleh orang lain
mengakibatkan mereka tidak dapat berkomunikasi secara normal seperti orang pada umumnya. Selain dari itu,
kadang-kadang bentuk komunikasi mereka menjadi tidak dapat diterima oleh orang di persekitaran ketika mereka
mengamuk jika keinginan mereka tidak dipenuhi, mengulang-ulang pertanyaan atau ayat yang disampaikan oleh
orang lain, serta tidak menjawab ketika diajukan soalan.
2.0 Pernyataan Masalah
Masalah interaksi sosial dan juga komunikasi merupakan hal yang penting untuk dibincangkan demi mendapatkan
keputusan terhadap jenis bantuan yang boleh dicadangkan untuk meminimakan masalah ini bagi kanak-kanak
Autisme. Pemberian intervensi awal perlu dilakukan agar kanak-kanak dengan masalah Autisme boleh dibantu sejak
mula masalah muncul dan tidak menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan umur. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Al-Shammari dan Yawkey (2008), tiga jenis program intervensi telah dipilih yang telah
menunjukkan kebolehan untuk mengajar pelajar dengan keperluan khas dalam hal kemahiran sosial dan komunikasi.
Program intervensi itu termasuk (a) memainkan latihan intervensi, yang merangkumi aktiviti-aktiviti di luar di mana
guru mengarahkan dan membimbing aktiviti permainan pelajar, manakala semasa aktiviti di dalam, guru menjadi
contoh dalam aktiviti permainan, (b) memainkan aktiviti intervensi pengayaan, seperti menyediakan prosedur
penting termasuk pemerhatian permainan dan penglibatan di dalam intervensi permainan dan (c) strategi
pembelajaran intervensi tingkah laku sosial, seperti yang diringkaskan dalam Stop-Observe-Deliberate-Act (SODA),
yang berusaha melatih pelajar Autisme untuk menggunakan self-talk dalam aktiviti permainan sosial.
3.0 Tinjauan Literatur
Autisme adalah gangguan tingkah laku yang meluas dan rumit. Autisme adalah sangat teruk dan penyakit sepanjang
hayat. Apabila kanak-kanak didiagnos sebagai kanak-kanak autisme, ini memberikan kesan yang besar di dalam
hidup kanak-kanak tersebut, keluarga, sekolah dan komuniti. Kanak-kanak autisme ini dapat dikategorikan daripada
sangat pandai sehinggalah kepada yang tidak dapat bertutur (Schreibman, 1988 dalam Perko & McLaughin 2002).
Individu yang mengidap autisme mempunyai pelbagai ciri-ciri yang biasa yang dapat dilihat tetapi individu yang
dilabelkan sebagai autisme tidak bermakna mereka akan menunjukkan kesemua ciri-ciri yang perlu ada pada
individu autisme. Ciri-ciri yang paling ketara yang dapat dilihat ialah kelambatan perkembangan bahasa mereka. Hal
ini selalunya akan memberikan sesuatu isyarat yang pertama kepada ibu bapa tentang ketidaknormalan
perkembangan anak-anak mereka. Kanak-kanak yang mengidap autisme yang sangat teruk tidak akan dapat
bercakap atau memahami apa yang dipertuturkan oleh orang sekeliling.
Manakala, kanak-kanak autisme ringan boleh menguasai bahasa tetapi terbatas. Satu tingkah laku yang biasa
dilakukan oleh mereka ialah mengulang kembali percakapan yang dipertuturkan oleh orang lain kerana mereka tidak
memahami kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi yang membolehkan mereka mencipta ayat sendiri atau
menyatakan keinginan mereka dengan cara yang betul (Grandin 1996; Lovaas & Newsom, 1976 dalam Perko &
McLaughin 2002). Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam
komunikasi. Mereka lambat untuk bertutur dan ada sesetengah gagal secara total untuk bertutur. Sekirannya mereka
dapat bertutur, mereka hanya bertutur pada masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya mereka
hanya mampu menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru
apa yang orang lain katakan tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

59

The Asean Journal of Knowledge Contribution

Pertuturan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme : Satu Kajian Kes


Schreibman (1988), dalam Perko & McLaughin (2002), menyatakan sebanyak 50% individu autisme tidak dapat
menguasai pertuturan yang baik. Individu yang mengidap autisme ini selalunya susah untuk mengeluarkan
pertuturan yang dapat difahami oleh orang sekeliling. Autisme adalah berkaitan dengan perkembangan neurologi
yang dikaitkan dengan mempunyai masalah interaksi sosial dan aktiviti-aktiviti sosial yang berkaitan seperti susah
untuk memperoleh dan menggunakan komunikasi, keupayaan berbahasa, mempunyai minat yang terhad kepada
sesuatu, dan lebih suka aktiviti-aktiviti harian yang sama untuk setiap hari serta tidak berubah-ubah. Kira-kira satu
per tiga sehingga separuh individu yang mengidap autisme ini mempunyai masalah dalam menggunakan bahasa dan
pertuturan dalam menghasilkan komunikasi yang bermakna. Selain itu, mereka juga tidak pandai untuk menunggu
giliran, corak pertuturan yang tidak sekata dan nada suara yang mendatar, di dalam perbualan individu autisme
selalunya memberhentikan percakapannya pada waktu yang tidak sesuai, tidak dapat mentafsir perbualan kiasan dan
susah untuk memahami isyarat sosial oleh orang lain. Di samping itu, kesusahan untuk menghasilkan pertuturan dan
memproses pertuturan akan menyebabkan interaksi interpersonal akan menjadi tertekan, keliru dan selalu tersalah
tafsir yang akan menyebabkan mereka tidak mahu untuk melibatkan diri di dalam interaksi sosial (Hoque et all.,
2009).
Sebahagian daripada manusia menyatakan muzik adalah sumber untuk berhibur, memberi inspirasi dan
menenangkan. Sesetengah daripada manusia juga menggunakan muzik sebagai satu terapi, pedagogi, rekreasi dan
untuk menggunakan teknik yang menarik dalam sesuatu perkara terutamanya untuk mengajar (Daveson & Edward,
1998 dalam Kissinger & Worley 2008). Muzik juga boleh dijadikan sebagai satu saluran untuk berkomunikasi
terutamanya untuk kanak-kanak autisme. Untuk kanak-kanak autisme, proses komunikasi tradisional tidak
berkesan, hal ini kerana, kemahiran komunikasi kanak-kanak autisme yang lisan mahupun bukan lisan tidak dapat
dikembangkan. Sebagai contohnya, Strate (2003), dalam Daveson & Edward (1998), dalam Kissinger & Worley
(2008), menerangkan walaupun kanak-kanak autisme ini sangat pandai dan dapat bertutur dengan baik, akan tetapi
jika kanak-kanak autisme ini mempunyai tahap penyakit yang teruk, mereka tidak dapat bertutur secara total
ataupun mereka hanya dapat bertutur secara minimum. The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder
(1994) dan The Autism Society of America (1998) dalam Daveson & Edward (1998), dalam Kissinger & Worley
(2008), menyatakan satu kriteria yang kanak-kanak autisme didiagnos ialah kelambatan atau ketidaknormalan dalam
komunikasi. Walaubagaimanapun, Orelove & Sobsey (1991) dalam Daveson & Edward (1998), dalam Kissinger &
Worley (2008), menyatakan kemahiran komunikasi sangat kritikal dalam mengekalkan hubungan sosial,
mempelajari kehidupan bermasyarakat dan memenuhi hampir kesemua keperluan manusia.
Kecacatan dalam komunikasi lisan dan bukan lisan adalah teras utama yang menentukan seseorang itu adalah
individu autisme (National Research Council (NRC), 2001 dalam Nunes 2008). Masalah komunikasi ini bermula
daripada peringkat bisu sehinggalah peringkat ekolalia (Klin, 2006 dalam Nunes 2008). Kajian telah menunjukkan
individu autisme gagal untuk bertutur melalui bahasa badan dan mimik muka (Heflin & Alaimo, 2007 dalam Nunes
2008). Dalam konteks kefahaman, sesetengah individu autisme menunjukkan kesukaran untuk memproses
maklumat yang melibatkan audio dan vokal seperti bahasa lisan (Wong & Wong 1991 dalam Nunes 2008) dan
memahami pembetukkan komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan (Wetherby, et al., 2000 dalam Nunes 2008).
Individu autisme ini lemah dalam perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi, hal ini menyebabkan mereka
adalah calon yang terbaik untuk intervensi yang menggunakan komunikasi argumentatif dan alternatif sama ada
memberikan penambahan kepada pertuturan yang sedia ada mereka, atau menggantikan cara untuk mereka
berkomunikasi. Di dalam laporan yang terbaru, intervensi komunikasi argumentatif dan alternatif adalah
berfokuskan kepada individu autisme dan membincangkan tentang keberkesanannya kaedah tersebut kepada
individu autism (Nunes 2008). Selain itu, Hoque et all., (2009), memperkenalkan intervensi pertuturan yang
berbentuk penerokaan di mana individu autisme perlu melibatkan diri di dalam permainan menarik yang telah
diubahsuai untuk membantu mereka meningkatkan lagi kefahaman pertuturan mereka. Sebagai contohnya, ada
dalam kalangan kanak-kanak autisme bercakap dengan kadar yang sangat laju menyebabkan guru-guru dan rakanrakannya tidak memahami apa yang diperkatakan.
Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji tersebut, telah mengubahsuai permainan lari kura, di mana peserta akan
mengawal kura-kura dengan bertutur pada kadar yang perlahan. Objektif untuk permainan ini ialah menamatkan
larian dengan bertutur pada kadar yang perlahan. Dengan intervensi ini pengkaji bukan ingin mengubah cara
tradisional dalam terapi pertuturan tetapi mereka ingin membantu individu autisme ini yang mengalami kesusuahan
untuk bertutur. Rubina Lal (2007), menyatakan, penggunaan alatan visual dan sokongan dapat memudahkan
kemahiran komunikasi dalam kalangan kanak-kanak autisme. Strategi visual adalah penting untuk menggalakkan
proses komunikasi antaranya ialah daripada mimik muka, bahasa badan, sesuatu benda, gambar untuk dijadikan
poster dan carta. Bahan-bahan visual ini berkesan dalam menggalakkan penerimaan, pemprosesan, tindakan dan
mengungkapkan sesuatu komunikasi yang berkesan.
Di sekolah, guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme. Hal ini kerana kanak-kanak
autisme ini sukar dikenalpasti secara fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik
sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan dan nada

60

Vol. 4, No. 4 (2015)

Abdul Rahim, Nordin, Nadia Nabila, Abdul Talib, Azli & Noreha
suara yang berbeza bagi mentafsirkan perasaan. Menurut Vacca (2007), dalam jurnalnya bertajuk Autistic Children
Can Be Taught to Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autisme sentiasa berkurangan, maka
penulisan dan pemahaman yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Jadi, guru perlu mengajar dalam
bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku di
sini? Apa yang akan berlaku seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007), percaya bahawa adalah lebih baik
sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding dengan bahan yang berbentuk fantasi. Tambahan lagi,
Vacca (2007), beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autisme suatu aktiviti yang
menyeronokkan dengan menggunakan Authentic High Interest Visual Material. Berdasarkan jurnal beliau, Grandin
(2002), menyatakan, bahawa kanak-kanak autisme memilik pemikiran visual. Mereka dapat memikirkan gambar
rajah. Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran
untuk kanak-kanak autisme, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta
kanak-kanak autisme melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut di bawah
gambar itu. Selepas itu, guru boleh meminta kanak-kanak autisme itu menerangkan gambar kartun yang dilukis di
hadapan kelas.
Apabila mereka selesai melakukan sesuatu tugasan, berikanlah pujian walaupun kadang-kala mereka tidak
memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka
telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Semasa mengajar guru digalakkan untuk menggunakan kad-kad, foto-foto,
gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Kepintaran guru
dalam mengenal pasti perasaan mereka tidak akan mempengaruhi tingkah laku mereka yang cenderung ke arah
perlakuan negatif seperti mencederakan diri sendiri dan orang lain. Dalam artikel Cognitive Skills of Young Children
with Autism and Without Autism Spectrum Disorder Using BSID-111, autisme pertama kalinya diterangkan oleh
Kanner dalam Carolyn Long et all., (2011), yang telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan kanak-kanak
autisme yang menunjukkan ciri-ciri obses terhadap sesuatu, sterotaip, ekolalia tetapi mempunyai keupayaan kognitif
yang bagus. Walaupun kanak-kanak ini tidak dapat meningkatkan keupayaan berbahasa mereka, Kanner mendapati
mereka mempunyai keupayaaan di dalam menyiapkan puzzle atau dapat melakukan sesuatu aktiviti mengikut
peringkat umur mereka.
Kebiasaanya kecacatan intelek (kerencatan akal atau kelewatan perkembangan yang menyeluruh) bagi kanak-kanak
autisme dianggarkan sebanyak 90% untuk tahun sebelum 1990. Semenjak tahun 2000 kajian yang sering kali
dijalankan melaporkan kanak-kanak autisme mempunyai kecacatan intelek sebanyak 50%. Di samping itu,
kecacatan intelek tidak akan menjadi kriteria untuk mengdiagnos kanak-kanak yang digolongkan sebagai autisme.
Kecacatan intelek didiagnos secara ringan sehingga ke peringkat lemah yang dicatatkan oleh pengarang Diagnostic
and Statistical Manual of Mentel Disorder-IV. Mereka juga menyatakan kanak-kanak autisme ini mempunyai
kecacatan intelek sebanyak 70%-75%. (Carolyn Long et all., 2011) Edelson dalam Carolyn Long et all., (2011),
telah menjalankan kajian yang sistematik terhadap artikel-artikel yang diterbitkan di antara tahun 1937 hingga tahun
2003 menyatakan kajian yang dilakukan tentang kecacatan intelek kanak-kanak autisme adalah sebanyak 75%
sahaja. Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kualiti data kerana majoriti data emperikal yang diterbitkan
sudah berusia 25-45 tahun dahulu.
Menurut Mayes and Calhoun dalam Carolyn Long et all., (2011), sebanyak 67% kanak-kanak prasekolah didiagnos
sebagai kanak-kanak autisme yang mempunyai pencapaian yang biasa tetapi pencapaian pertuturannya terbantut. Di
samping itu, kanak-kanak ini menunjukkan jurang di antara verbal dan bukan verbal melalui ujian IQ yang telah
dijalankan ke atas mereka. Semasa kajian awal dijalankan, sebanyak 30% kanak-kanak autisme yang diberi ujian IQ
secara berturut-turut sekurang-kurangnya satu tahun akan menunjukkan IQ mereka meningkat lebih banyak
sekurang-kurangnya sebanyak 15 peringkat. Jika kanak-kanak autisme ini menerima intervensi yang intensif mereka
akan menunjukkan peningkatan ujian IQ dari semasa ke semasa. Kebanyakkan kanak-kanak autisme mempunyai
kekuatan motor dan visual yang baik. Purata untuk keputusan ujian pencapaian akademik kanak-kanak autisme ini
secara umumnya adalah setara dengan IQ mereka (Mayes & Calhoun, 2003b dalam Kurth & Mastergeorge, 2010).
Di dalam akta No Child Left Behind, 2001 dalam Kurth & Mastergeorge (2010), menyatakan sekolah perlu
mengambil kira pencapaian pelajar di dalam subjek teras seperti matematik, bahasa, seni, sains dan pencapaian ini
juga perlu di ambil kira untuk pelajar-pelajar autisme (Yell et all., 2005 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010).
Tambahan lagi, akta Individuals with Disabilities Education (IDEA) 2004, dalam Kurth & Mastergeorge (2010),
menyatakan murid yang mempunyai kekurangan perlu mengakses dan menunjukkan perkembangan di dalam
kurikulum teras dengan mengukur tahap akademik mereka secara konsistent untuk melihat pencapaian akademik
mereka.
Pada tahun 2003, hampir 27% semua kanak-kanak autisme menghabiskan 80% masa pembelajaran mereka di dalam
kelas biasa (27th Annual Report to Congress on the Implement of the Individuals with Disabilities Education Act,
2007 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010). Peningkatan menginklusifkan murid-murid autisme telah membawa
beberapa persoalan tentang keberkesanan inklusif (Fuchs & Fuchs 1994; Zigmond, 2003 dalam Kurth &

61

The Asean Journal of Knowledge Contribution

Pertuturan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme : Satu Kajian Kes


Mastergeorge, 2010) terutamanya pengajaran dan pembelajaran hanya berkisarkan kepada akademik sahaja. Selain
itu, banyak ujian emperikal dilakukan bagi memberikan sokongan kepada Pendidikan Inklusif (Causton-Theoharis
& Malmgren, 2004; Cawley, Haydencade, & Baker-Kroczynski, 2002; Dore, Dion, Wagner, & Brunet, 2002; Fisher
& Henry, & Hodges, 1998; Meyer, 2001 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010). Dalam kajian literatur tentang
inklusif, menyimpulkan penempatan di dalam persekitaran inklusif adalah berkaitan dengan interaksi sosial yang
tinggi, perkembangan kemahiran di dalam bidang akademik dan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar yang kurang
upaya ataupun murid-murid normal (McGregor & Vogelsberg, 1998 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010) Selain itu,
peningkatan kanak-kanak yang didiagnos sebagai autisme secara mendadak sejak tujuh dekad lalu (Centers for
Disease Control, 2007 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010). Peningkatan kemahiran akademik murid autisme tidak
diketahui secara terperinci kerana ini adalah kesan daripada penempatan persekitaran kelas biasa berbanding
penempatan di persekitaran kelas Pendidikan Khas terhadap pemerolehan sesuatu kemahiran (Harrower & Dunlap,
2001 dalam Kurth & Mastergeorge, 2010).
4.0 Persoalan Kajian
(a) Apakah tahap sebutan murid-murid autism.
(b) Apakah tahap kefahaman murid-murid autism.
5.0 Metodologi Kajian
Menurut Gay dan Airasian (2003), reka bentuk merupakan strategi ataupun rancangan am untuk menjalankan
sesuatu ujian. Bentuk kajian yang paling sesuai digunakan adalah kajian dalam bentuk kajian kes. Kajian kes ialah
sejenis kajian untuk mengkaji dan menjelaskan satu kelompok kecil secara mendalam. Secara umumnya ia
memberikan penjelasan yang mendalam secara deskriptif dan penghuraian satu unit yang tertentu. Oleh yang
demikian unit yang akan dikaji dalam kajian kes mungkin merupakan individu, satu keluarga, sekumpulan manusia
institusi ataupun masyarakat (Norwood, 2000).
Kajian dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif iaitu berfokuskan kepada konteks di mana sesuatu peristiwa
dan aktiviti itu berlaku. Kajian ini tidak bergantung pada nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan
penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji. Kajian kualitatif ini meletakkan kedudukan penyelidik sebagai
murid, bukan sebagai pakar. Ini kerana penyelidik ini mengetahui sebanyak mungkin mengenai sesuatu. Kesemua
andaian atau pengetahuan mengenainya diketepikan dahulu sehingga tahap analisis di mana mereka membuat
perbandingan (Sabitha, 2005). Seramai empat orang kanak-kanak autism dipilih menjadi responden melalui teknik
persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, data-data dikumpul menggunakan kaedah senarai semak. Menurut Ary
(1979), menyatakan bahawa penggunaan kaedah borang senarai semak ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan sesuatu kedudukan kejadian yang sedang berlaku pada masa ini berketepatan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah sama ada untuk murid-murid normal atau untuk murid-murid
berkeperluan khas terutamanya murid-murid autisme. Kajian ini memberi fokus terhadap sampel memberikan tindak
balas ke atas penggunaan instrumen kepada mereka. Kajian ini menggunakan senarai semak Mac Arthur untuk
mengenalpasti keupayaan sebutan dan kefahaman murid autisme dan menanda keupayaan yang berjaya dilakukan
semasa kajian dijalankan. Kaedah ini juga berupaya menentukan situasi yang wujud pada masa penyelidikan
dijalankan. Rajah 1.1 dibawah menunjukkan kerangka konseptual keseluruh kajian yang dijalankan.

62

Vol. 4, No. 4 (2015)

Abdul Rahim, Nordin, Nadia Nabila, Abdul Talib, Azli & Noreha
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

Komunikasi Kanak Autisme

Pertuturan

Bahasa

Teori Pemerolehan
Bahasa

Alat Ukur

a. Sebutan (vokal atau


konsonan, Perkataaan
dan Ayat (menambah
sebutan atau lencongan
sebutan)
b. Kefahaman

Senarai Perkembangan
Komunikasi Mac
Arthur: Kata dan
Perilaku

Dapatan

6.0 Dapatan Kajian


Jadual 1.1 Tahap Keupayaan Sebutan Kanak-Kanak Autism
Sampel/
Aspek
sebutan
1
2
3
4
5
S
6
E
7
B
8
U
9
T
10
A
11
N
12
(%) 13
14
15
16
17
18
19
Jumlah

Min

Jumlah
(%)

66.67
89.19
78.57
92.86
87.88
92.31
78.57
92.31
90.00
80.95
100
84.62
88.87
88.87
100
83.33
94.44
100
75.00
88.34

91.67
94.57
92.86
92.86
98.48
100
100
100
100
100
100
100
100
88.87
100
100
100
100
100
97.41

8.33
83.78
42.86
57.14
74.24
81.48
71.43
84.62
90.00
66.67
100
84.62
66.67
77.78
100
83.33
80.56
100
75.00
74.61

58.33
91.86
78.57
78.57
84.84
88.87
78.57
92.31
92.31
85.71
90.00
84.62
88.87
88.87
100
100
94.44
100
75.00
87.56

56.25
89.85
73.22
80.36
86.36
90.67
82.15
92.31
93.10
83.33
97.5
88.47
86.10
86.10
100
91.67
92.36
100
81.25
86.98

56.25
89.86
73.21
80.36
86.36
90.74
82.14
92.31
93.33
83.33
98.00
88.46
82.41
86.00
100
92.00
92.36
100
81.25
86.85

Berdasarkan jadual di atas, didapati secara keseluruhan murid-murid Autisme (sampel) terdapat perbezaan
keupayaaan sebutan iaitu sampel A, B dan D memperolehi tahap pencapaian sebutan yang sangat baik iaitu melebihi
80%. Manakala sampel C memperolehi pencapaian di tahap yang sederhana iaitu 74.61%. Jadual 1.1 juga

63

The Asean Journal of Knowledge Contribution

Pertuturan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme : Satu Kajian Kes


menunjukkan peratusan keempat-empat sampel bagi 19 kemahiran sebutan yang diuji. Di dalam kemahiran 15 dan
18, kesemua sampel dapat melakukan ujian sebutan dengan bagus kerana mereka memperolehi peratusan sebanyak
100% dan diikuti dengan kemahiran sebutan 11 menunjukkan 98.00% yang dapat dicapai oleh keempat-empat
sampel di dalam kemahiran ini. Bagi kemahiran sebutan 9, keempat-empat sampel memperolehi peratusan sebanyak
93.33%. Di samping itu, sebanyak 92.36% peratusan yang diperolehi oleh empat sampel ini di dalam kemahiran
sebutan 17.
Seterusnya, dalam kemahiran 8, keempat-empat sampel memperolehi peratusan sebanyak 92.31%, dan diikuti
dengan peratusan bagi kemahiran 16 iaitu 92.00%. Dalam kemahiran sebutan 6, keempat-empat sampel
memperolehi peratusan sebanyak 90.74%. Di samping itu, keempat-empat sampel memperolehi peratusan sebanyak
89.86% bagi kemahiran sebutan 2 dan diikuti dengan peratusan kemahiran sebutan 12 iaitu 88.46%. Bagi kemahiran
sebutan 5, sampel memperolehi peratusan sebanyak 86.36%. Tambahan lagi, sebanyak 86.00% peratusan yang
diperolehi oleh keempat-empat sampel bagi kemahiran sebutan 14. Untuk kemahiran sebutan 10, sebanyak 83.33%
yang diperolehi oleh keempat-empat sampel ini. Bagi kemahiran sebutan 13, sampel dapat mengumpul sebanyak
82.41%. Sebanyak 82.14% purata peratusan yang diperolehi oleh keempat-empat sampel bagi kemahiran sebutan 7
dan diikuti oleh kemahiran sebutan 29 di mana keempat-empat sampel mengumpul peratusan sebanyak 81.25%.
Bagi kemahiran sebutan 4, 4 sampel ini telah memperolehi peratusan sebanyak 80.36% dan diikuti dengan
kemahiran sebutan 3 yang menunjukkan peratusan sebanyak 73.21%. Akhir sekali, peratusan bagi kemahiran
sebutan 1 adalah peratusan yang paling rendah iaitu 56.25%.
Jadual 1.2: Min Keseluruhan Sebutan
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

Aspek Sebutan
Kesan Bunyi dan Binatang
Binatang (Betul atau Mainan)
Kenderaan (Betul atau
Mainan)
Mainan
Minuman
Pakaian
Perabot dan Bilik
Anggota Badan
Perkakas Rumah
Benda dan Tempat
Perlakuan Harian
Orang
Perbuatan
Masa
Kata Ganti Nama
Kata Tanya
Keterangan
Kata Arah dan Lokasi
Jumlah

Min (%)
56.25
89.85
73.22
80.36
86.36
90.67
82.15
92.31
93.10
83.33
97.5
88.47
86.10
86.10
100
91.67
92.36
100
81.25

Berdasarkan jadual 1.2 di atas, menunjukkan min keseluruhan bagi aspek sebutan. Aspek sebutan yang paling
mudah disebut oleh murid-murid ialah aspek sebutan 15(kata gantinama) dan aspek sebutan 18 (kata arah dan
lokasi) iaitu 100%. Bagi aspek sebutan 3 (kenderaan), murid-murid mempunyai pencapaian yang sederhana dalam
menyebut item-item yang diberikan di dalam aspek sebutan 3 iaitu 73.22%. Murid-murid amat sukar untuk
menyebut aspek sebutan 1 (kesan bunyi dan binatang) iaitu sebanyak 56.25%.
Jadual 1.3: Kefahaman Pertuturan Murid
SAMPEL/
Aspek
Kefahaman
1
2
3
4

64

Min

JUMLAH (%)

66.67
73.38
78.57
85.71

83.33
97.30
100
85.71

25.00
73.20
42.86
85.71

58.33
62.16
42.86
85.71

58.33
76.51
66.07
85.71

58.33
77.70
66.07
85.71

Vol. 4, No. 4 (2015)

Abdul Rahim, Nordin, Nadia Nabila, Abdul Talib, Azli & Noreha
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
JUMLAH
K
E
F
A
H
A
M
A
N
(%)

72.73
62.96
71.43
84.62
83.33
90.48
90.00
76.92
85.19
33.33
16.67
83.33
61.11
40.00
50.00
73.01

80.30
81.48
100
100
100
95.24
100
100
100
33.33
100
83.33
97.22
40.00
87.50
89.90

72.73
66.67
78.57
84.62
86.67
76.19
70.00
100
81.48
33.33
50.00
83.33
80.56
30.00
0
69.17

66.67
51.85
71.43
80.77
86.67
76.19
70.00
100
81.48
33.33
50.00
83.33
63.89
40.00
12.5
67.36

73.11
65.74
80.36
87.50
89.15
84.53
82.5
94.23
87.04
33.33
54.17
83.33
75.70
37.5
37.5
74.36

73.11
65.71
80.36
87.50
88.33
85.71
87.50
88.46
82.41
33.33
50.00
83.33
75.69
37.50
37.50
74.40

Berdasarkan jadual 1.3 di atas, di dapati secara keseluruhan murid-murid autisme terdapat perbezaan keupayaan
kefahaman iaitu hanya sampel B sahaja yang melepasi tahap pencapaian 80% , sampel ini memperolehi skor
sebanyak 89.90%. Manakala bagi sampel A, dan D, keupayaan kefahaman mereka adalah di tahap sederhana.
Kedua-dua sampel ini mempunyai tahap pencapaian yang melebihi 70 peratus iaitu sampel A memperolehi 73.01%
dan sampel D memperolehi 74.36%. Bagi sampel D, pencapaian yang diperolehi oleh sampel ini memuaskan kerana
telah memperolehi skor kefahaman sebanyak 67.36%.Sebanyak 19 kemahiran yang telah diuji untuk melihat sejauh
manakah tahap kefahaman keempat-empat sampel terhadap benda-benda yang ada di persekitaran mereka.
Kemahiran 12, merupakan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 88.46%. Sampel secara keseluruhannya dapat
memahami apa yang ditanya berkaitan dengan kemahiran ini. Peratusan yang kedua tertinggi ialah bagi kemahiran
kefahaman 9. Sebanyak 30 item yang ditanya dan sampel dapat menjawab lebih daripada 20 item yang ditanya.
Peratusan bagi kemahiran kefahaman 9 ini ialah 88.33%. Bagi kemahiran kefahaman 8, dan kemahiran kefahaman
11, kedua-dua kemahiran kefahaman ini mempunyai peratusan yang sama iaitu 87.50%. Seterusnya, peratusan bagi
kedua-dua kemahiran kefahaman 4 dan 10 menunjukkan peratusan yang sama iaitu sebanyak 85.71%. Peratusan
keseluruhan bagi kemahiran kefahaman 16 iaitu 83.33% dan diikuti oleh kemahiran kefahaman 13 iaitu 82.41%. Di
samping itu, bagi kemahiran kefahaman 7, peratusan kefahaman keempat-empat sampel tentang kemahiran ini ialah
80.36%, selepas itu, diikuti oleh kemahiran kefahaman 2 iaitu sebanyak 77.70%. Peratusan keseluruhan bagi
kemahiran kefahaman 17 ialah 75.69% dan bagi kemahiran 5 peratusan keseluruhannya ialah 73.11%. Kemahiran 3
merupakan kemahiran kefahaman tentang kenderaan, peratusan keseluruhan sampel ialah 65.71% dan seterusnya
diikuti dengan kemahiran 1 yang mencatatkan peratusan sebanyak 58.33%. Bagi kemahiran kefahaman tentang kata
gantinama peratusan keseluruhannya ialah 50.00%. Kemahiran kefahaman 18 dan 19 mempunyai peratusan yang
sama iaitu sebanyak 37.50%. Peratusan kemahiran kefahaman yang paling rendah ialah 33.33% bagi kemahiran
kefahaman 14.
Jadual 1.4 : Min Keseluruhan Kefahaman
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
65

Aspek Kefahaman
Kesan Bunyi dan Binatang
Binatang (Betul atau Mainan)
Kenderaan (Betul atau
Mainan)
Mainan
Minuman
Pakaian
Perabot dan Bilik
Anggota Badan
Perkakas Rumah
Benda dan Tempat
Perlakuan Harian
Orang
Perbuatan
Masa
Kata Ganti Nama

Min (%)
58.33
76.51
66.07
85.71
73.11
65.74
80.30
87.50
89.17
84.53
82.5
94.23
87.04
33.33
54.17

The Asean Journal of Knowledge Contribution

Pertuturan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme : Satu Kajian Kes


16.
17.
18.
19.

Kata Tanya
Keterangan
Kata Arah dan Lokasi
Jumlah

83.33
75.50
37.5
37.5

Berdasarkan jadual 1.4 di atas menunjukkan min tahap kefahaman keempat-empat sampel bagi 19 item yang telah
diuji. Bagi aspek kefahaman 12 (Orang), ini adalah item uji kaji yang sangat mudah untuk difahami oleh muridmurid iaitu 94.23%. Item uji kaji yang sederhana untuk menguji kefahaman murid ialah bagi aspek kefahaman 6
(pakaian) iaitu 65.74% dan aspek kefahaman 18 (Kata Arah dan Lokasi) dan 19 (Jumlah) adalah amat sukar untuk
difahami oleh murid-murid, minnya ialah 37.5%.
7.0 Perbincangan Dapatan Kajian
Kanak-kanak autisme ternyata mempunyai masalah dalam kemahiran pertuturan terutamanya dalam kemahiran
kefahaman sesuatu pertuturan dan kemahiran untuk menyebut sesuatu perkataan bermakna. Kenyataan ini disokong
oleh Grandin (1996); Lovaas& Newsom, (1976) dalam Perko et all., (2002), menyatakan kanak-kanak autisme
ringan boleh menguasai bahasa tetapi terbatas. Satu tingkah laku yang biasa dilakukan oleh mereka ialah mengulang
kembali percakapan yang dipertuturkan oleh orang lain kerana mereka tidak memahami kemahiran-kemahiran untuk
berkomunikasi yang membolehkan mereka mencipta ayat sendiri atau menyatakan keinginan mereka dengan cara
yang betul
Selain itu, Schreibman (1988) dan Perko & McLaughin (2002), menyatakan sebanyak 50% individu autisme tidak
dapat menguasai pertuturan yang baik. Individu yang mengidap autisme ini selalunya susah untuk mengeluarkan
pertuturan yang dapat difahami oleh orang sekeliling. Di samping itu, kesusahan untuk menghasilkan pertuturan dan
memproses pertuturan akan menyebabkan interaksi interpersonal akan menjadi tertekan, keliru dan selalu tersalah
tafsir yang akan menyebabkan mereka tidak mahu untuk melibatkan diri di dalam interaksi sosial (Hoque et all.,
2009). Menurut Widowo (2010) penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi.
Mereka lambat untuk bertutur dan ada sesetengah gagal secara total untuk bertutur. Sekirannya mereka dapat
bertutur, mereka hanya bertutur pada masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya mereka hanya
mampu menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang
orang lain katakan tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut. Kajian telah menunjukkan
individu autisme gagal untuk bertutur melalui bahasa badan dan mimik muka (Heflin & Alaimo, 2007 dalam Nunes
2008). Dalam konteks kefahaman, sesetengah individu autisme menunjukkan kesukaran untuk memproses
maklumat yang melibatkan audio dan vokal seperti bahasa lisan (Wong & Wong 1991 dalam Nunes 2008) dan
memahami pembetukkan komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan (Wetherby, et al., 2000 dalam Nunes 2008).
Kesimpulan
Pemerolehan kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi merupakan pencapaian yang signifikan seawal peringkat
umur kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ada segelintir daripada kanak-kanak tersebut melalui pengalaman yang
sukar dan lambat dalam menuruti perkembangan bahasa dan pertuturan seperti rakan sebaya yang lain disebabkan
perkaitan etiologi seperti Sindrom Down, autisme dan sebagainya. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan
masalah ini, komunikasi berbentuk isyarat atau gerakan dan bahasa badan selain mimik muka dicadangkan sebagai
pengukuhan. Dalam lain perkataan ibu bapa, guru mahupun penjaga boleh membantu murid-murid bermasalah
berbahasa dan komunikasi melalui kaedah augmentatif dan alternatif mengikut kemampuan fizikal dan kesesuaian
penggunaan berdasarkan fungsi persekitaran

References
_____________________________________________________________________________________________
Purposely References removed to be found in actual Paper published in The ASEAN Journal which have to
be subscribed, attach is subscription form.

66

Vol. 4, No. 4 (2015)

SUBSCRIPTION FORM THE ASEAN JOURNAL


_____________________________________________________________

SUBSCRIBE The Asean Journal of Knowledge Contribution NOW !


MYR100.00 for 1st Copy & get your additional copy on the same issue for MYR50.00 ONLY !
(

SUBSCRIPTION

PRICE FOR
1ST COPY
MYR 100.00

QTY

PRICE FOR 2ND ADDITIONAL


COPY ONWARDS
MYR 50

QTY

TOTAL
(MYR)

1
(
) 1 Vol (1 issue)
MYR 600.00
1
MYR 50
(
) 6 Vol (6 issues)
MYR 1,200.00
1
MYR 50
(
) 12 Vol (12 issues)
*Please allow 1 2 weeks for delivery. Payment include postage cost.

Name / Institution: _________________________________________________________________


Delivery Address: __________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Postcode: _____________ City : ______________ State: _____________ Country: _____________
Contact Person: ___________________Tel (Office): ______________ (Mobile):_________________
Email: _____________________ Occupation: _______________ Company Stamp:______________

PAYMENT METHOD : I/We hereby enclosed payment of MYR ______________


ACCOUNT NAME : YAYASAN UKHWAH
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
ACCOUNT NO. : 14153010036704
ADDRESS : NO. 4 & 6, WISMA RKT, JALAN RAJA ABDULLAH,
50300 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Online Transfer
(IBG/IBT)

Telegraphic Transfer
Bank Islam SWIFT Code :

Cheque
Payment

Order
BIMBMYKL
SEND your Subscription Form & proof of payment to us:

YAYASAN UKHWAH (UKHWAH FOUNDATION)


No. 20A, Lorong Medan Tuanku 1
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
50300 WP Kuala Lumpur
Phone : +603-22027632 | Fax : +603-26984784
Email : muzlina_mustafa@yahoo.com.my /datoserimustapa@gmail.com

Bank Draft/
Cashier

Anda mungkin juga menyukai