Anda di halaman 1dari 17

NILAI MURNI

Baik Hati
Sikap mengambil berat terhadap
perasaan dan kebajikan orang lain
secara ikhlas yang dapat dilihat dengan
menilai tindak tanduk seseorang
terhadap orang lain.
NILAI MURNI

Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa bergantung
pada orang lain yang terjelma juga
melalui rasa tanggungjawab, berupaya
bertindak sendiri, jaya diri dan yakin
pada diri sendiri.
NILAI MURNI

Hemah Tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang
mulia dan lemah lembut serta budi
bahasa yang patut diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan
anggota masyarakat yang lain.
NILAI MURNI

Hormat-menghor
Ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang
lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga,
dan pemimpin; dan terjelma juga
melalui hormat kepada raja dan negara,
patuh kepada undang-undang dan
menghargai maruah diri.
NILAI MURNI

Kasih Sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan yang lahir
daripada hati yang rela terhadap
sesuatu; termasuk sayang/cinta akan
nyawa, alam sekitar, negara dan
keamanan.
NILAI MURNI

Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan
yang saksama serta tidak berat
sebelah; termasuk juga saksama.
NILAI MURNI

Kebebasan
Dapat melakukan sesuatu tanpa
batasan asalkan kebebasan itu tertakluk
pada peraturan dan undang-undang
agama, masyarakat dan negara;
terjelma melalui kebebasan di sisi
undang-undang dan kebebasan dalam
sistem demokras
NILAI MURNI

Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk
menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah hati; termasuk berani tanpa
membuta tuli, berani kerana benar,
berani mempertahankan pendirian, dan
berani bertanggungjawab
NILAI MURNI

Kebersihan
Kebersihan diri dan kebersihan
persekitaran; terjelma melalui
pertuturan, kelakuan, pemikiran dan
amalan kerohanian
Kejujuran
NILAI MURNI

Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan
niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan;
termasuk amanah, bercakap benar, dan
ikhlas.
NILAI MURNI

Kerajinan
Usaha secara berterusan yang penuh
dengan semangat ketekunan dan
dedikasi dalam melakukan sesuatu
perkara; terjelma melalui kecekalan,
daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
NILAI MURNI

Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang
dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat
atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat; termasuk persaudaraan,
tanggungjawab bersama, gotong-
royong, toleransi, kebaikan bersama
dan perpaduan.
NILAI MURNI

Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau
perlakuan supaya sesuai dengan norma
dan nilai masyarakat; secara umum
sederhana dalam mempertimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang
lain.
NILAI MURNI

Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan
secara ikhlas atas nikmat dan
kesenangan yang diperoleh; termasuk
berterima kasih, mengenang budi, dan
menghargai seseorang/sesuatu--fokus
utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.
NILAI MURNI

Patriotisme
Semangat cinta akan negara, taat setia
kepada raja dan sanggup berkorban
demi negara.
NILAI MURNI

Rasional
Dapat berfikir dengan berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata dan dapat
melakukan tindakan yang wajar tanpa
dipengaruhi oleh perasaan; termasuk
mampu membuat pertimbangan, berfikir
logik dan bersifat terbuka.
NILAI MURN

Semangat Berma
Kesediaan melakukan sesuatu
berdasarkan semangat kekitaan seperti
bermuafakat, kejiranan dan peka
tentang isu sosial dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai