Anda di halaman 1dari 10

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Merujuk kepada Amy Nutt (2009), dalam artikel Ezine kedudukan restoran
harus berada dikawasan mudah dilihat oleh orang ramai atau anda akan dapati
langsung tiada pelanggan, tetapi terdapat faktor lain dalam membuat pilihan tepat
dalam menentukan lokasi restoran daripada berjalan memerhati sahaja.

Menurutnya lagi, lokasi sesebuah restoran itu amat penting dimana satu
kajian kemungkinan perlu bagi memeriksa kawasan keluar masuk, mengambil
pandangan orang ramai yang berada di kawasan itu dan megetahui persaingan anda
sebelum membuat keputusan untuk menempatkan restoran.

Selain itu juga, Lorri Mealey (2010) seorang penasihat restoran yang
berpengalaman dalam pengurusan restoran telah menyatakan, lokasi dapat
menentukan kejayaan sesebuah restoran dalam memberikan perkhidmatan dan
makanan yang lebih baik. Ini kerana apabila wujudnya sesuatu permintaan di suatu
kawasan tersebut, maka penawaran yang ditawarkan akan menarik dan
meningkatkan jumlah pelanggan datang ke restoran tersebut.

2
1.2

Penyataan Masalah

Pendekatan yang munasabah untuk menentukan keperluan maklumat geografi


ialah mengetahui masalah-masalah serta persoalan-persoalan Secara umumnya,
Banyak pihak swasta atau individu atau kerajaan terlibat dengan membuat keputusan
yang berkaitan dengan perletakan sesuatu fenomena samada digunakan untuk
merujukkan lokasi atau kewujudan objek-objek atau untuk mengenalpasti atau
menilai senario yang berlainan. Pembuatan keputusan ruangan yang mungkin wujud
yang melibatkan bermacam-macam fenomena dengan bentuk ruang yang berlainan.
Ini termasuklah menentukan lokasi yang terbaik atau sesuai. (Ruslan dan Noresah,
1998).

Selain itu, pemilihan lokasi atau entiti ruangan lain dengan membandingkan
beberapa alternatif berdasarkan peluang-peluang atau halangan-halangan yang
berlainan merupakan sejenis masalah keputusan awam atau swasta yang utama.
Contohnya, ialah dalam menentukan lokasi yang sesuai untuk pusat perniagaan,
kemudahan awam atau lebuh raya. (Ruslan dan Noresah, 1998).

Pusat Perniagaan restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan


rangkaian syarikat makanan segera yang lain pada masa kini menunjukkan
perkembangan yang amat pesat. Hal ini kerana ia terbukti semakin banyaknya
restoran makanan segera bertambah di Malaysia. Ini dapat menunjukkan bahawa
potensi persaingan dalam perniagaan restoran semakin kuat. Jenis restoran seperti ini
umumnya berada di lokasi-lokasi yang strategik dan mempunyai populasi penduduk
yang ramai.

Akan tetapi, faktor-faktor yang manakah sesuai diambilkira dalam


menentukan pemilihan lokasi restoran makanan segera adalah sukar dan tidak tentu
kerana ia merupakan satu perkara yang sulit, susah dan sukar dibuktikan. Selain itu,
untuk memasukkan faktor faktor dalam pemilihan lokasi tapak restoran telah
dibuktikan sangat sukar disebabkan oleh data-data spatial dan atribut yang begitu
banyak serta sukar diketahui samada ia akan atau tidak akan mempengaruhi harta
tanah restoran pada masa tertentu dan lokasi tertentu (Hamid,2004;Low Tze

3
Yang,2005).Tambahan pula, hanya terdapat sedikit literatur sahaja yang menerangkan
pemilihan lokasi restoran dan ukurannya serta bagaimana ia mempengaruhi harta
tanah restoran tersebut.

1.3

Persoalan Kajian

a)

Apakah faktor-faktor utama spatial dalam pemilihan lokasi restoran


makanan segera?

b)

Bagaimanakah GIS digunakan untuk mengukur tahap kesesuaian lokasi


sesebuah restoran makanan segera?

1.4

Objektif Kajian

Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah digariskan


sebagaimana berikut:

i.

Menganalisis

faktor-faktor

Sistem

Maklumat

Geografi

(GIS)

yang

mempengaruhi pemilihan lokasi restoran makanan segera

ii.

Mengukur tahap kesesuaian lokasi restoran makanan segera berdasarkan


sistem maklumat Geografi (GIS)

4
1.5

Skop Kajian

Keseluruhannya skop kajian melibatkan kawasan pentadbiran Majlis


Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Manakala restoran yang ingin dikaji adalah
restoran KFC kerana kedudukannya yang berada di pusat bandar dan bilangan
yang banyak di sekitar Johor Bahru menjadikan restoran ini sesuai bagi
menentukan tahap kesesuaian sesebuah restoran makanan segera.

Data-data yang terlibat dalam memilih lokasi restoran makanan segera


yang sesuai diperolehi dari jabatan-jabatan tertentu dan skop kajian ini
memfokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi lokasi sesebuah
restoran makanan segera dengan menggunakan GIS sebagai alat bantu dalam
mencapai keputusan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini akan memberikan manfaat kepada pihak bidang akademik, pihak
bidang penyelidikan dan pembangunan dan perancang bandar dan wilayah.
Kepentingan kajian ini kepada pihak-pihak tersebut dijelaskan seperti berikut:

i.

Pihak Bidang Akademik

Hasil kajian ini bolehlah menjadi salah satu pendedahan kepada pelajarpelajar pengurusan harta tanah dan GIS kepada analisis yang manakah lebih
baik dan senang digunakan serta dapat menarik minat umum melalui
persembahan data di samping teknologi yang lebih canggih dan luas
pengetahuannya. Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu pelajarpelajar harta tanah jika mereka diberikan suatu projek berkenaan dengan
harta tanah restoran di kawasan Johor Bahru. Di samping itu juga, kajian ini

5
merupakan sebagai suatu kajian pembaharuan dan akan ditingkatkan lagi
untuk kajian akan datang.

Pihak bidang Penyelidikan dan Pembangunan

Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan landasan baru bagi
tujuan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang harta tanah di samping
dapat memperkembangkan lagi sistem analisis GIS ini ke tahap yang lebih
baik.

ii.

Perancang Bandar dan Wilayah

Membantu dalam menentukan lokasi terbaik bagi harta tanah restoran dan
boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pihak perancang dalam proses
menentukan

piawaian

pembangunan

dan

meluluskan

permohonan

pembangunan restoran makanan segera di Johor Bahru berdasarkan keperluan


pasaran semasa.

1.7

Metodologi Kajian

Perjalanan penyelidikan ini telah disusun mengikut aktiviti-aktiviti yang telah


dirangka berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan. Ia mempunyai perkaitan
dengan bab 3 secara keseluruhannya di mana proses yang lebih jelas akan diterangkan
pada bab tersebut. Terdapat beberapa peringkat penting dalam perlaksanaan
penyelidikan iaitu:

6
i.

Peringkat 1 : Pengenalpastian isu dan masalah

Peringkat pertama adalah pengenalpastian masalah atau isu yang


berkaitan dengan harta tanah restoran makanan segera KFC di kawasan
Johor Bahru. Dalam peringkat ini masalah atau isu telah dikenalpasti.
Selepas itu, objektif kajian berdasarkan masalah atau isu ditentukan
dan akhir sekali adalah memahami skop kajian dan kepentingan kajian.

ii.

Peringkat 2 : Kajian literatur

Di dalam bahagian ini, definisi-definisi dan teori-teori berkaitan


dengan faktor-faktor lokasi yang mempengaruhi perletakan restoran
makanan segera juga akan dimasukkan dalam bahagian ini.

iii.

Peringkat 3 : Mengumpulkan data dan informasi

Data-data dan informasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah


atau isu adalah dikenalpasti. Data-data dan informasi tersebut
dikumpulkan melalui sumber data primer lawat periksa yang telah
dilakukan oleh penyelidik UTM ke kawasan kajian iaitu manakala data
GIS pula diperolehi daripada IRDA,MBJB dan data sekunder seperti
artikel, jurnal, tesis dan juga sumber daripada laman web.

iv.

Peringkat 4 : Menggunakan aplikasi GIS dalam analisis data

Selepas mengumpulkan data dan informasi yang diperlukan, maka ia akan


dikumpulkan untuk dianalisis. Bagi tujuan kajian ini, Sistem Maklumat
Geografi (GIS) akan digunakan untuk mengukur tahap kesesuaian lokasi
restoran makanan segera KFC. Seterusnya boleh dijadikan panduan kepada
pihak-pihak yang terlibat.

7
v.

Peringkat 5 : Kesimpulan dan cadangan

Akhirnya, peringkat akhir ini akan membincangkan cadangan dan


kesimpulan untuk keputusan hasil kajian. Tambahan pula, cadangan
lanjutan kajian yang berkaitan dan hadnya juga akan dinyatakan.

8
PENGENALPASTIAN MASALAH / ISU

Bagaimana menentukan lokasi restoran makanan segera yang sesuai dengan berdasarkan
Sistem maklumat geografi (GIS)

PENETAPAN OBJEKTIF KAJIAN

1. Menganalisis faktor-faktor Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempengaruhi


pemilihan lokasi restoran makanan
2. Mengukur tahap kesesuaian lokasi restoran makanan berdasarkan Sistem Maklumat
Geografi (GIS)

PERINGKAT 1
KAJIAN LITERATUR

Mengenalpasti faktor utama spatial yang mempengaruhi lokasi restoran makanan


PERINGKAT 2

Data Spatial

Data Atribut

PENGUMPULAN DATA GIS

GIS
Jenis data spatial dan
atribut yang diperlukan

Data kawasan kajian


MBJB(14 blok
perancangan MBJB)

Data jaringan jalanraya


kawasan MBJB
mengikut kategori jalan
dan nama jalan

- Populasi penduduk
mengikut zon

Data gunatanah kawasan


MBJB
-Pusat bandar dan nama
taman di kawasan MBJB
PERINGKAT 3

DATA ANALISIS
Analisis Rangkaian dan
Penimbalan (ArcGis 9.3)

Tahap pengukuran kesesuaian


lokasi restoran makanan
PERINGKAT 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

PERINGKAT 5

9
1.8

Susunatur Bab

Penulisan penyelidikan dibahagikan kepada lima bahagian atau bab. Setiap


bab membincangkan komponen dan peringkat-peringkat penyelidikan yang
dijalankan. Bab I menerangkan latarbelakang kajian, isu dan masalah kajian.
Sementara itu matlamat dan objektif serta kajian diperjelaskan bagi keseluruhan
penyelidikan yang dijalankan.

a)

Bab 1 : Pendahuluan

Bab I ini mengungkapkan pengenalan kepada penyelidikan yang


dijalankan dan hala tuju yang ingin dicapai. Bab I merupakan
penjelasan kepada latar belakang kajian merangkumi pengenalan,
penyataan masalah, persoalan, objektif, skop, kawasan, kepentingan
dan metodologi kajian serta susun atur bab.

b)

Bab 2 : Kajian Literatur

Bab II pula merupakan kajian teoritikal yang memperjelaskan lagi


definisi-definisi dan maksud maksud istilah yang penting. Perkaraperkara yang dibincangkan adalah definisi bagi faktor-faktor utama
yang mempengaruhi lokasi dalam menentukan kesesuaian lokasi
retoran juga akan dibincangkan dalam bab ini. Faktor-faktor tersebut
dikenalpasti dengan membuat telahan awalan.

c)

Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab III ini meliputi metodologi pengumpulan dan pengukuran data untuk
dijalankan analisis. Ia membincangkan jenis kaedah analisis GIS

yang

digunakan seperti analisis lapisan, pengukuran jarak dan penimbalan bagi


menghasilkan satu keputusan yang tepat dalam mencapai objektif kajian.

10
d)

Bab 4 : Analisis dan Penemuan Kajian

Bab IV pula memberi tumpuan kepada bagaimana analisis-analisis


dijalankan dan penemuan kajian. Analisis-analisis yang terlibat dalam
kajian ini penganalisaan GIS. Perbincangan akan tertumpu kepada
bagaimana analisis dijalankan, proses-proses analisis dan hasil
analisis.

e)

Bab 5 : Kesimpulan dan cadangan

Hasil daripada keseluruhan penyelidikan yang dijalankan akan


dirumuskan dalam Bab V. Bab ini merupakan bab penutup dan
menyimpulkan secara jelas hasil penyelidikan yang telah diperolehi.
Bahagian ini juga membincangkan bagaimana kajian yang dijalankan
boleh membantu dalam menentukan tahap kesesuaian lokasi restoran
makanan segera di dalam konteks sistem perancangan bandar sedia
ada. Sementara itu cadangan kepada kajian lanjutan juga diutarakan
berdasarkan penyelidikan yang dijalankan.

1.9

Kesimpulan

Bab ini merupakan bab pengenalan kepada kajian yang dilakukan.


Pengenalan kajaian dan penyataan masalah akan dibincangkan. Seterusnya matlamat
dan objektif kajian,skop kajian, dan kepentingan kajian dapat dinyatakan. Selain itu,
metodologi kajian juga akan disentuh serba sedikit dalam bab permulaan ini. Dalam
bab seterusnya, akan dibincangkan mengeni kajian literatur bagi kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai