Anda di halaman 1dari 7

Struktur Jantung Manusia

Jantung manusia (human heart) terletak di


dalam rongga toraks (thoracic cavity), di
belakangtulang dada, dan di antara paru-paru
(lung) kiri dan kanan.Rupa bentuk Jantung
adalah
berbentuk kon
(cone-shaped) dan hujungnya adalah
condongsedikit ke arah sebelah kiri badan
kita.Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g
dan terbina daripada
otot-otot jantung
(cardiacmuscles) yang tebal dan
kuat.Keseluruhan jantung dilindungi dengan
membran yang tahan lama. Ruang diantara
jantungdan membran adalah berisi cecair
(fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan
geseran antara jantung dan organ-organ lain di
sebelahnya.

Struktur terperinci jantung


manusia.
Jantung manusia mempunyai empat ruang
berotot (muscular chambers).
Dua ruang di sebelah kiri:
atrium kiri dan ventrikel kiri
Dua ruang disebelah kanan:
atrium kanan dan ventrikel kanan
Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot
yang dikenali sebagai septum
supaya darah beroksigen (oxygenated blood)
tidak bercampur dengan darah yang
terdeoksigen (deoxygenated blood).
Ciri-ciri atrium dan ventrikel:
Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume
of space) yang lebih besar daripada atrium.
Ventrikel mempunyai dinding yang tebal
berbanding atrium.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih


otot daripada ventrikel kanan kerana
ruang(chamber) ini mengepam darah di bawah
tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh
badan.Setiap ventrikel dan atrium
ini dihubungkan dengan satu salur darah yang
besar.
Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari
(pulmonary vein).
Atrium kanan dihubungkan ke vena kava
(vena cava).
Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta
Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri
pulmonary (pulmonary artery).
Aliran darah dalam satu arah (sehala) di dalam
jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):

Injap bikuspid
(bicuspid valve or mitra valve)
mengawal aliran sehala darah dariatrium kiri
ke ventrikel kiri.

Injap tricuspid (tricuspid valve)


mengawal aliran sehala darah dari atrium
kanan ke ventrikel kanan.
Injap sabit (semi-lunar valve)
mengawal aliran sehala darah dari ventrikel
kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke
arteri pulmonari.
Perkumuhan Manusia
Apabila tindak balas kimia berlaku didalam
sel-sel, bahan buangan (waste
material)dihasilkan.Bahan buangan ini adalah
tidak berguna serta boleh bertukar menjadi
toksik (toxic) jika terkumpul di dalam sel-sel
badan.Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti
dikeluarkan daripada badan untuk
memastikankesihatan yang baik bagi
organisma.Proses menghapuskan bahan
buangan daripada badan dikenali sebagai
perkumuhan.Dengan kata lain, perkumuhan
(excretion) adalah proses di mana organisma
menyingkirkanbahan-bahan buangan daripada
badannya.Sistem perkumuhan manusia (human
excretion system) terdiri daripada:1.

Sistem penghadaman
(digestive system) untuk menyingkirkan air
dan makanan yangterhadam melalui usus
besar (intestine).2.
Sistem pernafasan (respiratory system)
untuk menyingkirkan karbon dioksida danair
dengan gabungan sistem peredaran darah
(circulatory system).
3.
Sistem urinari/ kencing (urinary system)
untuk menyingkirkan air yang
berlebihan,bahan buangan metabolik dan garam.

Organ perkumuhan manusia


Organ perkumuhan melaksanakan
perkumuhan di dalam badan kita.Manusia
mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu
Kulit (skin),paru-paru(lung) dan buah pinggang
(kidney).Bahan buangan dikeluarkan melalui
organ perkumuhan dikenali sebagai
bahanperkumuhan
/ kumuh (excretory materials).
Organ perkumuhan manusia.

Bahan perkumuhan manusia


1.Air yang merupakan produk respirasi sel
dan lebihan air yang diserap daripadamakanan
di dalam usus besar (large intestine).2.
Karbon dioksida
, yang merupakan bahan buangan daripada
proses respirasi sel.

Anda mungkin juga menyukai