Anda di halaman 1dari 9

http://tie4848.blogspot.my/2012/10/kbsr-dan-kssr.

html
Nor Hayati Nor Aziz Monday, 8 October 2012

KBSR DAN KSSR


1.0

PENDAHULUAN
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum

sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru
Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan.
KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara
berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan
dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman
yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat
global. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan
buku teks.
Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar
melalui

proses

pembelajaran

mengikut

kemampuan

sendiri.

Ia

juga

memupuk

sikap

bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh


menyerlahkan

potensi

mereka. Kurikulum

itu

akan

menekankan

kreativiti,

inovasi

dan

keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang
dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek
mata pelajaran.
2.0

DEFINISI

2.1 Kurikulum
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau
satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula
mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau
senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.
2.2 Standard
Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat
diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
2.3 Transformasi Kurikulum

Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan


satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan
mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan
sekolah
3.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
3.1 Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia.
3.2 Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan untuk membolehkan murid:
1. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa

Kebangsaan dan

bahasa rasmi negara;


2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam

bahasa

pengantar sekolah;
3.

Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya

dalam

menyelesaikan masalah harian;


4. Menguasai kemahiran belajar;
5. Menguasai kemahiran berfikir;
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
8. Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
9.

Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan

alam

sekitar;
10. Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
11. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian

dan rekreasi

dalam lingkungan kebudayaan nasional;


12. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap

keusahawanan

dan produktiviti;
14. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam
Al-Quran bagi murid Islam;
15. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan

akhlak mulia;

16. Membina semangat patriotisme;


17. Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan.
18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
bagi amalan hidup.

menjadikannya asas

3.3 Penekanan Dalam KBSR


Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek
yang terkandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi.Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua
mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara
khusus. Penekanan Dan Tumpuan KBSR ialah seperti kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis), kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum,
bahasa merentas kurikulum, Patriotisme merentas kurikulum, strategi P&P yang berpusatkan
murid, penilaian berterusan serta pemulihan dan pengayaan.
3.4 Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi
melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui
kokurikulum.
3.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,
seseorang

guru

seharusnya

mewujudkan

suasana

persekitaran

yang

merangsang

pembelajaran melalui kemudahan fizikal kelas iaitu dengan menyediakan ruang

untuk

pembelajaran yang selesa, sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, ruang
pameran hasil kerja, bahan rujukan untuk penggunaan murid, bahan pembelajaran yang mencabar
daya pemikiran.
Dari segi aspek emosi sosial pula bijak dalam penggunaan bahasa yang mesra, keupayaan
guru memahami muridnya dan mempelbagaikan penggunaan teknik. Selain itu guru juga haruslah
mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti dengan
melibatkan murid secara aktif, menjalankan penilaian yang berterusan, mewujudkan peluang
murid menilai kerja mereka, melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan,
Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang
berlainan, menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan
secara rasional, memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan
membina sifat berani, yakin dan dayajuang, melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam
kemahiran berfikir serta mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.
Guru juga harus menjalankan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang baik bagi menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang

lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru

hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid

secara aktif.

Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan

kepada

kebolehan murid

yang hampir-hampir

sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti
seperti ,simulasi, lakonan, permainan, tunjuk ajar, lawatan, bercerita, projek, sumbangsaran, main
peranan dan pidato.

3.6 Penilaian
Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa. Penilaian sumatif dijalankan di akhir
sesuatu tempoh pembelajaran

4.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR).


KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan
dengan KBSR.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi,
Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti
Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan
aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
5.0 PERSAMAAN KBSR DENGAN KSSR
5.1 Prinsip KBSR & KSSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsip-prinsip yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan prinsip KBSR ialah
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk
semua murid, pendidikan seumur hidup.Selain itu, murid sekolah rendah lazimnya mudah
memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan
pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan
pengalaman hidup mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang
dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid sekolah
rendah.Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan
kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas selain
aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel.Prinsip KBSR juga memberi
penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia ada. Penguasaan kemahiran 3M iaitu
kemahiran membaca, menulis dan mengira diterapkan dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah. Akhir sekali, penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan murid-murid.

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah


baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses
transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda arasan dengan
kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan
pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip
KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk,organisasi, pedagogi, penegasan
kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR
dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah rendah
seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR
tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk
semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR.
Disamping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna..
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan
yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.
5.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
KBSR menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan kepada
murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang dapat merangsang
pembelajaran. Antara strategi yang boleh diambil kira ialah faktor Kemudahan fizikal kelas. Jika
dapat memujudkan ruang pembelajaran yang selesa serta sudut pembelajaran dilengkapkan
dengan bahan yang interaktif, dapatlah murid-murid menjadi bersemangat untuk belajar didalam
bilik darjah. Ruang pameran hasil kerja murid-murid seperti bahan pembentangan dan nota-nota
ringkas yang diberikan guru bolehlah disediakan di dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan
rujukan untuk penggunaan murid. Bahan-bahan rujukan tersebut mestilah bahan pembelajaran
yang mencabar daya pemikiran murid-murid. Aspek sosioemosi mestilah diterapkan oleh guru
kepada murid-murid seperti penggunaan bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami
muridnya serta penggunaan teknik yang pelbagai dapat menjadi perangsang kepada murid-murid
untuk teus belajar. Selain itu, guru hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah guru hendaklah melibatkan murid secara aktif
dalam P&P di dalam kelas selain menjalankan penilaian yang berterusan serta mewujudkan
peluang murid menilai kerja mereka. Guru juga hendaklah membimbing serta melatih murid
meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan dan juga memberi peluang kepada murid
mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan. Menyediakan suasana
pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional juga merupakan
prinsip-prinsip P&P yang mesti guru laksanakan dalam KBSR. Guru juga hendaklah memberikan
penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan
daya juang serta melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir. Guru

hendaklah mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid agar murid
terrsebut dapat membuat keputusan yang tepat untuk menyelesaikan masalah mereka.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran juga antara strategi P&P dalam KBSR. Bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan
guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh
mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun individu. Pembentukan kumpulan
berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang
pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti berkumpulan seperti simulasi, lakonan,
permainan, danprojek. Aktiviti individu seperti bercerita, sumbangsaran, main peranan dan
berpidato sangat sesuai untuk melatih murid membentuk keyakinan diri dan mencungkil bakat
yang ada.
Bagi KSSR pula Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras
dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian,
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan
kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Ia adalah sama dengan
strategi yang digunakan dalam KBSR.Selain itu, Strategi yang digunakan juga adalah pendekatan
berpusatkan murid iaitu sesuatu P&P itu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka
berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Di dalam KSSR juga
proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah
mengajar atau lebih dikenali sebagai kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga
perlulah bertema ia adalah bagi membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain.
Bagi tujuan ini perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal
persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mengcungkil daya kreativiti dan
inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri, penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilikdarjah, pembelajaran secara kontekstual,
pembelajaran secara konstruktivisme, dan juga pembelajaran masteri. Pendekatan yang
digunakan mestilah memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid dan juga
mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid.
6.0 PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR
6.1 Kaedah Pentaksiran
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim yang
merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pembaharuan
yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK
bermatlamat untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan
serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran
sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem


pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan
organisasi luar. Pentaksiran sekolah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pentaksiran formatif
dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan
pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal
mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid
serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan
penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif
atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.
6.2 Kandungan KSSR
Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi
Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu Dr Julaihi
Bujang,

Pengarah

Bahagian

Pembangunan

Kurikulum,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan


pengisian kurikulum baru subjek berkenaan.
Enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupi perkembangan
manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah
laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akan dilaksanankan secara
berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam.
Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan
sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan
persahabatan.

Murid

turut

didedahkan

mengenai

perkahwinan

dan

kekeluargaan

yang

merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuat keputusan
menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan,
kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV,
AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang masyarakat dan
budaya.
Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada
peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan
KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul). Penaakulan merupakan
asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian
tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran
logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid
diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh
dan suku.(Berita Harian, 30 jan 2011)
7.0 KESIMPULAN
Kehendak-kehendak

kurikulum

sekolah

perlu

dilaksanakan

di

semua

sekolah.

Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi
melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan

matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak
kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana
terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.
Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang
timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai
pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan
sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu
transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak
berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika
pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

8.0

BIBLIOGRAFI
Ab. Rahman Ab. Rashid, Hajah Wan Som Mamat (1995). Bahasa Melayu Bahasa
Dalam Konunikasi Dan Proses Komunikasi. Edisi Pertama. Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan
Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Ee, A. M. 1991. Pedagogi: Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ee Ah Meng (1998), Pedagogi III.Pengujian, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn., Bhd.
Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,

Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.


Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan Perguruan. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka - Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai