Anda di halaman 1dari 4

1.

Kognitif
Domain kognitif adalah domain yang merangkumi kegiatan mental (otak). Segala keupayaan
yang berkaitan dengan aktiviti otak adalah termasuk dalam domain kognitif. Domain kognitif
memiliki enam tunjang atau aspek, iaitu:
1. Pengetahuan/hafalan/ingatan (knowledge)
2. Pemahaman (comprehension)
3. Penerapan (application)
4. Analisis (analysis)
5. Sintesis (syntesis)
6. Penilaian/penghargaan/penilaian (evaluation)
Tujuan aspek kognitif berorientasikan kepada kemampuan berfikir yang merangkumi
kemampuan intelek yang lebih sederhana, iaitu mengingat, sehinggalah kepada kemampuan
menyelesaikan masalah yang memerlukan murid untuk menghubung kait dan menggabungkan
beberapa idea, gagasan, kaedah atau prosedur yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Dengan demikian aspek kognitif adalah domain yang mengungkapkan tentang kegiatan
mental yang sering bermula dari perigkat pengetahuan sehingga ke peringkat yang paling tinggi
iaitu penilaian.
2. Afektif
Domain afektif adalah domain yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Domain afektif
merangkumi watak perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai. Beberapa pakar
mengatakan bahawa sikap seseorang dapat diramalkan perubahannya bila seseorang telah
memiliki kawalan kognitif pada perigkat yang tinggi. Ciri-ciri hasil pembelajaran afektif dapat
dilihat pada murid dalam tingkah laku yang berbeza.
Domain afektif dapat diperincikan dalam lima tunjang utama, iaitu:
1. Receiving atau attending ( menerima atau menghadiri)
2. Responding (memberi maklum balas) yang bermaksud adanya penglibatan aktif
3. Valuing (menilai atau menghargai)
4. Organization (menmerangkumis atau mengorganisasikan)
5. Characterization by a value or complex value (perwatakan dengan suatu nilai atau
komplek nilai)
3. Psikomotor
Domain psikomotor merupakan domain yang berkaitan dengan kemahiran (skill) atau
kemampuan bertindak setelah seseorang menerima pengalaman belajar tertentu. Hasil belajar
psikomotor ini sebenarnya merupakan lanjutan dari hasil belajar kognitif (memahami sesuatu)
dan hasil belajar afektif (yang baru diperlihatkan dalam bentuk kecenderungan-kecenderungan
berperilaku). Domain psikomotor mempunyai hubung kait dengan aktiviti fizikal, misalnya
berlari, melompat, melukis, menari, memukul, dan sebagainya.
Hasil belajar keterampilan (psikomotor) dapat diukur melalui: (1) pemerhatian langsung dan
penilaian tingkah laku murid sepanjang proses pembelajaran amali berlangsung, (2) selepas
mengikuti pembelajaran, iaitu dengan cara memberikan ujian kepada murid untuk mengukur
pengetahuan, keterampilan, dan sikap, (3) beberapa waktu selepas pembelajaran selesai dan
seterusnya semasa melakukan kerjanya.

Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.
Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh
dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan
pemeringkatan individu dalam kumpulannya. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor
yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau
variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur
dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi
arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh
menghasilkan perubahan tidak sistematik.
Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah
disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian.
Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama
dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak
disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi
persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel
kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.
Indeks Kebolehpercayaan
Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini
ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh
diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah
bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang
sama yang ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan.
Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara
yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru
memperoleh dua set skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan
bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks
kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang
dibina.

a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.


b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
c. Soalan hendaklah seragam (homogen).
d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
e. Elak gangguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Pengukuran
Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan
sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kewujudan ciri
penguasaan sesuatu isi pelajaran yang diajar oleh guru pada pelajar dikuantifikasikan dengan
memberi skor ujian.
Penilaian
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan
antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan.
Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang
membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada
asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses
sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah
dan makmal dicapai. Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal
pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan
pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara
pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai
pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah adalah
penilaian terhadap projek, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul
secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti
empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin
dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan
masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan
alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar
seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian

yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua
jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian
formatif dan sumatif.
Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unitunit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai
setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.
Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan
pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan
di sekolah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan
pelajar dalam unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai
menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak
sesuai digred.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan
kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif
ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir penggal, skorskor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar
daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian
sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan guru ke aliran pendidikan yang
sesuai dengan bakat dan potensi mereka.
Bincangkan langkah-langkah dalam merancang sesuatu ujian.
Mengapakah ujian perlu dinilai?
1. Apakah Julat?
2. Berdasarkan 2 set markah di bawah, tafsirkan kedua-dua sebaran markah tersebut.
Set A: 22 23 24 25 26 27 min=24
Set B: 18 21 24 27 30 33 min= 24

Anda mungkin juga menyukai