Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti-aktiviti Kelas Pemulihan Khas.

Aktiviti permainan mencantum


puzzle merupakan aktiviti yang
dapat menarik minat murid
melalui kaedah BELAJAR
MELALUI BERMAIN.

Azmirol membantu Zairol mencantum huruf untuk membentuk perkataan.

Sikap bekerjasama diterapkan agar murid yang pandai dapat membantu rakan mereka
yang lemah.

JOM ..kita baca...

Murid-murid pemulihan membaca buku mengikut tahap penguasaan mereka


"BUKU BACEPAT"salah satu pilihan .Murid membaca setelah selesai
menyiapkan latihan (Aktiviti Pengayaan).

http://cikguhijau.blogspot.my/2012/06/kaedah-gabungan-dalam-pengajaran.html
Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah pandang
dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan
sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasabahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh
digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun
mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar
membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf,
bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat.
Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf
dari a hingga z secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf
vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataanperkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam
dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan
dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca
serta faham apa yang dibaca.

Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci,


lihat beberapa contoh berikut:
1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan
menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa
kali, selang-seli.
2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k,
m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua
murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku
kata:
da di du ka ki k u sa si su

4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:


ba..... ba.... baba
bu..... bu.....bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan
latih murid membacanya:
baba bubu
dada kuku

6. Perkenalkan gabungan lain:


a ..... ku..... aku
a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
8. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.
9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad
imbasan.
11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i ... bu ..... ibu
bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda

budi ibu
budi ibuku
budi uda
di ... a ..... dia
ka ... ki ..... kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang
dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam
sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d,
k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya

http://cikguhijau.blogspot.my/2012/07/kaedah-pengajaran-kemahiranmembaca.html
Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) adalah satu kaedah
pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan
kawalan vokal ( ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za).
Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah
Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan
konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).
Kaedah KVB mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara
serentak dan berstruktur dan sistematik. Ia disesuaikan dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah fonik didapati lebih
banyak membantu kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal
berbanding kaedah bukan fonik. Kaedah pengajaran fonik yang
bersistematik sangat baik untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika.

Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB

1.
Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan
[y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a).
2.
Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa
mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya
3.
Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya
4.
Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata
mama, mata mama saya

Anda mungkin juga menyukai