Anda di halaman 1dari 7

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083

1.0 Tugasan 1: Esei reflektif

Ranjau kehidupan insan bergelar pendidik

Merenung kembali warna-warni kehidupan sebagai seorang pelajar dan


bakal guru sekolah rendah yang bagai pelangi dan kadangkala penuh
dengan

onak

dan

duri,

sememangnya

sesuatu

perkara

yang

menyeronokkan. Kini diri yang dulunya seorang anak kampung mula


menjejak kaki ke tanah asing demi melanjut pelajaran sudah bergelar pelajar
semester akhir institut pendidikan guru, layak dan bersedia melangkah ke
alam dewasa pekerjaan yang menjanjikan kehidupan penuh cabaran.
Semester inilah akan menjadi titik permulaan kehidupan saya yang baru dan
bagaimana corak perjalanan dibentuk semuanya akan terletak di dalam
gengaman tangan ini bagi menetukan perjalanan semester akhir.
Kerjaya sebagai seorang pendidik sememangnya sesuatu pekerjaan
yang mulia di mata semua, sedikit semua ketahui, menjadi seorang pendidik
sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan ia amat memerlukan
minat, kesabaran dan kesungguhan serta keinginan yang kuat dalam diri
seseorang. Saya masih teringat lagi akan pengalaman berharga semasa
menjalankan praktikum tiga bulan di salah satu sekolah tanah utara ini.
Negeri utara, Kedah, atau lebih dikenali negeri jelapang padi merupakan
negeri kedua saya selepas Sabah, diri ini yang sememangnya dilahirkan
sebagai seorang anak kampung yang tidak pernah menjejak kaki keluar dari
kawasan asal dan zon selesa kini hidup berdikari demi menuntut ilmu di
dalam

bidang

perguruan

dan

terus

berusaha

semata-mata

ingin

melengkapkan ilmu di dada. Program Amalan Profesional dikenali sebagai


program praktikum dikalangan pelatih guru sering kali menjadi pendanda
aras terhadap kebolehan seseorang itu menjadi pendidik berwibawa.
1

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083


Praktikum keseluruhannya melibatkan tiga fasa, saya mula menjalankan
program ini semasa diri berada di semester lima sehingga ke semester tujuh.
Setiap fasa mempunyai waktu perlaksanaan yang berbeza yang mana
semester enam praktikum dijalankan selama sebulan di sekolah yang terpilih
sekitar kedah, semester enam pula dua bulan dan semester tujuh agak lama
berbanding sebelumnya iaitu tiga bulan.
Masih terpahat akan kenangan-kenangan lepas sepanjang praktikum
dilalui, diri ini sangat bersyukur kepada Tuhan yang esa kerana telah
memberi kekuatan dan

kesihatan yang baik dalam melalui tugas sebagai

seorang guru pelatih yang mengajar di sekolah-sekolah terpilih. Semua ini


tidak akan berjaya tanpa sokongan keluarga, rakan sebaya dan guru sekolah
yang tidak pernah putus-putus memberi semangat dalam menghabiskan
cabaran sebagai penuntut ilmu bidang keguruan. Saya masih lagi teringat
akan

kata-kata

seorang

guru

kepada

saya

semasa

menjalankankan

peraktikum, Ilmu setinggi langit jika tidak digunakan akan tetap hilang
ditelan masa.. ucapannya sering ternigang di benak ini. Cikgu Sharul, atau
lebih mesra dipanggil cikgu Lan merupakan individu yang banyak membantu
saya di dalam menjalankan praktikum di sekolah beliau. Wajahnya serius
sering kali disalah tafsir oleh insan yang baru mengenalinya, Cikgu Lan
mempunyai perwatakannya yang ceria sentiasa mengeluarkan lawak jenaka
namun dipenuhi dengan pengalaman dan ilmu yang sukar dibeli. Beliau yang
kini berumur lewat 40-an merupakan guru pendidikan khas lulusan diploma,
telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Menyampaikan ilmu kepada orang lain bukanlah sesuatu perkara yang
mudah,

seseorang

itu

bertanggungjawab

terhadap

ilmu

yang

ingin

disampaikan kepadanya , pensyarah pengajian bahasa melayu semester dua


pismp saya, Encik Zuhairi pernah berkata, guru tak tahu mengajar boleh
diperbaiki, mengajar benda yang salah adalah amat sukar diperbaiki beliau
menegaskan lagi, jika kita mengajar benda yang salah kepada para anak
2

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083


murid kita nescaya ilmu tersebut telah mengubah pemikiran mereka tidak
kiralah benda yang disampaikan tersebut betul atau salah. Berbekalkan
nasihat ini, saya seringkali menilai terhadap setiap penyampaian ilmu yang
ingin dilakukan oleh saya. Dalam hal ini, Cikgu Lan banyak sekali membantu
diri ini di dalam membentuk keperibadian yang perlu agar kelak layak digelar
sebagai seorang insan pendidik nusa bangsa. Saya bernasib baik kerana
dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada beliau, terutamanya di
dalam bidang pedagogi yang memerlukan guru untuk bersedia mengalas
tanggungjawab

mengajar

murid-muridnya,

cikgu

Lan

mengajar

saya

bagaimana untuk memeperbaiki diri ini dalam aspek mengajar murid-murid


kita. Terutamanya, cikgu Lan sentiasa menasihati saya agar bersedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran yang ingin saya lakasanakan, perkara
ini penting agar pengajaran dan pembelajaran murid dapat dilaksanakan
dengan lebih baik. Hal ini amatlah dititkberatkan oleh beliau kerana budaya
ini telah menjadi amalanya dan setiap pengajaran yang dilakasanakan oleh
beliau sepanjang lebih sepuluh tahun menjadi guru, dapat berjalan dengan
baik seperti yang diingini hanya kerana telah merancang dengan lebih baik.
Pembelajaran berlaku sepanjang hayat, antara motto yang dipegang
oleh cikgu Lan. Beliau yang mendapat pendidiakan di maktab perguruan
kuala Laumpur pada sepuluh tahun yang lalu menghabiskan pendidikan
penuh dan memegang diploma perguruan yang ditawarkan ketika itu. Beiiau
berpendapat pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat dan kita mempunyai
peluang untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Hal ini dapat
dilihat apabila cikgu Lan menyambung semula pengajiannya ke peringkat
ijazah dalam bidang pendidikan, beliau tidak pernah menganggap guru
terkecuali di dalam sentiasa memperbaiki diri mereka mahupun telah
begelar sebagai insan pendidik. Perkara yang dilakukan beliau ini, benarbenar telah mengubah presepsi saya terhadap diri saya sendiri sebagai
seorang bakal pendidik, melihat diri cikgu Lan yang berusaha melanjutkan
pelajaran walaupun telah bergelar guru menimbulkan satu kekuatan kepada
3

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083


diri saya, untuk terus berusaha memperbaiki diri ini selaras dengan tuntutan
wawasan 2020 negara kita yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan
infrastruktur malahan modal insan.
Manusia dilahirkan dengan kebolehan dan latar belakang yang
berbeza, begitu juga dengan murid kita di sekolah. Kebanyakan mereka lahir
daripada golongan yang susah dan berlatar belakangkan keluaraga yang
berpendapatan rendah, menunjukkan jarak ekonomi antara murid adalah
berbeza. Selain mereka juga boleh dilihat hadir daripada kaum dan agama
yang berlainan. Namun, ini tidak menghalang mereka untuk menerima
pendidikan yang sama di antara satu sama lain. Cikgu Lan amat menitikberatkan agar pendidik mengajar dengan telus dan ikhlas tanpa sebarang
pilih kasih walaupun murid-muridnya tergolong daripada mereka yang
berlainan bangsa dan agama. Ini membuatkan saya semakin sedar akan
tanggunjawab saya sebagai pendidik untuk memastikan setiap murid saya
menerima pendidikan yang adil dan saksma antara mereka, tidak wujud
sebarang diskriminasi yang membuatkan mereka berasa tersisih daripada
mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan. Perkara ini mengimbau kembali
memori yang tertanam di kepala saya terhadap sesi pengajaran yang yang
pernah dilaksanakan oleh beliau, yang penuh semangat dan dedikasi.
Peristiwa yang berlaku semasa bulan ke dua saya berpraktikum di sekolah
beliau, menjadi kekuatan untuk saya mengikuti jejak langkah pendidik yang
sejati.
Ketika kejadian itu, saya sedang leka melakukan kerja di atas meja
guru, cuba menyiapkan rancangan pengajaran harian bagi subjek esok hari.
Mendengar suara beliau di dalam salah satu kelas penuh semangat
membuatkan saya terhenti seketika untuk melihat perkara yang beliau
lakukan. Melalui itu, saya dapat dilihat bahawa beliau begitu bersungguhsungguh menerangkan cara melaksanakan jalan penyelesaian bagi subjek
matematik kepada seorang murid berbangsa india.
4

Walaupun terdapat,

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083


sedikit kekangan bahasa dalam pengajaran ini ia tidak menghalang beliau
untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada murid ini, melihat
pelakuannya yang sedang membongkok sambil cuba untuk meneragkan
jalan matematik membuatkan saya berfikir sejenak. Pelbagai perkara
bermain di dalam kepala saya pada ketika itu Bagaimana mungkin murid
itu boleh memahami dengan jelas apa yang dikatakan oleh Cikgu Lan?
Tidakkah beliau berasa jemu terhadap soalan sama yang diajukan oleh murid
tersebut? semua ini menjadi tanda tanya kepada saya sehingga berakhirnya
kelas tersebut. Saya pun mengajukan soalan yang telah bermain di dalam
benak fikiran saya ketika itu, selesainya kelas beliau. Semuanya didengar
dengan teliti olehnya, sambil tertawa kecil seperti, dan menerangkan kepada
saya bahawa pendidikan adalah untuk semua dan kita sebagai guru
hendaklah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Segala
yang berlaku di dalam kelas merupakan sesuatu yang menjadi titik
perubahan kepada murid itu kelak, mendengar itu semua membuatkan saya
sedar bahawa keikhlasan guru adalah penting. Aspek lain yang saya perolehi
daripada beliau ialah betapa perlunya kita untuk bersedia dan dan sentiasa
sedar akan tugas sebenar seorang guru menjadi pemimpin dan boleh
memimpin orang lain.
Keperibadian beliau ini benar-benar telah mengubah diri saya dalam
menjadi seorang pendidik negara, saya akui dalam dunia pendidikan yang
semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru
tidak boleh lari daripada cabaran dalam membentuk etika professionnya
yang betul. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi
memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) supaya rakyat negara kita Malaysia
menjadi

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal


yang demikian, saya akui terdapat banyak cabaran di dalam bidang
5

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083


profesion ini namun kita hendaklah menyahutnya dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam
sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan
kerana itulah tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah. Hal yang
demikian, saya akan melengkapkan lagi diri saya terhadap segala ilmu
berbekalkan role model yang ditunjukkan oleh cikgu Lan bagi memahami
bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya
adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang
bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan
membaca

kepada

celik

huruf,

bijak

dan

menjadi

manusia

berjaya.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari


ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi

sesiapa

berketerampilan,

saja

kerana

kewibawaan,

hanya

kelayakan,

mereka
minat,

mempunyai
iltizam,

dan

kualiti,
berjiwa

pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan


tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.
Akhir kata, segala pengetahuan yang saya perolehi daripada beliau akan
sentiasa dipraktikan dan disebarkan oleh saya agar ilmu yang dituntut ini
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

(1537 patah perkataan)

Asas Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru EDU3083

Gambar Kenang-kenangan bersama Cikgu Lan

Gambar Rajah 1

Anda mungkin juga menyukai