Anda di halaman 1dari 7

PSK 3102

ISL Minggu 2
Tarikh :
Tempat :
Masa

Tajuk

: Mengesan pelaksanaan teori konstruktivisme dalam pembelajaran


dengan merujuk internet dan buku rujukan.

Pengenalan
Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori
pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi
teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam
diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses
pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang
tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme. Teori ini pada
umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Definisi Teori Konstruktivisme


McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

PSK 3102

mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual


yang sedia wujud.
Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa
murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru
kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka
bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat
supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan
menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini
dengan lebih baik.
Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme
penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah
kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan
memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar
membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi
dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999),
menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah
hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu
maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar.
Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu
kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk
pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.
Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran
secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa
pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan

PSK 3102

pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar


adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan
pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator
yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti
pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan
sifat asas pengetahuan tersebut. Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh
pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan
gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen,
memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang
sebenar,mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar
sesuatu idea, menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap
pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang
digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.

Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam


pengajaran guru memberikan kesan ke atas pembelajaran
pelajar.
Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham
digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan
bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat
merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk
membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang untk

PSK 3102

mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai
idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh
mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa
penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk
menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan
idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini
pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea
mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :


(i) Fasa orientasi: (Engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta
memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang
berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah
dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan
filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada
pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan
perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran
pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan
aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)
Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea
pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan
untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea
saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru
boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui
kaedah eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat
amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.

PSK 3102

Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan
lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina
pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana
idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan
seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana
mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini
akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus
belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.
(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif
kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai
bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan
aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk
membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat
definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan
meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam
kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam
fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah
dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai
banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui
perbincangan dalam kumpulan.
(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina

PSK 3102

dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru.
Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang
lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri
kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih
faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama
konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.
(v) Fasa Refleksi (Evaluate)
Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea
terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada
pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan,
apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu
pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar
dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina
pengalaman baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada
akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan penjelasan berdasarkan
pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan
menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne&
Freyberg, 1985; Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira idea pelajar yang
terdahulu dalam proses pengajaran. Guru perlu membina pengalaman yang
dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk membantu mereka
menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa
pelajar membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi

PSK 3102

pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan


frame of reference mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson &
Gott, 1996).

Sumber :
1. http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivismedalam.html
2. http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

Anda mungkin juga menyukai