Anda di halaman 1dari 1

Cerita Nilai-nilai Murni

Cerpen ini mengisahkan Murni yang akhirnya Berjaya mengajak emaknya,


Jemah pergi ke rumahnya di Bandar setelah memujuknya berkali-kali. Di bandar,
apabila Murni dan suaminya, Jamal pergi berkerja, tngallah jemah
seorang diri di rumah. Pembantu rumah murni pula akan segera balik setelah
kerjanya siap. Jemah berasa bosan dan sunyi kerana tiada jiran-jiran untuk
berbual-bual. Oleh sebab berasa bosan dan tidak biasa duduk-duduk berehat,
jemah telah menajak rumah yang tumbuh di sekeliling rumah Murni. Apabila
Murni dan Jamal pulang, Jamal berasamarah kerana rumput yang tumbuh di
sekeliling rumahnya telah ditajak. Dia membeli rumput itu dan mengupah orang
menanamnya. Pada petang itu pula, Jemah menebang pokok ketapang di tepi
jalan dan diganti dengan pokok mempelam. Menurutnya pokok ketapang tidak
memberikan apa-apa hasil jika jika dibandingkan dengan pokok
Mempelam. Apabila jamal balik, sekali lagi dia marah dan menyindir-nyindir ibu
mertuanya.Murni tidak gemar melihat gelagat suaminya.
Akhirnya, Jemah balik ke kampung semula. Tidak beberapa lama selepas itu,
Murni menerima sepucuk surat daripada ibunya yang meminta dia dan
suaminya balik. Murni dan jamal pun balik ke kampung. Jamal menaruh
prasangka bahawa ibu mertuanya mahu meminta bantuan wang. Rupa-
rupanya jemah telah membeli tanah Long Kasah dan meletakkan nama Murni
sebagai pemilik tanah itu.Tanah itu dibelinya dengan menggunakan duit yang
dikirimkan oleh Murni setiap bulan.Murni berasa sangat terharu dengan tingakan
emaknyaitu. Sementara itu, jamal berasa tersindir kerana dia
gagal menyimpan wang untuk masa depan walaupun dia berkerja sebagai
pegawai perancang ekonomi.Dia juga berasa sangat insaf dan malu.

Anda mungkin juga menyukai