Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari yang mulia ini,

saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Nadim Lari Ke

Gunung”.

Nadim seorang budak cacat. Kakinya tempang dan wajahnya buruk.

Budak-budak nakal yang tinggal di kampungnya selalu mengejeknya. Nadim

amat sedih.

Ayah, ibu dan kakaknya Melor amat sayang akan Nadim. “Kakak, kenapa

kaki Nadim tempang? Kenapa muka Nadim buruk?”Tanya Nadim.“Tidak

mengapa. Semuanya kehendak Allah. Kita mesti bersyukur. Biar rupa buruk

tapi hati baik,”kata Melor. “Orang tidak mahu berkawan dengan saya,”kata

Nadim lagi. “Tak mengapa. Kau ada kelebihan yang orang lain tiada. Kau pandai

meniup seruling, bukan?” pujuk Melor lagi.

Pada suatu hari, Nadim pergi ke tepi sawah. Dia duduk di atas tunggul

sambil meniup seruling. Tiba-tiba budak-budak nakal datang ke arahnya dan

mengejeknya. Nadim amat sedih. Dia rasa terhina lalu pulang. Tiba-tiba,

seorang daripada budak nakal merampas seruling Nadim. Dia cuba meniup

seruling itu tetapi tidak menjadi. Dia geram lalu melontar seruling itu ke dalam

sungai.

Nadim amat sedih. Seruling kesayangannya tenggelam di dalam sungai.

Tiba-tiba Melor sampai di situ lalu menghalau budak-budak nakal itu. “Apa

yang berlaku dik?” Tanya Melor. Nadim pun menceritakan segala-galanya.

“Kakak, saya tidak mahu diejek lagi. Biarlah saya tinggal di atas Gunung Panti

itu,” kata Nadim sambil menangis.

“Jangan, dik. Jangan tinggalkan kami. Emak dan ayah tentu sedih,”kata
Melor. “Saya tetap sayangkan emak, ayah dan kakak. Tapi saya tidak mahu lagi

diganggu lagi. Apabila bulan mengambang saya akan pulang. Kakak

sediakanlah makanan di anjung rumah. Letakkan juga sebatang seruling yang

baru. Saya akan makan dan tidur di situ. Apabila fajar terbit, saya akan balik

semula ke gunung,” kata Nadim lagi.

Selepas itu Nadim pergi menuju ke Gunung Panti. Melor cuba

mengejarnya tetapi gagal. Dia pun pulang untuk memberitahu ibu bapanya

yang Nadim mahu membawa diri ke gunung itu.

Akhirnya, berita Nadim lari ke gunung tersebar. Budak-budak nakal

berasa menyesal. Mereka rasa bersalah kepada Nadim. Mereka cuba memujuk

Nadim pulang ke kampung.

Sesekali penduduk kampung terdengar bunyi tiupan seruling. Bunyi itu

datangnya dari arah Gunung Panti.

Pengajaran yang saya dapati daripada cerita ini ialah kita mestilah tabah

walaupun kita menghadapi palbagai harungan dan berfikir dulu sebelum

bertindak.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai