Anda di halaman 1dari 5

Berapa pendapatan bulanan seorang

pemandu Uber di Malaysia?


iMoney |

Jun 27, 2016 11:30 MYT

Beban anda akan menjadi lebih ringan apabila anda mempunyai pendapatan sampingan untuk
membiayai komitmen kewangan anda
Dengan kos kehidupan yang kian meningkat dan kadar peningkatan pendapatan yang tidak
selari, rakyat Malaysia terus berdepan dengan perjuangan kewangan.
Untuk mengatasi peningkatan kos kehidupan, orang ramai mula berjimat dengan
mengurangkan aktiviti seperti membeli-belah dan makan di luar.
Jalan penyelesaian yang paling tepat untuk mendapatkan pendapatan tambahan ialah dengan
mempertimbangkan peluang memanfaatkan masa lapang yang ada.
Salah satu pilihan yang semakin popular adalah untuk menjadi rakan kongsi Uber, dan ianya
bersesuaian dengan keperluan anda.
MESTI BACA: Bekas Menteri berikan sebab beliau jadi pemandu Uber
MESTI BACA: Nora Danish psiko, kejar pemandu Uber?
MESTI BACA: SPAD kemuka cadangan agar kerajaan benarkan khidmat Uber, Grabcar

Perkhidmatan paling asas Uber adalah Uber X, diikuti Uber XL dan Uber Black.
Persoalan yang paling penting disini adalah: berapakah pendapatan yang anda boleh perolehi
dengan memandu pelanggan di sekitar bandar?
Kami juga ingin mendapatkan jawapannya.
Oleh sebab itu, kami telah membuat pengiraannya untuk manfaat orang ramai:
Berapakah pendapatan anda apabila anda menjadi seorang pemandu Uber X?

Anggaran pendapatan pemandu Uber di Malaysia

Berdasarkan pengiraan di atas, kemungkinan besar pendapatan kasar pemandu Uber X


separuh masa boleh mencecah RM3,032 sebulan sekiranya dia bekerja 4 jam setiap hari pada
hari minggu (Isnin hingga Khamis), 5 jam pada hari Jumaat dan 6 jam pada hujung minggu.
Ini tidak termasuk rujukan aktif daripada pelanggan Uber.
Namun, ini hanyalah pengiraan anggaran jika anda boleh memandu ketika waktu puncak
yang ditetapkan (sila rujuk kepada struktur bertingkat di bawah yang berasaskan kadar
sejam).
Sekiranya anda ingin menjadi pemandu Uber sepenuh masa, anda kemungkinan boleh
memperolehi sebanyak ini sebulan (berdasarkan cara konservatif) dengan memperolehi
pendapatan sebanyak RM2,095 setiap minggu dalam konteks tambang kasar!

Maksimakan potensi pendapatan anda


Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh yang lebih baik, berikut adalah struktur
pembayaran terkini (Mei 2016) bagi pemandu Uber X.

Sumber: Uber Malaysia

Antara manfaat terbesar apabila anda menyertai Uber ialah anda menjadi majikan sendiri dan
anda dapat mengawal sepenuhnya segala urus niaga anda.
Namun demikian, anda harus aktif di talian untuk jangka masa yang agak panjang untuk
mendapatkan potensi pendapatan yang ditetapkan.
Rakan kongsi pemandu Uber juga harus menyediakan kenderaan sendiri.
Kenderaan tersebut haruslah keluaran tahun 2007 dan ke atas.
Kenderaan yang melebihi lima tahun memerlukan pemeriksaan tambahan.
Anda juga perlu membiayai segala perbelanjaan ke atas kenderaan anda (termasuk
peyelenggaraan, pinjaman bank dan insuran), walaupun Uber mempunyai program manfaat
rakan kongsi untuk membantu anda.
Akhirnya, Uber akan mengenakan caj komisen sebanyak 25% untuk UberX, 25% caj
komisen untuk Uber Black dan 28% caj komisen untuk Uber XL.
Walau bagaimanapun, Uber masih menyediakan perjanjian yang lumayan dari segi kewangan
untuk mereka yang ingin mendapatkan pendapatan bulanan tambahan.
Cara fleksibel untuk memperolehi pendapatan sampingan

Kebanyakan orang berpendapat bahawa cara sampingan untuk memperolehi pendapatan


tambahan adalah menarik dan semakin popular di kalangan orang ramai terutamanya untuk
rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan kebebasan kewangan.
Salah satu tarikan Uber ialah ia seakan-akan satu kerja sambilan yang senang dimulakan dan
diakhiri mengikut kehendak anda.

Anda tidak terikat kepada apa jua pertalian atau perjanjian.


Selain itu, anda hanya perlu mempunyai kenderaan sendiri (kebanyakan daripada kita sudah
pun memiliki kenderaan sendiri), lesen memandu yang sah dan waktu lapang di sebelah
petang (ataupun pagi mengikut masa lapang anda) dan anda sudah siap sedia.
Akhir sekali, pendapatan sampingan bukan sekadar memberikan anda kehidupan yang lebih
mewah seperti menghirup kopi Starbucks atau bersantai di pantai.
Beban anda akan menjadi lebih ringan apabila anda mempunyai pendapatan sampingan untuk
membiayai komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahaan dan
juga kos pendidikan anak-anak yang kian meningkat.
Anda juga boleh menggunakan pendapatan sampingan ini untuk membuat pelaburan yang
boleh menjana pendapatan tambahan.
Selain itu, pendapatan sampingan juga bermanfaat di peringkat berbeza kehidupan kita
seperti menjemput kelahiran anak baru, simpanan untuk tempahan rumah baru ataupun untuk
menukar kereta yang lebih besar bagi menampung keluarga anda yang membesar.
Yang paling penting, tiada masa yang lebih sesuai daripada ini untuk melindungi simpanan
hari tua anda di samping mempunyai pendapatan tambahan yang dapat menambah wang
persaraan anda.
Selain itu, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, kita perlu mempunyai sokongan
kewangan yang sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai