Anda di halaman 1dari 5

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKBA 2016

Teks Pengacara Majlis


Hari Anugerah Cemerlang 2016
PEMBACA

SKRIP

ATURAN
MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.
Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada
hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:
1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat
mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat
berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan
kerjasama hadirin sekalian.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Batin Sari Bin
Senin, Yang Dipertua PIBG SK Kampong Busut Asli, diiringi
oleh Yang Berusaha Pn Azreenawaty Binti Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Busut Asli, Naib Yang
Dipertua, serta barisan pentadbir sekolah.
**** Lagu Negaraku****
Hadirin dipersilakan duduk

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan
salam 1 Malaysia...
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
FIZO916 - 2016

Page 1

UCAPAN
ALUAN
PENGERUSI
MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKBA 2016


Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berbahagia,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan
Yang Berusaha,
PK 1 Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah
Kebangsaan
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan
sesi 2016
Guru-guru penjana modal insan gemilang,
Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,
dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.
Selamat datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Kampong Busut Asli bagi tahun 2016.
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di
dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pendidikan.
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta
jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga
serta murid-murid sekalian.
Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang
BACAAN DOA
Buluh ditarik panjang sepuluh,
Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.
Hadirin dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita samasama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Tn
Haji Khairudin . Dipersilakan

FIZO916 - 2016

Page 2

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKBA 2016


--------- Bacaan doa --------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz
atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah
cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,


Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu untuk menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

UCAPAN PK1

------ Ucapan PK1 -----Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Pk 1 di atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Batin Sari Bin Senin, untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
**** Ucapan Perasmian ****
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Batin Sari di atas ucapan perasmian
itu tadi.

FIZO916 - 2016

Page 3

UCAPAN
PERASMI

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKBA 2016


Hadirin yang dimuliakan,
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Anugerah Cemerlang.
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Batin Satin
Bin Senin diiringi oleh Yang PK 1 untuk menyampaikan
hadiah.
HADIAH
**** Hadiah Akademik ****
Acara dimulakan dengan hadiah Kedudukan Terbaik Mengikut
Kelas.
**** Baca senarai penerima hadiah****
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Batin Sari Bin Senin atas penyampaian hadiah itu
tadi.

****Penghargaan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah ****

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita
nikmati persembahan daripada murid-murid SKKBA
Dipersilakan....
Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang
cukup berbakat ini...

FIZO916 - 2016

Page 4

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKBA 2016


PENYAMPAIAN
TERBANYAK)

HADIAH

NILAM

(PEMBACA

PENYAMPAIAN ANUGERAH UTAMA


TOKOH NILAM
TOKOH KOKURIKULUM
TOKOH KURIKULUM
TOKOH MURID
Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah
Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah Kebangsaan Kampong
Busut Asli bagi tahun 2016.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.
Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga
Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin
sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

FIZO916 - 2016

Page 5

Anda mungkin juga menyukai