Anda di halaman 1dari 1

Teka Teki Einstein

98% orang dianggarkan tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Hanya 2%


sahaja boleh dan ianya menggunakan logik.

1. Di sebuah kampung, ada lima buah rumah, dan setiap rumah itu berlainan
warnanya.
2. Di dalam setiap rumah, tinggal lima orang yang berlainan namanya.
3. Setiap pemilik rumah itu, minum minuman yang berbeza, hisap rokok
berlainan jenama, dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
Soalannya: Siapakah yang membela ikan?

Klu:
1. Ahmad tinggal di rumah bewarna merah.
2. Chong membela anjing.
3. Samad meminum tea.
4. Rumah Hijau terletak di sebelah kiri rumah Putih.
5. Pemilik rumah Hijau suka meminum kopi.
6. Orang yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
7. Pemilik rumah Kuning menghisap rokok Dunhill.
8. Orang yang tinggal di rumah tengah meminum susu.
9. Ali tinggal di rumah pertama (paling kiri).
10.Orang yang menghisap cerut tinggal di sebelah rumah orang yang
membela kucing.
11.Orang yang membela kuda tinggal di sebelah orang yang menghisap
rokok Dunhill.
12.Orang yang menghisap rokok Suria meminum Milo.
13.Brahim menghisap rokok Malboro.
14.Ali tinggal di sebelah rumah Biru.
15.Lelaki yang menghisap cerut ada seorang jiran yang meminum air.

Anda mungkin juga menyukai