Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik
percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini
mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang
dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah tiruan
tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang
lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan
yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu
permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matriks. Matriks yang
umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk
turisan atau goresan; batu untuk litografi; blok kayu untuk toreh kayu, linoleum
untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan skrin. Masih banyak lagi
bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah.
Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman
mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu
edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku
artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik

KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN Pembuat cetakan berkarya menggunakan


berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat
berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air
seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan
yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi
semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam
menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca
akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan
serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori
yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil
juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.
Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan
menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring,
cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau
screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam
teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang
masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan
yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan
pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3
hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan
sampai tujuh plat. Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain
yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan
antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang
diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap Pendekatan
reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino

yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya


lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi. Bahagian lino atau kayu
yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak
sebelumnya.Pada teknik grafis seperti chine-coll atau monotype, pegrafis
kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak. Konsep
warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di
dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna
lain. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya
yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli Cetakan pada
awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil.
Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia cetakan dihasilkan
dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa
digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang
biasa dihunakan hdala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring.
Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil
permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki. Antara jenis-jenis cetakan
ialah: 1. Cetakan timbulan: Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas
permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau
pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod
bergelugor dan sayur-sayuran. 2. Cetakan benam: Imej terhasil berdasarkan
garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid,
turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
3. Cetakan planograf: Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan
air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel. 4.
Cetakan stencil (sarigrafi): Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu
pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin
foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

Anda mungkin juga menyukai