Anda di halaman 1dari 1

Taman Permainan di Tempat Tinggal Saya

Nama saya Ana. Saya tinggal di Taman Mewah. Tidak jauh dari
rumah saya ada sebuah taman permainan.
Ramai orang suka berkunjung ke taman permainan terutamanya
pada waktu pagi dan waktu petang. Taman permainan ini sangat bersih dan
cantik. Di sekeliling taman permainan ini telah ditanami pepohon yang
rendang dan menghijau.
Di taman permainan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti
pondok rehat bangku tong sampah pondok tele!on awam trek joging dan
padang yang luas. Di taman ini juga terdapat alat permainan seperti
jongkang"jongket papan gelongsor buaian dan palang besi. Ramai kanak"
kanak suka menghabiskan masa lapang mereka di sini.
Pada setiap petang saya dan keluarga akan mengambil angin di
taman permainan ini. Saya suka menunggang basikal manakala abang pula
suka bermain kasut roda di taman permainan ini. Dua orang adik kembar
saya yang masih kecil pula suka bermain papan gelongsor dan jongkang"
jongket. Seperti biasa ayah dan ibu akan bersembang di bawah pokok yang
rendang sambil memerhatikan kami.
Pada waktu senja suasana di taman permainan begitu meriah
dengan suara gelak ketawa kanak"kanak. Di taman permainan inilah tempat
kami beriadah dan bersuka ria. Dengan adanya taman permainan ini kami
boleh mengisi masa senggang kami dengan melakukan akti#iti yang
ber!aedah di samping mengeratkan hubungan silaturahim.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat beriadah di taman
permainan bersama"sama keluarga saya. $ami akan sentiasa menjaga
kebersihan dan keceriaan taman permainan ini.

Anda mungkin juga menyukai