Anda di halaman 1dari 2

“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...


Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”

TAMAN PERMAINAN JADI TUMPUAN

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan.


Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para penggunanya yang
bertanggungjawab dan berdisiplin.

Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh
sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini
menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.

Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur,
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada
kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.

Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakan-
rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan dengan
itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.

Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan beransur sepi. Saya


dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan,
kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.

Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk
setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu
sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

...........................................................................................................................................................................

“... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”
Akhiri karangan kamu dengan “Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”
SAYA BERGELAR JUARA

Bunyi jam loceng mengejutkan saya pada pagi itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging di
padang bola yang berhampiran. Saya perlu memantapkan fizikal saya untuk menghadapi kejohanan
olahraga.

Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga peringkat daerah
semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya.

Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari. Saya berlatih bersungguh-
sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dan guru-
guru.

Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya bersemangat dan yakin dengan
persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan
baik.

Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh semangat.
Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya menggenggam kad yang diberi oleh
hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira dan terharu.
Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

Anda mungkin juga menyukai