Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan - Surat Kiriman Tidak Rasmi

Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman anda sekeluarga bercuti di
kampung.

Jenis : Surat Kiriman Tidak Rasmi - kebetulan – masa – musim


buah-buahan
Pendahuluan: - dusun – pelbagai jenis
- alamat penulis / sendiri – durian, rambutan, manggis,
- tarikh langsat, pisang, -
- kata pengantar – Menemui - membantu – mengutip durian
sahabatku, … – memetik rambutan
- kata panggilan - makan – sepuas-puasnya.
4. – petang, - membawa
Isi-isi: – memancing – sungai
1. – bertanya khabar - mengajar – membuat
- berharap – keadaan sihat layang-layang
walafiat - bermain – tanah lapang
- keluarga – keadaan - memasak lauk-pauk –enak
sihat-sihat belaka - pernahkah – pergi – rumah
2. – tujuan – menulis – adalah nenek / datuk
– menceritakan– bercuti –kampung
- kampung nenek – cuti sekolah Penutup:
– lalu- berada – kampung - sampai – sahaja - coretkan
– selama – hari - sampaikan – salam mesra
3. – udara – nyaman – keluarga –
– pagi – kedengaran – berkicauan - tandatangan
- datuk membawa - dusunnya

Gan Lin
4898, Taman Regent,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.

18 OKTOBER 2010

Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.

Saudari,

Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga
di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di
kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek
selama lima hari.

Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa
saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk
terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan
adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan
sepuas-puasnya.

Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang
rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-
layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari
pernah pergi ke rumah nenek saudari?

Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.

Sahabatmu,
Gan Lin

Anda mungkin juga menyukai