Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

ATURCARA PERKARA CATATAN

Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dihormati, sila mengambil


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Hormat Datuk


( )
JAWATAN ( )

dengan diiringi oleh Puan Naziah bt Ahmad, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Sri Layang, En.Ismail bin
Che Mat, Yang Dipertua PIBG SK Sri Layang, guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon
berdiri.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Hormat,

Datuk

_________________________________
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Yang Berusaha Puan Naziah bt Ahmad, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Sri Layang.

Yang Dihormati, En. Ismail bin Che Mat, Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Layang

Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG Sekolah


Kebangsaan Sri Layang, barisan Guru-guru, tuan-tuan
dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
maka kita diberikan luangan waktu, untuk
menghadirkan diri ke MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG BAGI TAHUN
2018.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seuntai doa
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput


dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Faris bin
Kamran untuk memimpin bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Faris bin Kamran atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari Ilahi.

Ucapan YDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,
majlis menjemput dan mempersilakan En.Ismail bin
Che Mat untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En.Ismail bin Che Mat,


YDP PIBG SK SRI LAYANG atas ucapan sebentar
tadi.
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru Besar
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Puan Naziah bt Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sri Layang. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada YANG HORMAT
Datuk
_______________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI
LAYANG 2018. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

********** Ucapan ************


TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada YANG HORMAT DATUK

____________________________ atas ucapan


perasmian sebentar tadi
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
SIJIL penghargaan, penyampaian BANTUAN AWAL
PENGHARGAAN/ PERSEKOLAHAN bagi sesi 2018 dan cabutan
BAP/ CABUTAN bertuah. Majlis menjemput YANG HORMAT DATUK
BERTUAH _______________________________
diiringi Yang Dipertua PIBG, En. Ismail bin Che Mat
DAN Puan Naziah bt Ahmad, Guru Besar SK SRI
LAYANG naik ke atas pentas bagi menyempurnakan
penyampaian. Majlis mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil


penghargaan kepada AHLI JAWATANKUASA PIBG
TAHUN 2017.

Majlis Diteruskan Dengan Penyampaian Bantuan Awal


Persekolahan.
Dijemput
1) En.Gunasingam A/L Krishnan
2) En. Lajman Bin Hussen
3) Pn. Jayanti A/P Gopal
4) Pn. Sabariah Bt Nordin.

Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah.


Dijemput YANG HORMAT DATUK untuk mencabut
nombor.
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada YANG HORMAT DATUK
______________________________
atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil
penghargaan, BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
bagi sesi 2018 dan cabutan bertuah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Bagi menghargai jasa dan kesudian


CENDERAMATA Yang Hormat
Datuk ____________________________ merasmikan
majlis pada hari ini, majlis menjemput Yang Berusaha
Puan Naziah bt Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sri Layang untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Hormat Datuk
____________________.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Hormat Datuk
______________________________ untuk menerima
cenderamata daripada pihak sekolah.

**********PENYAMPAIANCENDERAMATA***********

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada Yang Hormat Datuk atas kesudian menerima
cenderamata sebentar tadi.

Dari mana asalnya, usah diusul


TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SRI LAYANG

Penutup Molek budinya menambat hati


Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili jawatankuasa PIBG dan SK SRI


LAYANG, merakamkan penghargaan terima kasih
kepada Yang Hormat Datuk
_________________________ atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2018. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru, Tuan-tuan
dan Puan-puan.

Dengan ini berakhirlah majlis perasmian mesyuarat


agung PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI
LAYANG BAGI TAHUN 2018 . Majlis berehat selama
15 minit. Majlis akan disambung semula dengan
agenda seterusnya iaitu mesyuarat agung 2018.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai