Anda di halaman 1dari 6

MERENANG GELORA TINGKATAN 3

Sinopsis
Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah
berhadapan dengan cabaran Shahrul,Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit
dengan persaingan Nadira dan Siew Mei yang berebut untuk menambat
hatinya.
Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri segera "mengumpul" musuh
hingga satu hari dia disiramdengan air tandas ketika berada dalam kamar
kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anakbuah (anak saudara
Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang
bersekongkol denganShahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan
kegiatan menjual telefon bimbit yang dicuri olehMeng Kong di kedai
ayahnya sendiri.
Siew Mei, adik kepada Ah Meng, pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta
pertolongan Badri. Nadirakemudian sedar tentang perangai buruk Shahrul
apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh polisbersendirian. Namun,
Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira sudah mula
beralih kepada Badri.
Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan Meng Kong, lalu
dihadapkan kepada guru disiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru
kaunseling.
Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama olehbapanya, manakala Kumar
insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrul membara, apatah lagi
diamudah ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging.
Perhatian Siew Mei terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima
Shahrul. Jamil pula dihantarke rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan
dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri menghadapifitnah memiliki telefon
bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya Taufik (si mulut
murai)dan Siew Mei memberi sokongan.
Dipendekkan cerita, Badri akhirnya bergelar doktor perubatan lulusan
Ireland, manakala Siew Meidoktor gigi. Pembaca mungkin sedikit terkilan
justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapidia sebenarnya

telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik


yang berjayadengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik
yang kini memiliki resort sendiri...

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Badri*****
Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
Seorang pengawas sekolah
Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia
harus menggalas
tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul
6.40 pagi Badri
sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan
banyak membantunya
dalam pelajaran.
Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan
pelajar yang
berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan
telefon bimbit
semasa di sekolah.
Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik
membentuk kumpulan
belajar.
Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakanrakannya mengenai
hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
1

Nadira

Watak Sampingan
Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada


Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana
selama ini dia tinggal di rumah banglo.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit
yang dicuri semata- mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan
mewah dan berjenama.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan
melepak di kompleks beli-belah.
Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut
arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira
menunggang motosikal.
Mementingkan diri sendiri Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan
ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya Shahrul menyuruh Kumar
untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong
dibuang asrama.
Pendendam Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagimelepaskan
dendamnya terhadap Badri.

Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah


Badrul Shah, Kedah mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk
mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan
berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak
terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara
tidak berfaedah.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya,
Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
Tidak menghormati orang lain meninggikan suara ketika kakaknya
menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
Suka membazirkan masa sering membazirkan masa dengan bersiar-siar
dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong

Jamil

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.


Rakan kepada Shahrul dan Kumar
Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu
dijual kepada pelajar di sekolahnya.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon
bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah
hampir dua ribu ringgit.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui
perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada
ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama
sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi


pengawas.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar
yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia
mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan
milik
Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.

Cikgu Jailani
Kumar
Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual
telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya
dirampas oleh Cikgu Jailani.
Mata duitan atau materialistik Kumar bersama dua rakan karibnya
Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan
kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
Mudah dipergunakan oleh orang lain Kumar cuba memfitnah Meng
Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan Tidak mahu lagi dipergunakan oleh
Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling mula
akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.


Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin.
Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar
sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3
orang pengawas.
Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas
dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi
setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi
kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Pengajaran
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai
seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya
menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga
keselamatan diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan
kerana mempunyai ilmu persilatan.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan
9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama
sekolah.
Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terusmenerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah
terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani
untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah
tersebut disiplin anaknya.

Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak
menganiaya orang lain.
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit
di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa
Badri tidak bersalah.
Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi
sesuatu masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan
masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan
telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.
Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil
yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan
Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.

Nilai
Nilai kasih sayang
Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup
menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya
dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
Nilai ketabahan
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan
tindakan yang dihadapi olehnya.

Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah
ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di
sanubari masing-masing.

TEMA
Novel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui
watak utama,Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan
tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman
persekolahannya.

Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan
yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak
nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.
Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap
meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira
walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi
saying akan masa depan Nadira.
Nilai cinta akan seni warisan bangsa
Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak
Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan
seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam
poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial
rakan-rakan di sekolahnya.

PERSOALAN
5

i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang


terlibat dalam gejala sosial.a. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat
perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah
dan bercampur dengan kumpulan motor.
ii. Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anak
Contoh: Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong
ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya
dalam peperiksaan.

vi. Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam


peperiksaan.
Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan
akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran
Malaysia.
vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar.

iii. Hasad dengki dalam persahabatan.

Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap


Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.

Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke


dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama

viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.

iv. Tanggungjawab terhadap tugas .

Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir
di tangkap oleh polis.

Contoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya


pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil.

ix. Berdiri untuk mendapatkan pengalaman.

v. Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah.

Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri


sementara menungu keputusan SPM.

Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan


Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran
kepada pelajar di sekolahnya.

x. Perpaduan kaum.
Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun
mereka berlainan agama dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai