Anda di halaman 1dari 12

Program 5 MinitAnti Dadah

ISNIN

RUPA DAN KEADAAN PENAGIH DADAH


1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

Penagih dadah tidak menjaga diri. Pakaiannya kotor dan berbau


busuk, rambut tidak terurus, hidung sentiasa berair, air liur
meleleh dengan mulut berbau busuk. Duduk dan baring tidak kira
tempat.
RUMUSAN : Penagih dadah akan menjadi seorang yang
pengotor.

DADAH MEMBAWA MAUT

SELASA
1.

Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:

Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

Jelaskan kepada murid-murid :


Penagih dadah akan mati sebelum ajal. Penagih dadah yang
sedang khayal akan hilang daya tumpuan fikiran. Tenaga lemah,
jalan terhoyong-hayang. Mereka tidak hiraukan keselamatan
diri. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tersungkur ke dalam
parit, longkang dan jalan raya. Akibatnya mereka akan luka,
cedera-parah dan akhirnya membawa maut.
RUMUSAN : Kita juga akan mati tetapi janganlah mati seperti
seorang penagih dadah.

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH


RABU

1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih


dadah. Semak jawapan murid berdasarkan senarai berikut :
Bajunya kotor dan berbau busuk
Matanya merah dan kuyu
Air liur meleleh
Jalan terhoyong-hayang
Percakapan meleret-leret
Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi
tangga atau kaki lima.
Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak
makan atau tiada duit tambang bas.
RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri

*Sila tandakan () jika sudah dibaca atau () jika belum dibaca.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


KHAMIS

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH


1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT

Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih


dadah seperti berikut:
Jadi seorang pemalas
Susah untuk lulus peperiksaan
Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah
Dipulaukan oleh masyarakat
Susah dapat kerja
Sering dicaci dan dicurigai
Dibenci dan dihina
Dibuang kerja atau sekolah
Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
Masa depan gelap
RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana
mengguna/mengedar dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan
kes polis

NASIB KELUARGA PENAGIH DADAH


1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

Jelaskan kepada murid-murid nasib keluarga penagih adalah


seperti berikut :
Hubungan anak yang menagih dengan ibu bapa atau adikberadik yang lain akan renggang
Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram
dan terancam
Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat
Keluarganya jadi huru-hara
Harta benda keluarga tidak selamat
RUMUSAN : Kerana penagih, keluarga yang tidak berdosa
menjadi mangsa. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka
juga...

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN

PENGEDARAN DADAH DI MALAYSIA

1.

Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


Jenis dadah seperti heroin, morfin, candu dan ganja
yang digunakan oleh penagih diseludup dari luar negara
oleh pengedar dadah
Pokok ganja ada ditanam secara haram di Malaysia dan
biasanya terletak di kawasan pedalaman
Penagih-penagih yang sudah tidak mampu membeli dadah
kerana harganya terlalu mahal akan membeli pil-pil
psikoterapik dan memakannya secara berlebihan sebagai
ganti
Dadah akan dijual kepada penagih melalui pengedar
dadah yang cuba membuat seberapa banyak keuntungan
yang boleh, terutamanya kepada penagih yang meluapluap ketagihannya

2.

RUMUSAN : Pengedaran dadah di Malaysia masih berleluasa

Sudah
Belum

Tandatangan Guru

SELASA
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN


BARU YANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR
Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari
pelanggan baru seperti berikut :
1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang
bermasalah di rumah atau di sekolah
2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping
selalu dengan pelajar yang dikenal pasti
3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar
tersebut sehingga dirinya dipercayai dan diterima
sebagai sahabat
4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan
belanja rokok semewah-mewahnya
5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba
dadah dengan percuma. Bila pelanggan baru sudah mula
seronok barulah dikenakan bayaran. Selagi pelanggan
baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila sudah mula
ketagihan, harga dadah melambung
RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang
mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. AWAS!
PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


RABU
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

KHAMIS
1.
*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN


PENGEDAR DADAH
Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar
Ibu bapa yang selalu bergaduh
Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah
Nakal
Merokok
Suka buang masa
Suka berfoya-foya
Suka merancang untuk bersuka-ria
Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal
Beg sekolah juga bertampal-tampal
Menggunakan perkataan Lu atau Gua bila bercakap
sesama rakan
Pelajaran merosot
Selalu melanggar peraturan sekolah
RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH,
TIADA PERNIAGAAN. BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP
SUSAH. APA PEDULI ORANG MENDERITA, ASALKAN AKU
KAYA
MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN
PENGEDAR DADAH
Jelaskan kepada murid-murid perkara yang berikut :
Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi
Golongan remaja suka kepada keseronokan
Golongan remaja suka mencuba-cuba
Remaja suka kepada cara hidup bebas
Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat
Mudah dapat wang daripada ibu bapa
Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat
merokok daripada ahli keluarga
Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan
diri atau fikiran seperti belajar
Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan
RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar
sekolah yang bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang
setia, walaupun mereka tahu bahawa menagih dadah banyak
keburukannya

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

JUMAAT

1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH


Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
Selalu atau suka ponteng sekolah
Pandai berdalih
Merokok
Selalu pinjam atau minta wang
Selalu bercakap bohong
Pakaian tidak kemas
Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang
tertentu sahaja
Menjual barang curi
Selalu membawa pakaian harian ke sekolah
Pelajaran semakin merosot
Enggan bertentang mata bila bercakap engan orang lain
Memilki wang yang banyak
Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan deperti
pil, serbuk putih seperti tepung atau daun kering pokok
ganja
RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada
dalam keadaan gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba
menyembunyikan perasaannya. Dia berperasaan demukian sebab
takut ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau kena tangkap
hukumannya ialah buang sekolah atau jadi kes polis

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN

1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

SELASA

1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

APA ITU DADAH


Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
berikut :
Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan
manusia
Boleh merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang)
Mengakibatkan pergantungan fizikal (idak boleh buat
kerja atau lemah badan jika tidak makan dadah)
Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran,
peresaan, emosi dan personaliti yang dikawal oleh dadah)
Memberi kesan buruk kepada kesihatan (sakit lain
seperti AIDS dsb)
Emberi kesan buruk kepada fungsi sosial (bersendirian,
menyusahkan orang lain dan sebagainya)
RUMUSAN : Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan
keburukan
KESAN BURUK GANJA
Terangkan apa itu ganja.
Ganja ialah daunpokok ganja yang dikeringkan.
Warnanya hijau pucat. Biasanya dibungkus dengan kertas coklat
seperti bentuk rokok. Ganja juga dipanggil dengan nama sateh
atau barang dan lain-lain lagi
Terangkan bahawa ganja membawa kesan-kesan buruk seperi
berikut :
Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan
terhoyong-hayang
Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah
dan kanser sebab asap ganja mengandungi THC
(TETRAHYDROCANNABINOL)
Melemah dan merokkan daya pemikiran, pemahaman,
percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan
masalah
Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot.
Bilangan sperma akan kurang dan jadi cacat serta boleh
menyebabkan mandul
..........sambung pada waktu ke-3..............

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


RABU

1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

KHAMIS
1.

*
Sudah
Belum

2.

Tandatangan Guru

3.
JUMAAT

KESAN BURUK GANJA (sambungan)


Terangkan kesan bruk ganja selanjutnya :
Merosakkan pertimbangan, persepsi dan motivasi
Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang sihat untuk
bergaul dengan kawan-kawan
Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan
mengurangkan telur dalam ovari. Mengurangkan susu
badan dan boleh menyebabkan mecacatan pada janin
RUMUSAN : pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja
terlebih dahulu sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih
kuat dan mahal

KESAN BURUK CANDU


Jelaskan apa itu candu :
Candu berasal dari getah bunga popi yang banyak ditanam di
kawasan TIGA SEGI MAUT di utara Thailand. Getah bunga
popi ini diproses (dimasak) menjadi candu masak.
Keburukan candu :
Boleh menyebabkan mati mengejut
Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal
pergerakan badan dan mudah mendapat kemalangan
Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan
banyak
Menjadi sesak nafas
Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan
diri terhadap penyakit
RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang
merbahaya
KESAN BURUK MORFIN

1.

Terangkan :
a) Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu.
Terdapat dalam bentuk serbuk putih seperti tepung atau
cecair atau ketulan hitam. Kesannya kira-kira lapan kali
lebih kuat daripada candu.
b) Kesan buruk mengambil dadah morfin kepada penagih :
- Selalu menganuk
- Berat badan merosot
- Tidak berupaya mengurus diri
- Mudah diserang penyakit
- Mati mengeju

2.

RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan


jual kepada penagih yang tidak berkesan dengan jenis-jenis

Sudah
Belum

Tandatangan Guru

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


dadah yang lain. Penagih-penagih akan menyebabkan pengedar
dadah lebih kaya.
ISNIN

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

Hukuman di bawah undang-undang ini :


Seksyen 39B (pengedar)
HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI ( tiada
hukuman lain)

2.

SELASA
1.
*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

RABU
*

1.
Sudah
Belum

Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia
Akta ini bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan
pengimportan, pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan
dan penggunaan segala jenis dadah dan campuran dadah

2.

Seksyen 39A (penjual)


HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
RUMUSAN : Yng banyak mengaut keuntungan di atas
penderitaan orang lain ialah pengedar dan penjual dadah. Jika
anda tahu, laporkan kepada polis secara senyap-senyap
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983
Jelaskan kepada murid-murid :
Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap
penagih dadah dan dihantar ke pusat pemulihan selama 2
tahun
Di pusat pemulihan penagih dadah diberi pemulihan
fizikal, psikologikal, mental dan rohani
RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar
untuk dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah
keluar dari pusat pemulihan. Mereka hanya menanti maut

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HAK HARTA)


1988
Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengesan,
membeku dan merampas harta (aset) pengedar dadah samada di
dalam atau di luar negeri, selain daripada hukuman yang
dijatuhkan ke atas dirinya
RUMUSAN : Pengedar dadah tidak patut dibiarkan hidup

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


Tandatangan Guru

senang-lenang hasil daripada jualan dadah

KHAMIS

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH


PENCEGAHAN KHAS) 1985
Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan
pengedar-pengedar dadah selama 2 tahun tanpa bicara.
Seksyen 6(1). Penahanan ini boleh dilanjutkan selepas
tamat tempoh penahanan yang pertama
Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam Negeri
mengenakan perintah sekatan selepas tamat penahanan
tanpa bicara
RUMUSAN : Pengedar dadah yang ditahan tanpa bicara adalah
pengedar dadah yang cukup licin dan sukar untuk dibuktikan
kesalahannya. Jika anda dapat memberikan maklumat, manusia
durjana ini akan mati di tali gantung

1.
*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

DADAH MUSUH UTAMA NEGARA


Jelaskan kepada murid-murid perkara berikut :
Dadah adalah musuh utama negara
Ramai tenaga pekerja tidak dapat digunakan untuk
pembangunan kerana ketagihan dadah
Negara-negara luar hilang keyakinan untuk melabur di
Malaysia menyebabkan ekonomi merosot dan meleset
Bila pengangguran meningkat, masalah sosial akan
meningkat seperti merompak, mencuri,
menyamun,membunuh, melacur dan lain-lain lagi
RUMUSAN : Sekarang negara kita aman dan makmur, tetapi
jika kegiatan pengedaran dadah tidak dihapuskan, negara akan
jadi huru-hara

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN

1.

*
Sudah
Belum

Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok


dan sudah ramai orang mati kerana merokok
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan,
tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa
sengan merokok
Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu
nikotin, karbon monoksid dan tar
Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan
degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur
darah dan meninggikan tekanan darah
Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh
menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen
menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan
akan menjadi letih dan mengantuk
Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah
paru-paru, usus atau mulut
RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan
larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang
pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan
dibuang sekolah

Tandatangan Guru

2.

SELASA
1.

BAHAYA MEROKOK
Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:

Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

CARA MENGESAN KEGIATAN MEROKOK DAN


MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH
Biasanya kegiatan menagih dadah di sekolah dilakukan secara
sulit tetapi kegiatan ini masih dapat dikesan jika terdapat :
Alat Suntikan
Straw, sudu, pelepah betik
Mancis Lilin
Tembakau
Rokok, rokok daun, timah rokok
Sudu
Limau Nipis
Tali
RUMUSAN : Barang-barang atau alat tersebut biasanya disorok
ditempat sulit. Cuba buat tinjauan

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

RABU
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

KHAMIS
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT
1.

*
Sudah
Belum

Tandatangan Guru

2.

PERANAN PELAJAR MENGHAPUSKAN KEGIATAN


MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH
Peranan pelajar adalah seperti berikut :
Pilih seorang murid yang berkelakuan luar biasa dan
awasi gerak-gerinya sepanjang hari tanpa disedari
Bantu sekolah menjalankan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah di sekolah
Beri nasihat secara tidak langsung kepada rakan-rakan
sebaya supaya tidak merokok atau mencuba dadah
Jadikan diri sendiri sebagai murid contoh dalam segala
hal
RUMUSAN :Kerja mengawas perbuatan merokok dan
menggunakan dadah adalah bahaya. Sebaliknya jika anda
menyelamatkan rakan anda daripada terlibat dengan dadah,
bererti anda telah memberi sumbangan yang amat bermakna
CARA MEMPENGARUHI RAKAN SEBAYA SUPAYA
MENJAUHI DIRI DARI DADAH
Cara-caranya adalah seperti berikut :
Sampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya
secara tidak langsung
Mengajak rakan sebaya menyertai pelbagai aktiviti
kelab, persatuan dan sukan di sekolah
Rancang aktiviti berfaedah untuk menghabiskan masa
cuti sekolah
Pujuk rakan sebaya yang bermasalah jumpa kaunselor
atau mana-mana guru yang dipercayai supaya dapat
berbincang
RUMUSAN : Untuk berjaya dalam usaha ini, anda mestilah
bersifat jujur, ikhlas, mesra, ambil berat dan simpati. Semua
sifat-sifat tersebut menyebabkan rakan sebaya yakin dan
percaya kepada anda
AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENJAUHKAN DIRI
DARI DADAH
Antara aktivitinya adalah seperti berikut :
Libatkan diri dalam permainan tiap-tiap petang supaya
badan sentiasa sihat
Adakan perkhemahan atau melancong dalam cuti sekolah
Penuhkan masa lapang dengan hobi
Anjurkan perkelahan atau kembara
Aktiviti riadah yang berfaedah
RUMUSAN : Bila masa lapang kita penuhi dengan aktiviti yang
berfaedah, sudah pasti pengaruh dadah dapat anda jauhi

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Anda mungkin juga menyukai