Anda di halaman 1dari 10

1.

Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang

2. Doa Minta diKembalikan


Barang yang Dicuri
Ini doa dari tok wan saya berikutan insiden baru-baru ni. Dia suruh saya amalkan tiap hari.
1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan
rasa bersalah.
2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.

3.

Amalan doa di bawah ini:

1. Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.


2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7
kali.
3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surat alIkhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.
4. Baca shalawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.

5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.


6. Bacakan asmaul khusna dibawah ini sebanyak 119 kali.

4.
YA HAFIIDHU
7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah
dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan
mendapat kembali barang yang telah dicuri.
Ada tambahan doa lagi yang bisa anda baca:
5.



ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA
Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih
baik

daripadanya.."

Itulah doa yang bisa anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang
entah karena sebab apa. Jangan pergi ke dukun, karena disamping dosa, hal itu hanya akan
membuat anda semakin rugi. Semoga bermanfaat.

4. Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan

barang yang dicuri.


[1] Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut.
(Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah
orang secara umum.
[2] Baca ayat dari surah Ar-Ra'd ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam
sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat

kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan. Insya Allah, dengan izin Allah
barang tersebut akan kembali dipulangkan.
Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya. Kalau Allah
'kata' jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya. Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah
dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan.

Koleksi 1
Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa
bersalah.


)(

)(
)(
)(



)(

)(

)

atau boleh klik link ni (surah al-hasyr) untuk paparan lebih jelas...

2) selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.

Yakin la pada Allah, sebab dier Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
In Shaa Allah .....
*******************************************************************************
Koleksi 2
Baca surrah yassin dan pada setiap perkataan "mubin" didalam surrah tu berdoa dalam hati supaya
barang tu ditemui balik.

*********************************************************************************
Koleksi 3

Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba'a al-Huda.


Amalkanlah doa ini berulang-ulang sambil mencari barang ataupun sesuatu yang hilang itu sehingga
jumpa.
Doa ini telah terbukti mujarrab dan sering diamalkan oleh Ahli-Ahli Darusysyfa di seluruh Malaysia dan
juga Brunei. Ianya juga telah terbukti mujarrab untuk mengembalikan orang yang hilang.
Setelah membaca doa ini berulang-ulang dengan banyaknya. In Syaa' Allah S\sahabat-sahabat akan
merasai keajaiban doa ini. Kerana apabila membaca doa ini, sahabat akan dapat menjumpai barang yang
hilang itu dengan izin Allah swt jua akan dapat dengan mudah sekali.
Jika doa kita dan barang kita tidak dijumpai juga. Maka periksalah diri kita dan cermin diri samada kita ada
membuat dosa pada Allah swt atau pada orang lain. Jika ada cepat-cepatlah bertaubat dengan membaca
istighfar banyak-banyak. Dan cepat-cepatlah memohon maaf jika ada kesalahan pada orang. Jangan
tunggu hari Raya, jangan tunggu hari tua, kerana kita tidak tau bila kita akan kembali kepada Allah swt.
Allah mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan suka membersihkan diri.
Sahabat-sahabat yang amat disayangi, mungkin sahabat-sahabat pernah merasa doa yang amat cepat
dimakbulkan oleh Allah swt. dan mungkin sebahgian lagi tidak. Kepada yang pernah merasainya, maka
bersyukurlah dengan kurnia Allah swt itu dan tetaplah istiqamah dengan amalan-amalan anda.
Kepada yang belum lagi merasa doanya dimakbulkan dengan cepat, maka tingkatkanlah dan gandakanlah
amalan anda. Jauhi sebarang maksiat. Jauhi perkara-perkara yang dibenci oleh Allah swt. Bertaubatlah
dengan taubat nasuha dari segala kesalahan. Mohon maaflah kepada setiap insan yang pernah dizalimi
dan disakiti. Berazamlah untuk berhenti dari melakukan maksiat-maksiat itu.

In Syaa' Allah, Allah tentu akan menerima doa anda.

Semoga bermanfaat. Kongsilah dengan yang lain. Semoga Allah swt akan memberikan kebaikan yang
tidak terkira banyaknya kepada orang yang sudi berkonsi Ilmunya. Aaamiiin.
**********************************************************
Koleksi 4

**********************************************************

"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan,
kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...

"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah
aku apa yang aku lalai(lupa)"
**********************************************************************
1. Dari Us Muhadir
Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.
Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang
Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2
yang hilang kepadaku semula''
2. Dari Akh Ikhwan.

Sedikit sebanyak kisah ttg doa ni.. ihsan blog sdr ikhwan
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah
semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.
Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya
cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang
hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu
Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.
Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini
sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca
doa ini, dikembalikan barang tersebut.
Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.
"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara
tiada berkecuali."
3. Dari seorang Ustaz
Doa yg lebih lengkap

Doa yang lengkap seperti yang tersebut dalam kitab Guru Mulia Habib Zein:






Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan
dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang
memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak
ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang,
sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Petua lain
Ini sedikit petua cara untuk mengembalikan barangan yang hilang sebagaimana yang
terdapat di dalam kitab Guru Mulia Habib Zein BinSumaith yangtelah beliau ijazahkan secara
khusus kepada al-fagir. Ada dua cara
1 - baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap
penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan
ditemui kembali.
*****************************************************************

1. Mula2 dirikan solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:


YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali. Ya Hayyu ya Qayyum
100x
2. Baca surah ad-Dhuha 7 kali dan al-Fatihah sekali, selawat 20 kali,
Kemudian baca doa ini :


Ya Jaamiaan Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang
Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang
hilang kepadaku semula
3. baca Ya Aliyyu ya Aziim, ya Aliim ya Haliim
4. Istighar 1000x

*************************************************************

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang


Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato Dr. Haron Din Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh
diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga

yang hilang atau yang lari dari rumah.


Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT
mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat
12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan
bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua
ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24).
Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat
47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir
ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam
(iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat,
kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir
Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.


3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut
sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah
disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada
ayat yang berakhir dengan Mubin.

BACALAH SURAH INI SAAT KESUSAHAN,


NISCAYA ALLAH SWT MENGUTUS
MALAIKAT UNTUK MEMBANTU !!
Surah An-Naml : Ayat 62
Hit: 2811
Surah An-Naml : Ayat 62

Maksudnya : "Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang
menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai
bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat
Allah itu)."

Intisari : "Patah tumbuh hilang berganti". Begitulah kata-kata bijak pandai yang memerihalkan sesuatu peralihan masa
dan kuasa. Dalam al-Qur'an, Allah SWT telah menjelaskan bahawa antara bukti kebesaran-Nya ialah : Dia berkuasa
menjadikan sesuatu generasi meneruskan kemajuan dan penguasaan generasi sebelumnya di atas muka bumi ini.
Oleh itu sepatutnya kita tidak ragu-ragu lagi mengakui kebenaran ini dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang
Allah kurniakan.

"No man is indispensible". So said the sages in describing changing times and powers in influencing events. Allah the
Almighty has stated in the Qur'an that amongst His signs is : He is Most Powerfull to create a generation to continue

the developments and power of previous generations. Thus we should not doubt this truth and should be always
thankful to Him for all His boons that has bestowed upon us.

Anda mungkin juga menyukai