Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..

Terima Kasih Pengacara Majlis,


Yang dihormati para dhib dan jemputan seterusnya ibu bapa serta anak-anak cilik
Tadika Aktif Minda yang saya kasihi sekelian .

Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka kita dapat berkumpul di Buluh
Perindu , Taman Bandar , yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda
pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan Tadika . Ucapan syabas dan tahniah
kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan
gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis
seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan
anak-anak kecil yang bakal mewarisi masa depan negara.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Buat pengetahuan semua ini adalah Tahun ke dua pihak Tadika Aktif mengadakan
majlis untuk meraikan anak anak yang telah tamat Pendidikan awal mereka .
Anak anak Tadika Aktif minda seramai _____ orang telah berjaya menunjukkan
peningkatan yang cemerlang , dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
Malahan bagi saya, majlis ini diadakan juga khusus untuk meraikan para ibu bapa
yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda
pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak
sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para
pelajar yang telah menamatkan pendidikan awal mereka malahan kepada ibu bapa
juga yang juga banyak membantu pihak tadika dalam banyak pekara terutama dari

segi buah fikiran dan tenaga .

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah ,

Sebenarnya, secara peribadi kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada
usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar,
bahawa guru-guru di peringkat pendidikan awal kanak-kanak atau Pra sekolah perlu
Memberi, agar anak anak ini bersedia untuk Menerima. Saya juga bersyukur
kerana anak-anak Tadika Aktif Minda mempunyai ibu bapa yang hebat dan
sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak
mereka. Dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan, serta kerjasama yang
dijalinkan saya yakin anak-anak Tadika Aktif Minda akan lebih berjaya dan
mempunyai sahsiah terpuji dimasa akan datang . Insya Allah .

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh anak-anak ini ,
akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian
mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Mohon
juga ibubapa memahami kecemerlangan anak bukan hanya terletak kepada
akademik sahaja , bahkan juga dalam banyak pekara , contohnya jika anak kita
menghormati orang tua , membantu kita didapur bahkan solat yang tak perlu
disuruh, itu sudah menunjukkan satu kecemerlangan dari segi sahsiah .
Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.A.W

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
anak-anak comel Tadika Aktif Minda dan juga syabas kepada semua warga kerja
yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Graduasi Tadika Aktif Minda 2016.
Semoga usaha murni ini dapat merealisasikan perkembangan anak-anak khasnya
anak Tadika Aktif Minda sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dengan itu ,
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai