Anda di halaman 1dari 1

1 PATI ditahan dalam operasi 6P

on September 1, 2013 in Bahasa Malaysia

PUTRAJAYA: Sebanyak 71 orang pendatang


asing tanpa izin (PATI) ditangkap Jabatan Imigresen dalam operasi 6P kerana tidak memiliki
dokumen perjalanan yang sah.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen Putrajaya Saravanan Kumar berkata kesemua 60
lelaki dan 11 wanita itu ditahan di dua lokasi berlainan iaitu di Dengkil dan Klang.
Ini adalah permulaan, operasi ini akan berterusan ini merupakan amaran kepada majikan agar
tidak menggaji PATI.
Kita juga akan memburu majikan seperti yang kita terangkan sebelum ini, katanya kepada
wartawan sebaik sahaja selesai melakukan operasi.
Operasi Bersepadu ini bermula jam 1 pagi tadi dan hanya berakhir jam 6 pagi, pada Sabtu.
Saravanan dalam pada itu menegaskan operasi 6P ini adalah amaran kepada majikan agar tidak
mengambil PATI sekaligus menyumbang kepada kebanjiran golongan itu dinegara ini.
Katanya, Jabatan Imigresen tidak lagi bertolak ansur dengan majikan sementelah program 6P
telah memasuki fasa kedua terakhir iaitu Penguatkuasaan dan Pengusiran.
Majikan yang didapati mengambil pekerja asing tanpa izin akan didakwa di bawah Akta AntiPemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).
6P adalah singkatan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin
yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) bagi menangangi
kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.
Program 6P bermula pada 22 Jun 2011 dan terbahagi kepada 6 fasa iaitu iaitu Pendaftaran
,Pemutihan, Pengampunan Pemantauan Penguatkuasaan dan Pengusiran.
Kira-kira 100 badan terlibat dalam Operasi Bersepadu ini yang antaranya Jabatan pendaftaran
negra (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Polis Diraja Malaysi (PDRM), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM). AP

Anda mungkin juga menyukai