Anda di halaman 1dari 2

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai

lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara
larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat
Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran
langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk
ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu,
masyarakat, dan negara secara tersirat.
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa
puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana
sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu
menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna
selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini
membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu
menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara
sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk
meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada
aspek kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa
seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar.
Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan
berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya
berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang
mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit
kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.
Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk
menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai
kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara
sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini
mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau
negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum
tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi
kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti
sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh
sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha
menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia
bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya
terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal
yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga
menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti
sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor
ekonomi negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila


sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa
perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam
sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai
kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah
sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita
mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.

Anda mungkin juga menyukai