Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha Puan Sadiah Binti Ahmad Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Perempuan Bandar Tinggi,
Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah ;
Puan Nur Azuaa Binti Rofik Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Puan Siti Aminah Binti Rohmat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norazila Binti Ghazali Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Puan Daliah Binti Sinawi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru, pembantu pengurusan murid, barisan pengawas dan murid-murid
sekalian
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana
dengan izin dan inayah nya, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi
yang indah ini.
Doa
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini marilah kita menadahkan tangan
megaminkan doa yang akan disampaikan oleh
Terima kasih diucapkan kepada
Atas bacaan doa itu tadi.. Mudah-mudahan allah memakbulkan doa kita semua.
Nyanyian.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu bangsa johor, lagu
sekolahdan lagu malaysiaku gemilang.
Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama
dengan iringan muzik.

Ikrar
Bacaan ikrar akan diketuai oleh
Terima kasih diucapkan kepada
Semua guru dipersilakan duduk.

Para guru dan murid sekalian,


Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada
minggu lepas. Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas
pada minggu lepas iaitu
Cikgu
Untuk menyampaikan laporan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu


Atas laporan itu tadi. Kepada murid-murid sekalian, semoga dapat memperbaiki
kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan kelancaran pengurusan disiplin
demi kecemerlangan sekolah.
Para guru dan rakan sekalian,
Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan
tidak bukan adalah amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita
semua sayangi iaitu barisan pentadbiran. Justeru tanpa membuang masa,majlis
dengan sukacitanya menjemput yang berusaha,
Untuk menyampaikan ucapan.dengan segala horrmatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru yang kita sayangi...

Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa


pengumuman yang ingin saya sampaikan ;

Guru bertugas pada minggu ini ialah

Bersurai.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, mohon ampun dan maaf andai ada
keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu datangnya dari saya
sendiri..
Sekian...jumpa lagi diminggu hadapan.
Mohon murid semua berbaris mengikut kelas masing-masing dan bergerak masuk
ke dalam kelas dengan pantas dan senyap.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai