Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN

TUGASAN ESEI

3-8

REFLEKSI

RUJUKAN

10

LAMPIRAN

11

PENGHARGAAN

Assalamualiakum Warahmatullahhiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus ini dengan
sempurna. Walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklan
menjadi suatu masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya
tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan
sekumpulan dalam menyiapkannya. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Hajah Zubaidah binti Sulaiman

kerana telah banyak membantu dalam

memberi panduan dan tunjuk ajar tentang pelaksanaannya.

Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada
waktunya, Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini tidak lupa juga
kepada pasukan kakitangan pusat sumber IPG GAYA kerana membantu kami mencari buku
yang kami perlukan.

Sekian, terima kasih

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN

Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan
sabda baginda;








( " )


Maksudnya; Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di
antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan
haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram).
Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia
memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah,
kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya
akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya
bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang
diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul
daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan
rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Numan bin
Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum iaitu Yang
HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam. Penetapan HALAL dan haram di dalam
Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di
dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk
kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa
yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah
para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang
lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.

Terdapat beberapa panduan untuk mengenali makanan dan barangan HALAL


Menurut ulamat, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada
dua faktor iaitu zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam
perkara yang disenarai-haramkan oleh syarak. Faktor kedua adalah cara pemerolehan
makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika
diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi
Syarak. Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL
hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut termasuklah ia tidak mendatangkan mudarat kepada
akal dan badan. Selain itu, Ia bebas dari najis dan Ia bukan produk yang diperolehi dari
sumber babi atau anjing.Tambahan pula,bagi produk yang diperolehi dari sumber binatangbinatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya
disembelih mengikut hukum Syarak. Akhir sekali, Ia mestilah diperolehi melalui sumber yang
diharuskan.
Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar
hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL.
Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah
disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang
Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan
HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada
sumber

babi

atau

anjing

sewaktu

menyimpan,

mengangkut,

memasak

dan

menghidangkannya.
Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita
mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan
yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk
membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses
penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang
diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam
pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.

Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samarsamar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkaraperkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL atau haramnya.
Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w.
menegaskan dalam hadis di atas; sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu,
maka
4

sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam
perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram.

Berdasarkan artikel pertama di dalam lampiran, Gelatin dihasilkan daripada kulit dan
urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu,
ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah
disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat
segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula,
kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu
diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam
perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat
Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat
dipercayai.

Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap


perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan
haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran.
Pertama, Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya
orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau
barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan
memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau
tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya. Kedua, Bersih dan sucinya hati
berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu
sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat
dengan yang haram, akan kotor dan rosaklah hatinya.

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEKERJAAN

Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di
dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan
Firman Allah : " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik
(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul
kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)
Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat
daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum,
pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.Semua perkara yang
digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan
lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan
daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah
SWT.
Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w : " Orang yang memberi rasuah dan
menerima rasuah semuanya di dalam neraka." Begitulah amaran yang keras daripada Nabi
s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat
pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan
oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada
mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada
hari kiamat. Seberapa banyak pun rezeki yang kita cari dan perolehi di dunia ini tidaklah
menjadi larangan di dalam Islam asalkan jangan sampai mencuaikan perintah Allah SWT
dan melanggar larangan-larangan Allah SWT.
Rezeki kita itu sebenarnya adalah hak Allah SWT dan Allah Taala Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang sahajalah yang mengurniakan rezeki kepada siapa yang
dikehendaki-Nya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, seseorang yang mencari
rezeki itu hendaklah berniat untuk memelihara agamanya untuk mencukupi dirinya supaya
tidak meminta-minta kepada orang lain dan untuk mendapatkan rezeki ahli rumah
tangganya kemudian jika ada lebih disedekahkan pula kepada orang-orang yang berhajat.
Semua bidang pekerjaan yang kita ceburi di dunia ini sama ada kita berkhidmat
dengan kerajaan mahupun swasta atau sebagai peniaga, petani, nelayan, buruh dan
sebagainya hendaknya memastikan bahawa rezeki yang kita dapatkan itu betul-betul halal
dan tidak menyimpang dari landasan hukum Islam yang sebenarnya, seperti tidak ada

penipuan, penindasan, rampasan, khianat, riba, rasuah dan sebagainya. Rasulullah s.a.w
telah bersabda dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang
bermaksud: " Dari Abi Hurairah ra telah berkata ia: Nabi saw bersabda Akan ada suatu
zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang
diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram."
Contoh daripada artikel kedua yang terdapat dalam lampiran, Ibnu Masud berkata: Telah
dilaknat dalam (urusan) bilik itu, seramai sepuluh orang, iaitu orang yang memerah yang
diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas
menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.
Ini kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja
di premis pemprosesan arak termasuk dalam sepuluh jenis manusia yang akan mendapat
laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Masud tadi. Walauapapun tarikan berupa harta
kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita dicegah sama sekali terlibat dalam
industri pengeluaran arak. Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam
kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri
dengan hasil sumber yang haram?
Setiap rezeki yang kita perolehi dari jalan yang salah ataupun bercampur antara
yang halal dengan yang haram akan memberi kesan yang tidak baik, baik pada diri kita
sendiri, keluarga, masyarakat mahupun kita dengan Allah SWT. Ini jelas digambarkan dalam
hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: " Dari Ibnu Umar ra katanya: Barang siapa yang membeli
pakaian dengan harga sepuluh dirham, satu dirham di antaranya wang yang haram, maka
Allah Taala tidak akan menerima salatnya selama pakaian itu masih dipakainya. Kemudian
Ibnu Umar memasukkan kedua jarinya ke dalam dua telinganya, lalu berkata: Biarkanlah
telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengarkan kata-kata dari Nabi saw ini." (Hadis riwayat
dari Imam Al-Bukhari).
Kita wajiblah berhati-hati dalam mencari dan mendapatkan rezeki, apalah gunanya
kita mempunyai kekayaan di dunia ini tetapi segala ibadat dan amal bakti kita kepada Allah
SWT tidak diredai-Nya, disebabkan kita terlalu rakus di dalam mencari harta hingga
mencampur-adukkan antara yang hak dan yang batil. Semasa Sayidina Abu Bakar ra
menjadi khalifah pernah terjadi suatu peristiwa terhadap dirinya yang boleh dijadikan iktibar
dan panduan kepada kita selaku hamba Allah yang sangat daif ini, iaitu ketika Sayidina Abu
Bakar ra makan suatu makanan, lalu hambanya memberitahu bahawa makanan yang
dimakannya itu adalah hasil yang diterimanya daripada pekerjaannya sebagai tukang tilik,
sebelum dia masuk Islam. Lantas Sayidina Abu Bakar ra mengeluarkan makanan tersebut
seberapa yang boleh hinggakan memuntahkan semua makanan yang ada di dalam
7

perutnya, lalu ditegur, mengapa Sayidina Abu Bakar ra sanggup berusaha mengeluarkan
makanan tersebut, Sayidina Abu Bakar berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda: Badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram pasti akan
merasai api Neraka. Oleh kerana itu aku memaksa makanan itu keluar, takut kalau-kalau ia
menyuburkan badanku. Begitulah kisahnya tentang Sayidina Abu Bakar yang sangat teliti
tentang halal haramnya rezeki yang dimakannya.
Oleh yang demikian wahai kaum Muslimin sekalian selaku penjawat awam atau
swasta, kita hendaklah berhati-hati dalam mencari rezeki ini, jangan sampai kita tercebur
kepada perkara yang haram seperti memakan makanan yang haram ataupun menjual
barang-barang yang haram dan diragukan kehalalannya. Hindarkanlah diri kita dari
memakan makanan yang haram itu kerana orang yang memakan makanan yang haram itu
api Neraka lebih utama baginya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Tidak
akan memasuki Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama
baginya." (Riwayat Al-Imam Ahmad).

REFLEKSI
Untuk memenuhi syarat dan keperluan mata pelajaran Pendidikan Islam (GPI 1083),
saya dan rakan-rakan sekelas yang lain dikehendaki untuk menghasilkan satu esei secara
individu serta membina satu tugasan secara kumpulan. Tugasan pada kali ini banyak
mendidik dan memberi ilmu serta kemahiran yang penting dan berguna buat saya sebagai
pelajar dan bakal guru kelak.
Salah satu ilmu dan kemahiran yang saya peroleh di sepanjang proses
menyempurnakan tugasan pada kali ini ialah kemahiran mencari maklumat menggunakan
pelbagai sumber yang terdapat di sekeliling seperti buku, internet, jurnal, majalah dan
sebagainya. Kemahiran mencari maklumat ini berguna buat diri saya kerana sebagai
individu yang bergelar pelajar, saya perlu bijak mencari maklumat yang berguna untuk
menyiapkan pelbagai tugasan di samping menambah pengetahuan am saya.
Tambahan pula, pelbagai ilmu agama islam yang dapat saya pelajari melalui subjek
ini. Hal ini demikian, agama islam merupakan agama yang meliputi seluruh aspek rohani
dan jasmani. Sesuai dengan profesion keguruan, saya akan dapat mencontohi akhlak dan
perwatakan baginda Rasulullah S.A.W yang tiada cacat cela untuk menjadi contoh tauladan
kepada generasi muda agar dapat melahirkan generasi yang mampu menjulang agama
islam sebagai wadah untuk memajukan ekonomi negara kita.
Selain itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan pada kali ini, saya
dikehendaki untuk menyediakan persembahan slaid yang memerlukan saya untuk bekerja
bersama seorang rakan. Dalam hal ini, saya harus belajar untuk memberi dan menerima.
Pada masa yang sama, saya juga belajar akan peri pentingnya nilai bertoleransi antara satu
sama lain. Hal ini kerana kerja yang baik akan dapat disiapkan dengan sempurna sekiranya
kerjasama yang baik dapat diwujudkan antara saya dan rakan saya.
Disamping itu, saya juga dapat membiasakan diri dengan membuat pelbagai tugasan
dalam satu masa. Ianya kerana bukan sahaja perlu mencari bahan tetapi ianya juga perlu
mencari rujukan serta pendapat rakan agar tugasan ini dapat diteurskan degan lancar.
Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
waktu yang dikehendaki walaupun pelbagai rintangan yang melanda dalam proses tugasan
ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kepada pensyarah saya iaitu Puan Hajah
Zubaidah Binti Sulaiman kerana banyak membantu saya dalam membuat tugasan ini dan
tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu saya secara langsung ataupun tidak
langsung.
9

RUJUKAN

Abduh, T. M. (2012, January 12). Pengaruh Makanan Yang Haram. Retrieved April 5,
2015, from Rumaysho.com: http://rumaysho.com/umum/pengaruh-makanan-yang-haram2185
Fadly, S. M. (2012, February 16). Pekerjaan dinilai satu ibadah. Retrieved April 5,
2015, from myMetro: http://www2.hmetro.com.my/articles/Pekerjaandinilaisatuibadah/Article/
Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat. Volume 2 No 2 2010. Penerbit : Institut
Kajian Rantau Asia Barat, UKM/129
Juoi, P. M. (2014). Rezeki Haram Ragut Ketenangan. Retrieved April 5, 2015, from
Addeen Growth Of Knowledge: http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/162rezeki-haram-ragut-ketenangan
Marketing, S. R. (2013, March 16). Orang Mukmin Sentiasa Memakan Makanan
Yang Halal Dan Menjauhi Makanan Haram Dan Syubhat. Retrieved April 5, 2015, from
Kedai Sahabat Roselle Marketing: http://www.sahabatroselle.com/news/14/Orang-MukminSentiasa-Memakan-Makanan-Yang-Halal-dan-Menjauhi-Makanan-Haram-dan-Syubhat.html
Najmudin, H. (2006). Membimbing remaja memilih pendidikan dan kerjaya. PTS
Professional.
Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1) Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam
Menghadapi Cabaran Era Globalisasi, 2002. Penerbit Fakulti Pendidikan.

10

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai