Anda di halaman 1dari 7

Bumi Makkah

Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah
yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi
lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil
Haram.
Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi
kiblat bagi umat Islam.
Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15
meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengahtengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang
menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.
Madinah Kota Nabi
Salah satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah banyaknya nama dan sebutan bagi
kotaitu. Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan Nama yang paling popular adalah
sebutan "Al MADINAH AL MUNAWWARAH", iaitu kota yang disinari dan
menyinari".
Di segi geografi, kotaini terletak di antara 39 - 40 darjah garis bujur di timur dan 24 - 25
garis lintang utara. Jaraknya dari laut merah lebih kurang 170 kilometer, dari Mekah
450 kilometer dan dari ibu negara Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000
kilometer.
Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Kotaini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622
masehi. Sejak itu pula diberi nama Al-Madinah Al-Munawwarah ( kotayang disinari)
yang mana sebelumnya bernama Yatsrib.
Kotaini adalah bahagian dari bumi yang dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ia
jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya :
" Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah
aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai".
Kotaini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai tanah Haram (suci) sebagaimana Kota
Mekah, dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Bahkan Nabi selalu
mendoakan ketenteraman dan keberkatan bagi kotaini. Dari kotainilah Islam
berkembang memancar keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah juga jasad Nabi akhir
zaman dimakamkan.
Makam Nabi
Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah
bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta
memancarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu

rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.

Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi
terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang
bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah.

Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom)
hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W
dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam
Nabi S.A.W.
Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2)
pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah
daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.
Masjid Nabawi
Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan
kalimah, " Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid
yang sekarang berada di pusat kotaMadinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku
ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu
tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat
munafik".

Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama
hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda
yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan masuk dalam bangunan masjid.

Berziarah ke masjid Nabawi ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat. Penyataan
ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud," Janganlah kau
mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini
dan Masjid Aqsa'.

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah tempat dimana Nabi Ibrahim disemadikan sebagaimana

dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan


bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam
bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersamasama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda
membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas
kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10
cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah
diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Hijir Ismail
Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar. Tingginya 11/2 meter. Letaknya berdampingan
dengan Kaabah di sebelah utara. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau
membangunkan Kaabah.

Hijir Ismail itu pada mulanya cuma merupakan pagar batu yang sederhana sahaja.
Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa telah memecahkan dan
membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian dari Hijir
Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah
r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah
untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan
memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir
jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah
meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang
sunat dan berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.
MultazaM
Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam
bermakna," Melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut
melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a.
berkata:-

Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah.

Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata,"


Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya".
Asal usul Hajarul AswaD
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi
Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya
dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang
akan aku letakkan sebagai penanda permulaan tawaf bagi manusia."
kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu
yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tibatiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan
segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira
melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian
Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan
cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang
Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang
bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin
berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan
memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal
Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan
menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan
barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda quot; Hajarul Aswad diturunkan
dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam )
menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad
itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana
lace, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat
di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu
(Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku
tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan
(mencium Hajar Aswad).
Telaga zam - zam
Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang
tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti
Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga
ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan
Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah
bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian
turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya
(Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia,
hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering.
Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian
Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah
air.

Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus
ini ? ".

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya
tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada

manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih
menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha
mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga
kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar
suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa
suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air
zam-zam.

Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, "
Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya
akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan


penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan
dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu
Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air
zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".
Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Adab @peraturan minum air zamzam


Adabeberapa adab atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah
bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Ibnu Abbas. Lalu
bertanya Ibnu Abbas:
"Tuan datang dari imana?"
Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."
Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas:
"Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?"
Ibnu Abbas menjelaskan:
"Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca
Bismillah) dan bernafas diluar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai
minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah
ada bersabda: "berbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah bahawa
mereka itu tidak suka meneguk(minum) air zamzam. (Hadis riwayat Addara Qutni dan
lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam
berdoa (ertinya):
"Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang
memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis
riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalami ilmunya, luas
rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalamkitabnya 'alJamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air zamzam berkata:
"Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia
mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata:
Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabi-Mu, bahawa Baginda
bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air zamzam ini untuk... (sebutkan apa yang
dikehendaki).
Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah
dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali
selesai dibaca Hamdalah.

Anda mungkin juga menyukai