Anda di halaman 1dari 10

BAB V

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

CADANGAN

Langkah yang telah dibuat bagi mengatasi masalah yang timbul,hasil yang
diperolehi adalah yang terbaik dapat dilakukan berbanding dengan tempoh masa
untuk menyiapkannya. Penggunaan kemajuan teknologi masa kini semakin
pesat,maka sesuatu projek yang akan dilaksanakan perlu dimulakan dengan
perancangan,kertas kerja serta perbincangan diantara ahli kumpulan.Tiga perkara
ini perlu didahului kerana ia dapat menentukan sama ada projek tersebut dapat
dihasilkan sepertimana yang dirancangkan.
Antara aspek yang ditekankan di dalam perbincangan adalah
a)

Pemilihan komponen atau peralatan projek

b)

Ciri-ciri rekabentuk

c)

Fungsi projek yang dibina.

d)

Speksifikasi barang yang digunakan

e)

Proses Pemasangan

f)

Analisa Projek

51

5.2 PERBINCANGAN
Di awal perbincangan lagi,Projek CAR INTERNAL TEMPERATURE
VACUUM SYSTEM ini memerlukan kerjasama sepenuhnya oleh setiap ahli
kumpulan bagi menentukan pemilihan komponen dan peralatan yang akan
digunakan bagi menyiapkan projek ini.Selain itu untuk menghasilkan projek
tahun akhir ini memerlukan sokongan dari pelbagai pihak dan syarikat bagi
merealisasikan kesempurnaan visi dan misi projek ini .Antara lainnya ,selama 3
bulan masa yang diperuntukan ini harus menyaluri satu enakmen atau jadual
yang terancang serta dapat menbahagikan aktiviti kerja dalam membina projek
dan membuat kajian .

5.3 ANALISA HASIL PROJEK.


Analisa adalah kajian yang dibuat dilakukan ke atas hasil projek.Analisa
dilakukan selepas proses pemasangan siap sepenuhnya dan bertujuan untuk
meningkatkan pemahaman tentang fungsi penggunaan sistem ini selain daripada
membuat beberapa penambahbaikkan.
5.4

MATERIAL YANG DIGUNAKAN

Jenis material yang digunakan berkonsepkan kepenggunaan yang seharusnya


bagi menjalankan projek tersebut. Selain itu, ia sesuai dan mengikut kehendak
yang telah dilakarkan didalam kertas kerja. Material ini mestilah mengikut
speksifikasi yang diperlukan dan tidak terlalu mahal. Berikut adalah material
yang digunakan sepanjang melaksanakan projek:-

52

Timer.
Relay.
Vacuum motor.
Power window motor.
Wire alarm system
Toggle switch
wire

Fungsi komponen dan peralatan yang digunakan.setiap komponen atau peralatan


yang digunakan dalam menghasilkan projek ini perlu diketahui fungsinya dengan
baik supaya tidak berlaku pembaziran dalam melakukan pembelian. Namun
kadangkala terdapat cara lain untuk menggantikan sesuatu komponen yang susah
didapati asalkan kita tahu apa dan bagaimana output yang hendak dihasilkan

5.5

REKABENTUK PRODUK.

Rekabentuk produk mestilah mempunyai cirri-ciri rekabentuk yang bagus

mengikut spesifikasi dan kualiti yang telah ditetapkan dalam perancangan


projek.Bentuk produk mestilah selamat digunakan dan konsisten.Kaedah untuk
melakukan trouble shooting dan penyelenggarannya juga mestilah diambil kira.

5.6 FUNGSI PRODUK ATAU SISTEM YANG DIHASILKAN.

53

Perkara yang paling utama dalam sesuatu rekaan yang mesti diambil kira

adalah fungsinya yang tersendiri,namun bagaimana untuk menghasilkan yang


terbaik adalah terletak kepada kretiviti seseorang pereka itu sendiri.

5.7

KREATIVITI.

Kreativiti seseorang dalam menghasilkan sesuatu rekaan adalah

berdasarkan kepada tinjauan terhadap beberapa perkara. Antaranya adalah seperti


rajin menyelidik dan membuat kajian,tidak takut mencuba,boleh menerima
pendapat

dan

idea

orang

lain,pandai

menyelesaikan

masalah

yang

dihadapi,membuat pemerhatian terhadap hasil-hasil sebelumnya dan lain-lain


lagi

5.8

KUALITI PROJEK YANG DIHASILKAN.

Kualiti projek yang dihasilkan amat bergantung kepada ketelitian

pemasangan dan keperihatinan dalam menjalankan kajian terhadap produk yang


dihasilkan. Selain daripada itu,ciri-ciri ketahanan rekaan,kepelbagaian fungsi dan
rupa bentuk produk yang dihasilkan menarik atau sebaliknya turut diberikan
perhatian

5.9

TAFSIRAN KEUPAYAAN PROJEK.

54

Tafsiran. Keupayaan projek ialah anggapan potensi sesuatu kerja yang


dihasilkan.Sesuatu produk yang baru dihasilkan adalah berpotensi besar untuk
dipertingkatkan lagi kualiti dan fungsinya. Keupayaan projek adalah bergantung
kepada perkembangan teknologi terkini dan kemampuan fungsinya pula adalah
mengikut kehendak dan kesesuaian semasa. Antara kemampuan produk yang
telah dikenal pasti ialah:
a)
b)

Berpotensi untuk dikomersilkan di dalam negeri sebagai pameran.


Dapat menembusi pasaran tempatan jika dipertingkatkan potensi mutu

kerjanya.
c)
Memperkenalkan suatu produk atau sistem yang murah tetapi berkualiti
tinggi.

5.10

ULASAN HASIL KERJA.

Melalui penelitian terhadap hasil produk yang dihasilkan,objektif perancangan


projek telah dicapai dan berada pada tahap yang memuaskan. Dimana secara
keseluruhan projek ini memberi keputusan yang dianggap berjaya dilaksanakan
daripada pelbagai peringkat.
Langkah-langkah penambahbaikan yang telah dibuat juga telah dapat mengatasi
masalah-masalah yang timbul daripada pemilihan projek seterusnya sehinggalah
kepada penghasilan produk siap sepenuhnya.

5.11

ANALISIS MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESIAN

55

Bermacam-macam masalah yang timbul terpaksa kami hadapi sepanjang tempoh


perlaksanaan projek yang kami jalankan ini iaitu seperti kaedah projek bermula
daripada mereka bentuk projek, membina projek dan proses penyelenggaraan
projek yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada itu,banyak
peralatan yang rosak. Oleh itu,kami telah membuat perbincangan dan membuat
keputusan untuk mencari peralatan tersebut di bilik stor dan mendapati hanya
sebahagian sahaja peralatan yang dijumpai.Dengan cara ini hampir kesemua
peralatan yang diperlukan dapat diperolehi dengan cepat.

Bagaimanapun setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan melakukan


perbincangan dalam kumpulan dan melakukan pengujian ke atas segala masalah
yang telah diselenggarakan serta merujuk kepada orang tertentu secara langsung
atau tidak langsung. Selain itu juga kami mengemaskini projek agar nampak
lebih teratur untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku sebarang
masalah yang tidak diingini.
5.12

KOMEN DAN CADANGAN

Kesukaran dan kesulitan adalah pahit, tetapi umumnya setiap ubat itu pahit, ingin
mengubah daripada kesukaran menjadi lebih baik tanpa memakan ubat adalah
perkara yang sukar. Jadi, pihak kami akan membuat beberapa cadangan dan
komen untuk membaiki kesukaran tersebut. Apa yang diharapkan, setiap
cadangan dan komen yang kami cadangkan dapat diambil perhatian agar proses
untuk pelajar lain membuat projek akhir dapat dijalankan dengan sempurna.

5.12

KEPADA ADTEC MELAKA

56

Sediakan peralatan yang mencukupi untuk proses pembuatan projek


ataupun peralatan yang berlebihan.

Apa yang penting, pihak ADTEC perlulah membuat penyediaan barangan


ataupun komponen terlebih awal agar pelajar dapat menyiapkan projek
dengan lebih sempurna

Semasa persembahan kertas cadangan dilakukan oleh pelajar, pihak


pengajar haruslah meneliti setiap bahagian yang dipersembahkan oleh
pelajar dan apa yang pengajar tekankan adalah peralatan serta komponen
dan kos yang diguna pakai oleh pelajar

Penggunaan peralatan yang telah ada di ADTEC, pihak pengajar haruslah


memberi arahan kepada pelajar supaya menggunakan peralatan yang
sedia ada untuk mengurangkan kos.

Pihak ADTEC juga, perlulah menyediakan buku katalog untuk


memudahkan

pelajar

memilih

barang

beserta

spesifikasi

yang

dikehendaki oleh pembekal.

Sediakan alat ganti dan peralatan yang mencukupi. Ini kerana, mesinmesin yang memerlukan alat ganti adalah mesin yang selalu di gunakan
oleh pelajar. Contoh mesin adalah seperti mesin gerudi..

5.13

KEPADA PELATIH

Pelajar seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menyiapkan


projek masing-masing. Ini kerana, kejayaan projek akhir bergantung
kepada pelajar itu sendiri.

Masalah semasa pelajar membuat permohonan peralatan yang mana


pelajar tidak dapat memberi spesifikasi yang tepat.

57

Pelajar tidak dapat mengimaginasi projek dengan baik dan secara tidak
langsung, pelajar akan menghadapi masalah dari segi mencipta dan
membentuk projek.

Pelajar tidak dapat membahagikan masa yang sedia ada dengan baik.

Pelajar tidak seharusnya menggunakan peralatan yang disediakan oleh


pihak ADTEC dengan cara hak tersendiri. Ini kerana, masalah yang selalu
dihadapi oleh pelajar adalah peralatan.

Pelajar haruslah membuat carta pembatuan dengan betul dan perlulah


sama waktu yang ditulis dalam buku laporan harian.

5.14

KESIMPULAN

CAR INTERNAL TEMPERATURE VACUUM SYSTEM ini telah berjaya


disiapkan dengan memenuhi objektif yang asal. Implementasi projek ini dengan
menggunakan sistem yang mudah difahami berupaya memberikan tahap
kepuasan yang lebih kepada pengguna terutama kepada pengguna yang lebih
mementingkan kualiti dalam kehidupan seharian yang menghargai masa.
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka sebagai satu wadah untuk
meningkatkan lagi tentang penggunaan sistem terbaru kepada pelajar yang akan
datang.Semoga projek ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan
berkesan serta membantu persekitaran kerja kearah yang lebih cekap, berkesan
dan canggih.

58

Pelajar juga dapat mengetahui bagaimana cara untuk mempraktikkan apa yang
telah mereka pelajari dalam tempoh berkenaan dilaksanakan. Seterusnya
sepanjang tempoh yang diperuntukkan untuk projek ini,kami telah banyak
bekerjasama dalam menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah. Harapan
kami semoga projek yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada
masyarakat umum. Segala kelemahan serta kekurangan yang terdapat dalam
projek yang dilaksanakan ini, di harap boleh diatasi supaya dapat memenuhi
keperluan pengguna secara keseluruhannya.

59

LAMPIRAN

60

Anda mungkin juga menyukai