Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81
yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa
semua
Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan,
kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki
berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit
sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru
bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul
7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk
mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu
bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari
sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar
dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru
hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak
dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan
sekolah.
4.

Peraturan

ketepatan

masa

dikenakan

kepada

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah
menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba
di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai
dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan
kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan
Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa
dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab
kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah
kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan,
mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka
juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada
Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik
darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa
kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari
Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi
para pelajar, melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan
yang diperlukan agi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional
dan budaya kerja yang bermutu inggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar
berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru
Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja
rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran
diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan
bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain
latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa
mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi
kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti
hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang
difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi
guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang
memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar
sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu
masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat
di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar
boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa
itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar
seperti membaca buku tambahan, menulis buku
ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan
mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

Buku Ringkasan Mengajar:


1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan
peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar.
Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan
dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti
mengandungi salinan jadual waktu persendirian
termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran,
salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan
peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru
itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod
Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu
berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik
sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru
itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir
tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia
berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:


1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan
semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka
perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Tindakan segera perlulah diambil
terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang
dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin
yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar
atau guru disiplin.

Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai
pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju
T walaupun pada waktu petang semasa berada di
sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara
rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju
bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan
kelihatan kemas.
Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual
berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau
makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa
dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran
daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan
pelawat atau jurujual hanya boleh ibuat di dalam bilik
guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat

Anda mungkin juga menyukai