Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

TIME CUE ANN


MC : Cikgu Jali.
7.00 pm KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia
Tuan Deezey Gumandang YDP PIBG SK.Bawing Pitas, Tuan Abd.Khar @
Ramlie bin Akal Guru Besar SK.Bawing Pitas

Diiringi Staf Sk Bawing, Ajk Pibg, Dan Ibu Bapa .

NYANYIAN: Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku -selesai nyanyian-

Majlis mengucapkan terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

SEMBAH TAMU Dari Ranau ke Pekan Pitas,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis menjemput wakil ibu bapa untuk membuat persembahan mongigol


sebagai upacara sembah tamu.

Begitulah tarian yang sangat memukau daripada wakil ibu bapa sebagai
meraihkan kehadiran semua hadirin. ………………. Terima kasih
diucapkan.

SALUTASI MC : Lizah

Bismillahirahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Sehati Sejiwa

(1) Yang Berbahagia

YDP PIBG SK.Bawing Pitas. Encik deezey gumandang.

(2) Yang Berusaha


Tuan Abdul Khar @ Ramlie bin Akal Guru Besar SK.Bawing Pitas.

(3) Yang Dihormati


Encik Rachman Mustal Penolong Kanan 1, Puan Suzie Anak Jegong
Penolong Kanan Hem, Encik Rahman Sula Penolong Kanan Ko
Kurikulum.

Yang dihormati
Seluruh staf sk bawing
Ajk pibg sk bawing
Dan seterusnya semua Ibu bapa yang hadir pada malam ini.

Yang dikasihi
semua anak murid sk bawing.

Kompang bergema pusaka bangsa


ALU-ALUAN MC Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


MAJLIS SAMBUTAN MALAM PERAYAAN SEMPENA HARI
RAYA AIDILFITRI, TADAU KAAMATAN, HARI GAWAI DAN
HARI GURU.
peringkat SK BAWING, PITAS SESI 2022.

MC : Cikgu Jali
BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ustaz amsani pilen
selaku guru Pendidikan islam sk bawing untuk memimpin doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih ustaz amsani pilen atas kesudian
memimpin bacaan doa.

UCAPAN ALU ALUAN MC : Lizah


YDP PIBG
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang Berbahagia


Ydp Pibg Sk Bawing, Encik Deezey Gumandang untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ydp Pibg Encik Deezey


Gumandang atas kesudian menyampaikan ucapan.
UCAPAN PERASMIAN MC : Cikgu Jali
TUAN GURU BESAR
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Guru Besar Encik Abdul
Khar@Ramlie Akal untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis kita pada malam ini.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar Encik Abd Khar@Ramlie Akal atas
ucapan yang penuh bermakna. Maka dengan itu rasmilah sudah acara kita
pada malam ini.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan.

GIMIK PERASMIAN MC : Lizah

Majlis diteruskan dengan Acara Gimik Perasmian Sempena Hari Saya


Aidilfitri, Tadau Kaamatan, Hari Gawai Dan Hari Guru yang akan
disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar Encik Abd
Khar@Ramlie Akal diiringi oleh Yang Berbahagia Encik Deezy
Gumandang Ydp PIG Sk Bawing.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar Encik Abd Khar@Ramlie
Akal Dan Ydp Pibg Encik Deezey Gumandang atas kesudian
menyempurakan gimik perasmian majlis SAMBUTAN MALAM
PERAYAAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI, TADAU
KAAMATAN, HARI GAWAI DAN HARI GURU.
Pakaian dipakai cantik berseri,
PERSEMBAHAN Majlis keraian kita semua,
MENGALAI WAKIL Majlis kita takkan berseri,
MURID Tanpa persembahan halwa mata.

Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan mengalai yang
akan dipersembahkan oleh anak murid dari kampung bawing. Untuk
makluman para hadirin, persembahan ini mendapat bimbingan daripada
wakil pibg kg bawing. Untuk itu, Majlis mempersembahkan.

-selesai persembahan-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang memukau itu tadi.

PERSEMBAHAN MC : CIKGU JALI


MEDLEY MURID
TAHUN 3 Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan medley iaitu tarian


rampaian yang dimulakan dengan tarian joget, tarian ngajat, dan tarian
sumazau. Persembahan ini terdiri daripada murid tahun 3, yang dibimbing
oleh guru dari pelbagai suku kaum iaitu cikgu janiun, cikgu suzie, cikgu
lizah dan cikgu haslina. Majlis mempersilakan.
-selesai tarian rampaian-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang istimewa itu tadi.

PERSEMBAHAN
SENAM TOBELO Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis beranjak maju dengan persembahan, “tarian tobelo yang akan
dipersembahkan oleh murid perempuan gabungan tahap 2 bawah bimbingan
cikgu Jali Suntang. Dipersilakan.

-selesai tarian tobelo-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang menarik itu
tadi.

CABUTAN TIKET MC : LIZAH


BERTUAH 1
Hadirin sekalian,

Untuk mengimarakkan lagi majlis kita pada mala ini. Majlis diteruskan
dengan cabutan tiket bertuah, untuk itu dijemput Tuan Guru Besar Encik
Abd Khar@Ramlie Akal untuk menyempurnakan majlis.

Majlis mengucapkan terima kasih.

PERTANDINGAN Hadirin yang dihormati,


BINTANG KECIL
Pada malam ini, kita akan turut berhibur Bersama-sama dengan menonton
pertandingan bintang kecil yang diwakili oleh peserta daripada anak murid
sk bawing. (serahkan kepada cikgu jaidi/tanya dia dulu)

Peserta ;
1. Danish Rayhan Amran – Top Of The World
2. Putri Nurdania Syazwani Abdullah – Harga Diri
3. Princess Angelica Paulus – Cinta Luar Biasa
4. Shon Micheal- Momuhobo

-selesai -

3.55 ptg MC : CIKGU JALI


CABUTAN TIKET Hadirin sekalian,
BERTUAH 2
Untuk selingan majlis kita pada malam ini. Majlis diteruskan dengan
cabutan tiket bertuah, untuk itu dijemput penolong kanan 1, Encik Rachman
Mustal (atau mana2 wakil pibg) untuk menyempurnakan majlis.
-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERTANDINGAN Tuan-tuan dan puan-puan,


PERAGAAN PAKAIN Majlis beranjak maju dengan pertandingan peragaan pakaian etnik
ETNIK TRADISIONAL tradisional.
Peserta :
1. Aivy Weltina Lezin
2. Elvira Pius
3. Vivvy Leonna Deezey
4. Nurfarshahirah Suahada
5. Dani Rayhan Bin Amran

-selesai pertandingan-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

MC : LIZAH
CABUTAN TIKET
BERTUAH 3 Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk selingan majlis kita pada malam ini. Majlis diteruskan dengan
cabutan tiket bertuah, untuk itu dijemput Ydp Pibg Encik Deezey
Gumandang (atau mana2 wakil pibg) untuk menyempurnakan majlis.

Majlis merakamkan terima kasih.

PENYAMPAIAN
HADIAH

CABUTAN TIKET Tuan-tuan dan puan-puan,


BERTUAH 4
Untuk selingan majlis kita pada malam ini. Majlis diteruskan dengan
cabutan tiket bertuah, untuk itu dijemput penolong kanan ko kurikulum,
encik Rahman sula (atau mana2 wakil pibg) untuk menyempurnakan majlis.

Majlis merakamkan terima kasih.

MC : CIKGU JALI
PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan,
KARAOKE TERBUKA
Untuk menambah seri majlis kita pada malam ini. Majlis diteruskan dengan
persembahan karaoke terbuka. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan dijemput
untuk menyumbangkan suara membuat persembahan. Dipersilakan.

11 pm MAJLIS SELESAI Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Tuan-tuan dan puan-puan selesailah sudah majlis kita pada hari ini, kami
dari pihak meja juruacara mohon untuk mengundur diri. Sekian, ampun
maaf salah silap, semoga kita berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai