Anda di halaman 1dari 2

PRASEKOLAH SJKC CHUNG SAN SEBAUH

NOTIS MAKLUMAN
1. Waktu belajar prasekolah adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30
pagi.
2. Murid digalakkan sampai di sekolah 10 minit lebih awal.
3. Ibu bapa diminta mengambil anak balik tepat pada waktu.
4. Ibu bapa perlu memberitahu cikgu sekiranya bukan ibu bapa sendiri yang membawa
anak balik.
5. Murid tidak dibenarkan tidak datang ke sekolah tanpa sebarang alasan. Sekiranya
murid sakit pada hari itu, sila menghubungi cikgu dengan segera dan bagi surat pada
hari berikutnya. Surat yang dihantar mesti formal atau mesti surat dari doktor.
6. Sila tandakan nama pada kasut, botol air dan semua buku dan alat tulis murid. Buku
teks murid digalakan dibalut supaya tidak senang rosak.
7. Murid diminta membawa alat tulis, pensel warna dan botol air sendiri setiap hari.
8. Murid tidak dibenarkan membawa air berwarna ke sekolah seperti air sirap, oren dan
sebagainya.
9. Ibu bapa diminta mengisi borang SMM dengan lengkap dan hantar sebelum
13/1/2017 (Jumaat). Sertakan satu salinan sijil beranak murid, salinan kad pengenalan
ibu dan bapa, sijil lahir anak dan anak tanggungan yang lain, slip gaji dan tiga keping
gambar berukuran passport murid bagi murid baru.
10.Ibu bapa diminta memaklumkan kepada guru untuk sebarang pertukaran alamat dan
nombor telefon sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor telefon
pejabat sekolah (086-422168)
11.Ibu bapa juga perlu maklumkan kepada guru atas sebarang alahan makanan, penyakit
dan sebab tidak hadir murid kepada guru kelas.
12.Murid diminta membawa pakaian sukan kalau hari tersebut ada . Sementara baju PJ
yang ditempah belum sampai, murid dibenarkan pakai t-shirt sendiri dan seluar
panjang.
13.Murid tidak dibenarkan membawa gunting ke sekolah.
14.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kelas prasekolah pada pukul 7:00am-11:30am.
Ibu bapa juga tidak dibenarkan menengok anak di tingkap masa pdp dijalankan.
15.Murid perlu pakai kasut sekolah setiap hari ke sekolah.
16.Murid juga tidak dibenarkan membawa chewing gum, gula dan keropok ke sekolah.
17.Buku pelajar tidak digalakkan membawa balik kecuali atas permintaan ibu bapa yang
mahu belajar di rumah. Akan tetapi, ibu bapa perlu memastikan pelajar menjaga buku
dengan baik dan bawa ke sekolah setiap kali pelajaran.
18.Baju sekolah murid sama dengan baju murid sekolah rendah, iaitu bewarna putih.
19.Murid perlu membawa berus gigi, ubat gigi dan cawan yang ada penutup pada bulan
Februari untuk menggosok gigi. Ibu bapa tidak digalakkan membeli ubat gigi yang
berwarna-warni yang ada pelbagai perisa untuk mengelakkan murid dari memakan
ubat gigi itu.
20.Semua murid perlu memyimpan satu set pakaian di dalam beg sebagai kegunaan
apabila baju atau seluar mereka basah atau kotor.

21.Murid mesti tidur awal pada hari persekolahan dan mesti tidur sekurang-kurangnya 810 jam sehari supaya ada tenaga pada keesokan hari. Jadi digalakkan murid tidur
sebelum pukul 9pm setiap hari.
22. Ibu bapa digalakkan membuat ulangkaji dengan anak di rumah.

Anda mungkin juga menyukai