Anda di halaman 1dari 9

Moderato: Nampaknya ,kita sudah jelas mengenai apa yang berlaku di Mesir.

Seterusnya,tanpa membuang masa ingin saya menjemput ahli panel kita yang kedua untuk
menyuarakan hujahnya tentang punca-punca berlakunya kemelut politik yang kian
berterusan ini.
Panel 2: Terima kasih pengerusi majlis kita. Sebelum saya menyuarakan hujah dengan lebih
lanjut, kita semua sedia maklum bahawa krisis ini telah pun berlaku sejak penggulingan
bekas Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak dan seterusnya Mohammed Morsi.Oleh itu, saya
sebagai Menteri pertahanan harus lebih efektif dan intelek untuk menyiasat dengan lebih
teliti punca pendemokrasian ini berlaku..
Semasa pemerintahan presiden Hosni Mubarak,hampir separuh rakyat Mesir yang tidak
berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau. Hal ini demikian ,rakyat menginginkan satu
perubahan yang besar terhadap mereka dan negara Mesir ini sendiri. Selain itu ,rakyat ingin
menuntut perubahan pimpinan atau pertukaran regim pemerintah. Apa yang berlaku ini
khususnya, adalah natijah daripada rasa tidak puas hati rakyat negara berkenaan terhadap
pemimpinnya.
Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang melibatkan isu
undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis,
sekatan terhadap kebebasan bersuara, rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan
dalam pilihanraya. Selain itu isu seperti pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah
serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.
Hadirin sekalian ,izinkan saya menjelaskan punca-punca pendemokrasian ini satu-persatu
dengan lebih lanjut. Saya mulakan dengan isi undang-undang yang dikatakan antara punca
pendemokrasian ini. Pertama sekali ingin nyatakan bahawa undang-undang ini merupakan
aspek yang penting bagi mengekalkan kestabilan dan ekonomi sesebuah negara. Namun
begitu, di negara Mesir walaupun undang-undang dijalankan namun suasana di Mesir ibarat
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Selama 30 tahun pemerintahan presiden Hosni
Mubarak , rakyat sentiasa tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan beliau yang
bersifat autokratik atau lebih kepada pembabitan tentera. Hal ini secara tidak langsung
mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Hosni Mubarak.
Seterusnya, ingin saya nyatakan juga bahawa hak milik awam hebat dipertikaikan oleh
masyarakat Mesir sendiri. Sebagai contoh Hosni Mubarak tidak membenarkan rakyatnya
untuk memilik kebebasan bersuara dan sekali gus menyebabkan hampir keseluruhan rakyat
Mesir memprotes pemerintahan Hosni Mubarak yang diibaratkan kuku besi ini. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian , sepanjang tempoh pemerintahan Hosni Mubarak lebih 40

juta rakyat Mesir yang miskin ,berdasarkan statistic pula lebih 20 juta rakyat hnya
berpendapatan kira-kira RM60 sebulan.Kita dapat bayangkan kehidupan dan penderitaan
yang dihadapi rakyat Mesir ini selama dibawah pemerintahan Hosni. Dan melalui
kemiskinan ini juga ,ramai rakyat Mesir yang merempat dengan kadar buta huruf yang tinggi
sehingga mencecah 40 peratus.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,namun peribahasa yang
sampaikan berbeza dengan suasana di Mesir. Walaupun pemerintahan politik wujud di
negara ini,namun ianya merupakan abu-abu yang tidak dilihat dan dihiraukan oleh
masyarakat Mesir. Antara isu politik yang ingin saya ketengahkan disini ialah rasuah dalam
pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihan raya. Pemerintahan presiden Hosni Mubarak
yang mencapai umur 30 tahun banyak menjurus kepada unsur rasuah dalam pentadbiran
,kronisme dan nepotisme. Malah kemenangan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) 20 Nov
disambut penuh prasangka oleh rakyat. Di samping itu,penipuan yang telah pun dirancang
oleh Hosni Mubarak pada pilihan raya Parlimen 2010 menjadi faktor untuk rakyat bangkit
pada 25 Januari 2011. Melihat kepada kejayaan parti Mubarak ,Parti Demokratik
Kebangsaan (yang telah pun dibubarkan) ,ketika itu memperoleh lebih 95 peratus undi
popular berbanding Ikhwan Muslimin dengan menyapu bersih hampir kesemua kerusi
parlimen. Tidak seperti politik Mubarak, Ikhwan Muslimin pada pilihan raya 2005 menang 88
kerusi tanpa sebarang penipuan dirancangkan. Untuk pengetahuan semua ,sepanjang 8 kali
pilihan raya Parlimen di bawah Mubarak ,partinya berkuasa dengan sebab penipuan, ugutan
dan rasuah .Namun begitu saya difahamkan pilihanraya 2010 merupakan yang paling kotor.
Laporan menyebut dimana pengundi dihalang keluar mengundi dan ada yang ditembak
menggunakan gas pemedih mata semasa berbaris untuk mengundi.
Akhirnya pada 30 Jun 2012, Mohamed Morsi telah diiktirafkan untuk menjadi pemimpin baru
kepada negara Mesir secara demokratik dan hasil undian daripada orang awam . Melalui
pemerintahan demokrasi yang baru sahaja dilaksanakan ini , Morsi banyak membuka
peluang kepada orang awam agar mula menjinakkan diri dalam penglibatan politik dan
memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan kembali hak-hak awam dan
seterusnya kebebasan bersuara demi memajukan dan memulihkan keamanan negara
Mesir. Namun ,belum genap setahun Morsi menjadi presiden , rakyat mula bergolak kembali
dan mula menentang Morsi dan mengatakan bahawa pembaharuan yang dilaksanakan oleh
presiden Morsi belum mencapai kepuasan rakyat tersebut. Mereka mendakwa bahawa
pemerintahan demokrasi ini belum dapat mengubah keadaan di Mesir. Walaupun rakyat
telah diberi peluang dan mendapatkan semula hak awam dan sebagainya , mereka tidak
pernah menghargai dan manfaatkan peluang yang tidak mungkin mereka akan rasai jikalau
terus berada dibawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Sesebuah negara tidak akan maju jikalau rakyat tidak bersatu padu serta menyokong
pemimpin yang dipilih secara adil dan demokrasi ini. Itulah hakikat yang berlaku pada
negara Mesir , Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera dan juga dengan bantuan para
sekular serta pihak yang menentang pemerintahan Morsi. Mereka ini juga dikatakan antara
punca mengapa rakyat seakan beria menjatuhkan Morsi dan mendesak agar segera
mengadakan pilihan raya yang baharu untuk menggantikan tempat presiden Mesir itu.
Melalui suara orang awam yang menentang pemerintahan Morsi ini , ianya akan membuka
laluan yang luas bagi para penentang Morsi untuk terus berusaha menjatuhkan Morsi
selepas meranapkan riwayat pemerintahan Hosni Mubarak. Mereka menanti peluang seperti
ini kerana pada berdasarkan pemilihan presiden pada Jun 2012 yang lepas ,Morsi bukanlah
menang dengan selesa. Tedapat beberapa gerakan atau kumpulan yang menggelarkan diri
mereka tamarod yang bermaksud menentang ,diwujudkan bagi menumpaskan presiden
Mesir ini. Namun, selagi gerakan Ikhwanul Muslimin masih berjalan ,selagi itu Morsi tetap di
pertahankan walaupun akhirnya ditumpaskan oleh pihak tentera dan kini menjadi
pemerintah sementara bagi negara Mesir sehingga menunggu pilihan raya yang akan
datang.
Dan mungkin antara faktor-faktor terciptanya gerakan tamarod ini adalah kesilapan
daripada Morsi sendiri.Dimana beliau telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria
dan memohon agar pihak imperialis dan Nato melakukan sekatan udara ke atas Syria.
Selain itu, Morsi juga tidak pernah mengusik Perjanjian Camp David yang dahulunya
ditandatangani oleh presiden Anwar Sadat dan dianggap sebagai pengkhianat kepada
Negara dan melalui perjanjian ini, Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan dan
memberi impak besar kepada negara Arab pada suatu ketika dahulu. Maka dengan itu, kita
dengan jelasnya mengerti dan memahami mengapa pendemokrasian ini boleh berlaku
sehingga menjadikan negara Arab seperti padang jarak ,padang terkukur.
Dengan hujah serta isi yang telah saya huraikan sebentar tadi,jelaslah bahawa setiap apa
yang berlaku di negara Mesir ini pasti ada sebabnya yang sendiri. Ibarat kata pepatah,
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai ini amat bertepatan dengan
setiap apa yang kita lakukan haruslah difkirkan dengan lebih bijak lagi agar tidak
menimbulkan kerisauan dan kesusahan semua pihak.

Moderato:Begitu jelas dan mantapnya hujah-hujah yang disampaikan oleh Menteri Luar
Mesir sebentar tadi. Seterusnya marilah kita mendengarkan lagi bicara budiman daripada
Menteri Pertahanan dalam Malaysia mengenai langkah-langkah mengatasi pergelutan agar
kemelut yang berlaku di Mesir dapat dielakkan dan seterusnya mampu memulihkan kembali
situasi di Mesir.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada moderato kita . seterusnya , izinkan saya
untuk berbicara sekali lagi dan berkongsi pendapat bagaimana cara- cara atau langkah
yang yang sistematik untuk mengatasi kemelut yang belum ada penyelesaian nya kini.
Pertama sekali , kita sedia maklum bahawa punca pendemokrasian ini adalah disebabkan
kehendak rakyat mesir yang dahulunya menentang Hosni Mubarak sebagai pemerintah ,dan
kini Mohamed Mursi yang dilantik secara demokrasi. Hosni Mubarak yang pernah
digulingkan oleh rakyat disebabkan pemerintahannya yang bersifat kuku besi memberi
peluang kepada Mohamed Mursi untuk membina lebaran baru dan berhasrat ingin
mengubah keadaan di Mesir yang dipenuhi rasa kekurangan hak awam sebagai rakyat
Mesir. Antara contoh-contoh perubahan yang dilakukan oleh Morsi ialah memberi peluang
kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam bidang politik secara perlahan-lahan. Mursi juga
ingin rakyatnya merasai kebebasan dan tidak merasa terkongkong di Negara mereka sendiri
melalui proses demokrasi yang baru sahaja dilaksanakan ini. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh Mursi agar rakyatnya bebas daripada pemerintahan yang dikatakan
autokratik dan bersifat kententeraan. Namun, walaupun presiden yang dilantik secara
demokratik ini melaksanakan rancangan yang baru untuk mengubah kehidupan rakyat Mesir
ke arah yang lebih baik ,tindak balas rakyat terhadap Presiden yang baru ini tetap sama dan
menentang beliau disebabkan kehidupan yang penuh biasa dengan pemerintahan Hosni
Mubarak sebelum ini selama 30 tahun. Maka dengan itu , bukan mudah bagi rakyat untuk
mencapai kedudukan ke arah demokrasi ini ,kerana proses transisi kepada demokrasi amat
kritikal dan mudah diganggu jika tidak dilakukan secara bijaksana.
Apabila demokrasi dianggap sebagai satu kejayaan untuk menentang pemerintahan Hosni
Mubarak sebelum ini, dikhuatiri fenomena gembira melampau ini akan membuat rakyat leka
dan akhirnya memntingkan diri sendiri seperti yang telah berlaku . Oleh itu , saya sebagai
menteri pertahanan berpendapat jikalau kita memberi peluang kepada rakyat untuk
mengambil masa dan mengerti bahawa proses demokrasi ini lebih baik daripada sistem
autokratik,,maka secara perlahan-lahan rakyat akan mula menerima dan menyokong
pemerintahan ini walaupun masa yang diambil untuk menerapkan sistem demokrasi kepada
rakyat berkemungkinan agak lama. Kita boleh mengambil contoh daripada negara Indonesia
, yang pemerintahannya bebas daripada Soeharto pada 1998 mengambil masa selama 6

tahun untuk stabil dan melangkah ke fasa yang seterusnya iaitu konsolidasi. Jikalau usaha
ini dilakukan dengan kerjasama seluruh ahli politik , maka impian untuk mengubah Mesir
menjadi negara yang aman tidak akan menjadi abu-abu.
Seterusnya , untuk memastikan kejayaan pendemokrasian Mesir,ruang demokrasi haruslah
dimanfaatkan oleh ahli politik dan juga rakyat dan tidak memberi peluang kepada pihak
tentera untuk terus mencengkam rakyat . Hal ini demikian , selama tentera masih
menjalankan dwifungsi iaitu menjaga pertahanan dan terbabit dalam sosiopolitik negara
,maka dengan itu usaha untuk mengubah transisi kepada demokrasi akan menjadi semakin
sukar. Oleh itu ,reformasi dalam struktur dan kedudukan tentera perlu dilaksanakan agar
dapat berlaku adil dan saksama dalam memerintah negara Mesir dan tidak membiarkan
pihak tentera untuk terus memerintah Mesir dengan cara yang akan memberi impak kepada
rakyat akan terus bergolak dan menentang pemerintahan tersebut dan akhirnya akan
menjadikan negara tersebut menjadi kucar-kacir.. Untuk mengelakkan daripada berlaku hal
seperti ini terjadi sekali lagi , harus ada perancangan yang sistematik dan dapat diterima
serta dipatuhi oleh rakyat agar pergelutan seperti sekarang tidak berlaku di masa hadapan .
Berat sama dipikul ,ringan sama dijinjing ,oleh itu kerjasama dan pengorbanan semua pihak
di negara Mesir harus ada jikalau ingin menjadikan Mesir sebuah negara demokrasi yang
aman .
Semakin dunia berada diambang kemodenan ini , semakin itu manusia diibaratkan bagaikan
kacang lupakan kulit. Demi kemewahan dan mengekalkan status yang mereka kuasai, maka
mulalah permainan politik dalam mencapai keinginan kendiri dan akhirnya membiarkan
rakyat dibawah naungan hidup dalam kemiskinan dari segi kewangan , hak asasi manusia
,pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, kejujuran dan keadilan dalam memerintah
sesebuah negara mesti wujud dalam diri seorang pemimpin. Hal ini demikian , pemimpin
merupakan ketua dan rakyat akan mematuhi dan mencontohi pemimpin yang berdedikasi.
Sebelum ini ,telah saya nyatakan bahawa pemerintahan Hosni Mubarak telah melakukan
perkara tidak adil semasa pilihan raya dan menjadikan beliau sekali lagi menjadi pemerintah
Mesir .Dayung sudah di tangan ,perahu sudah di air ,namun impian itu tidak kekal lama
apabila rakyat mula menjatuhkan Hosni Mubarak dengan adanya Mohamed Morsi sebagai
presiden Demokrasi baharu. Oleh itu, umum mengetahui bahawa setiap negara yang maju
dan aman memerlukan pemerintahan dan politik yang adil serta tulus dan jangan diulangi
kesilapan seperti kata pepatah ,ibarat telur sesangkak,pecah sebiji ,pecah
semua.Akibatnya ,kesalahan seseorang menjadikan negara sebuah ruangan pertempuran.
Saudara-saudari sekalian , semua pihak, sama ada pemimpin atau rakyat, mempunyai
tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Segala tanggungjawab yang terletak di atas

bahu setiap kita dan semestinya menjadi tugasan kita bukanlah sesuatu yang mudah. Ia
adalah amanah dan tidak boleh dikendalikan secara sambil lewa. Ia perlu dilaksana dengan
adil dan saksama untuk mewujudkan suasana negara yang aman dan selesa. Namun, untuk
mencapai hasrat ini, ibarat kata pepatah bara yang digenggam biar sampai jadi arang
.kerana usaha yang gigih serta kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan pemerintahan
negara pasti akan membuahkan hasil dan tidak menjadi sia-sia. Oleh itu sebagai rakyat
yang menginginkan kebebasan bersuara serta hak awam dan dahagakan pembaharuan
untuk negara ,mereka haruslah sedar bahawa keinginan mereka untuk menggapai hasrat
yang mereka impikan itu tak mungkin menjadi nyata jikalau mereka terus menentang dan
menanam sifat pentingkan diri sendiri. Usaha ke arah pembaharuan ini pasti berhasil jikalau
kerjasama dari semua pihak mahupun pemimpin atau rakyat ,bersatu dalam memulihkan
ekonomi , kestabilan ,keamanan dan kehidupan negara. Kalau tak dipecahkan ruyung
,manakan dapat sagunya,maka dengan itu jelaslah bahawa setiap usaha dan kerjasama
yang wujud antara pemimpin dan rakyat akan mengubah dan memulihkan suasana
pemerintahan di Mesir pasti berbaloi.
Selain itu,perlu pihak pemimpin mengetahui bahawa penggunaan komunikasi moden
perlulah dikendali sebaik mungkin. Mekanisme komunikasi ini perlu digunakan dengan
penuh tanggungjawab dan rasa toleransi supaya ia tidak menjadi pendorong kepada
pertumpahan darah dan kemusnahan negara dengan lebih parah lagi. Sebagai contoh
,laman sosial yang popular seperti Facebook,Twitter,Blog,Tumblr,Youtube dan sebagainya.
Manusia yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan aplikasi tersebut sebagai
peluang keemasannya untuk menyebarkan khabar-khabar yang boleh mendorong orang
luar untuk bergiat sama dalam melakukan aktiviti yang diluar batasan yang akhirnya
menjadikan pihak berkuasa ,polis atau tentera terpaksa campur tangan untuk meleraikan
perbalahan atau pun demonstrasi. Tegasnya disini, dalam mengatasi segala konflik dan
perbalahan yang wujud dalam negara ,haruslah pintar untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Dan bukan semudah itu untuk kita berputus asa dan membiarkan negara dan orang awam
hidup hura-hara dan tanpa hala tuju. Oleh itu ,melalui penjelasan dan usaha-usaha yang
telah saya sampaikan diharap menjadi ikhtiar dan diterapkan dalam negara Mesir ini agar
dapat memulihkan kembali suasana negara yang aman dan damai.

JABATAN PENGAJIAN SOSIAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(BERKUMPULAN)
TAHUN: 2013

SEMESTER: 1(PPISMP)
GCI 1022

ISU DAN CABARAN SEMASA DUNIA

DISEDIAKAN OLEH:
Mohd. Syabri bin adnan
950531-13-6230

MCFONIA ANAK AMBI

Muhammad akmal bin Muhammad yusuf

PENSYARAH:

PUAN FUZIAH BINTI ABDUL MANAF


TARIKH SERAHAN:

TARIKH DITERIMA:

26 OGOS 2013

26 JULAI 2013

PENDEMOKRASIAN DI MESIR
Forum Pengenalan Pendemokrasian di Mesir(Panel1)
Forum Punca-punca Pendemokrasian di Mesir(Panel 2)
Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3)

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu


wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan
Salam 1 Malaysia.
Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya,
dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Najwa Bt
Nordin pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita
pada hari ini, kita sedia maklum, bahawa krisis-krisis yang tengah berlaku di negara Mesir
sekarang amatlah membimbangkan dan menjadi perhatian seluruh dunia.Tajuk forum kita
pada kali ini ialah isu-isu politik dunia iaitu Pendemokrasian di Mesir.Apakah yang berlaku
sehingga boleh mengakibatkan pergelutan antara rakyat dan kerajaan serta para tentera.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam,marilah kita berkenalan dengan tiga
orang ahli panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Mohd.Syabri bin Adnan yang
merupakan Menteri Luar Mesir.
Seterusnya ahli panel kedua, saudari Mcfonia Anak Ambi yang memegang jawatan sebagai
Menteri Pertahanan Malaysia. Selamat datang saudari.
Dan panelyang ketiga,saudara Muhd.Akmal b. Yusuf yang berperanan sebagai Menteri
Dalam Negeri Malaysia..
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,berikan
sedikit pengenalan tentang pendemokrasian di Mesir ini.

PENGHARGAAN

Salam sejahtera .

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan


kerana dapat juga menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah kami iaitu Dr.Sluhi b
HJ Lamat kerana memberi peluang dalam menggunakan alat yang
terdapat di dalam sekolah ini. Tak lupa juga kepada ibu saya yang
sanggup menyediakan wang ringgit dalam menyiapkan tugasan folio yang
telah diberi. Seterusnya kepada cikgu Rojali dan kawan-kawan yang
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai folio yang ingin
saya kaji.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai