Anda di halaman 1dari 20

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF ALQURAN DAN SUNNAH

1. Rejab ertinya Mulia. Bulan Rejab adalah bulan


mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa
Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4
cara iaitu: (i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak
unta sebagai qurban.
(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu
Kaabah siang dan malam agar dapat beribadah
dengan sepuasnya.
(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali
menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta.
Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya
Islam.
(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah
datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa


penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu
Isra dan Miraj. Terdapat khilaf di kalangan
ulama mengenai tarikh sebenar berlakunya
peristiwa ini tetapi jumhur ulama bersepakat
menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh
berlakunya Isra dan Miraj tidaklah penting tetapi
umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini
benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia
Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari alQuran dan hadis-hadis sahih.
3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan
Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan
terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
Bulan Rejab Menurut Al-Quran
Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai
bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat
dua surah yang menyentuhnya secara tidak
langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217)
dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di

antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang


bermaksud:Bulan haram dengan bulan haram, dan pada
sesuatu yang patut dihormati,
(Al-Baqarah: 194)
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah
12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia
menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan
haram
(At-Taubah: 36)
Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini
(bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)
dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan
bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya,
sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika
dilakukan dalam bulan itu.
Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah
mengkhususkan keempat-empat bulan itu,
sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh

yang dilakukan dalam bulan itu.


Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram
lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam
bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa
jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak
zaman Nabi Ibrahim a.s.
(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram
(bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)
(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempatempat bulan itu dinamakan haram berikutan
pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji
dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu.
Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah
tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan
bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan
perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan
Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam
itu dan bulan Muharram pula mereka yang
mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat
masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan

mereka yang mengerjakan haji berasa aman


terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan
lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu
pada pertengahan tahun.
BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH
Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan
bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan
yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga AlAshhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa
melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah
dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut
bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat
melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur
Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah
dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang
mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari
tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat
ganjaran istimewa.
Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari
Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan
bertanya, Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang

datang menemui anda pada tahun pertama Ujar


Nabi SAW, Kenapa keadaanmu telah jauh
berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata
lelaki itu, Semenjak berpisah dengan anda, saya
tidak makan hanyalah di waktu malam Maka tanya
Rasulullah SAW Kenapa kamu seksa dirimu? Lalu
sabdanya Berpuasalah pada bulan sabar yakni
bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!
Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!
Ujar lelaki itu. Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi.
Tambahlah lagi! Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi
SAW bersabda Berpuasalah dalam bulan suci
(haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi
sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi
SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang
tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan
Baihaqi dengan sanad yang baik).
Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat
bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan
berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk
berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan

haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan


seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab
sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan
haram sangat dituntut namun adalah makruh
memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.
Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan
memperbanyakkan berdoa, solat sunat,
berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca
al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam
Nawawi ada menyebutkan Malam awal Rejab
mustajab doanya.
Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang
keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini
dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun
begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan
kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang
dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara bidah.

MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN


SYABAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Apabila menjelmanya bulan Syaban maka ia
memberi petanda bahawa kita semakin
hampir untuk bertemu dengan Ramadan alMubarak, iaitu bulan di mana ALLAH
melimpahkan pelbagai ganjaran pahala
kepada hamba-hamba-NYA.
Oleh itu sebagai persiapan untuk kita
menghadapi bulan Ramadan ini ada antara
kita tertanya-tanya tentang apakah amalanamalan yang disunnahkan oleh Rasulullah
s.a.w pada bulan Syaban ini. Sebenarnya,
pada bulan Syaban Rasulullah s.a.w
memperbanyakkan amalan puasa hingga
diriwayatkan bahawa baginda berpuasa
sebahagian besar pada bulan tersebut.
Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami
menyangkakan baginda tidak akan
berbuka dan baginda berbuka hingga
kami menyangkakan baginda tidak akan
berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah

melihat Rasulullah s.a.w


menyempurnakan puasa sebulan
melainkan di bulan Ramadan dan aku
tidak pernah melihatnya lebih banyak
berpuasa melainkan pada bulan
Syaban." Hadis riwayat al-Bukhari di
dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.
Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w khusus untuk
bulan Syaban. Selain dari amalan ini tiada
hadis sahih menunjukkan baginda
mengkhususkan amalan-amalan tertentu
sempena bulan Syaban. Malah, tidak wujud
riwayat-riwayat daripada para sahabat
menunjukkan mereka menyambut
kedatangan Syaban dengan amalan-amalan
tertentu. Namun, amalan-amalan sunnah
yang lazimnya dilakukan tanpa
mengkhususkan waktu tertentu seperti
membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat
sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa
mathur boleh diteruskan sepanjang bulan
Syaban sebagaimana bulan-bulan yang lain.
Tentang hikmah Rasulullah s.a.w
meningkatkan amalan puasa pada bulan

Syaban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi


komentar di dalam Fath al-Bari Penjelasan
Sahih al-Bukhari, edisi terjemahan oleh
Amiruddin, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta
(2005), jilid 11, muka surat 369:
"Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan
berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan
amalan puasa pada bulan Syaban adalah
seperti yang disebutkan oleh hadis dengan
darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis
terdahulu. Hadis ini diriwayatkan oleh alNasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh
Ibn Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.a
katanya:
"Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Ya
Rasulullah! Aku tidak pernah melihat
engkau berpuasa dalam satu bulan
berbanding bulan-bulan lain seperti
engkau berpuasa dari sebahagian bulan
Syaban. Baginda bersabda: Itulah bulan
yang manusia melupakannya antara
bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan
yang diangkat amalan-amalan kepada
ALLAH, TUHAN semesta alam. Oleh itu,
aku suka supaya amalanku diangkat

ketika aku sedang berpuasa. - Hadis


riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai ,
hadis no: 2317.
Oleh itu, sewajarnya kita menyambut
kedatangan Syaban ini dengan
menggandakan ibadah puasa. Namun,
terdapat beberapa perkara yang sering
diperdebatkan tentang puasa pada bulan
Syaban ini. Antara perkara-perkara tersebut
adalah:
1. Bolehkah kita berpuasa pada keseluruhan
bulan Syaban?
2. Apakah dilarang berpuasa setelah melepasi
pertengahan bulan Syaban?
Bolehkah Kita Berpuasa Keseluruhan
Bulan Syaban?
Ulama berbeza pendapat sama ada
dibenarkan kita berpuasa sepanjang bulan
Syaban atau tidak. Sebahagian pendapat
mengatakan bahawa kadangkala Nabi s.a.w
berpuasa pada keseluruhan bulan Syaban
dan adakalanya baginda berpuasa pada

sebahagian besar bulan Syaban sahaja.


Antara ulama yang berpegang kepada
pendapat ini adalah Syeikh Abdul Aziz
Abdullah bin Baz r.h.
Sebahagian yang lain berpendapat baginda
tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada
mana-mana bulan menurut kalendar hijriyyah
kecuali bulan Ramadan al-Mubarak. Manakala
pada bulan Syaban pula baginda hanya
berpuasa pada sebahagian besar sahaja.
Pendapat kedua ini disokong oleh al-Hafiz Ibn
Hajar al-Asqalani r.h seorang tokoh hadis
bermazhab Syafie. Perbezaan pendapat ini
disebabkan wujudnya hadis-hadis Nabi s.a.w
yang yang menunjukkan baginda pernah
berpuasa sepanjang bulan Syaban dan ada
pula yang menidakkannya.
Mari kita perhatikan beberapa hadis yang
dijadikan dalil bahawa baginda s.a.w pernah
berpuasa sepanjang bulan Syaban.
Ummu Salamah r.a berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak

berpuasa sebulan penuh dalam setahun


melainkan bulan Syaban dan baginda
sambungkan Syaban dengan
Ramadan." - Hadis riwayat al-Nasaai di
dalam Sunan al-Nasaai, hadis no: 2313.
Menurut Abu Salamah r.a, Aisyah r.a berkata:
"Nabi s.a.w tidaklah berpuasa pada satu
bulan yang lebih banyak berbanding
bulan Syaban. Sesungguhnya baginda
berpuasa sebulan penuh." Hadis riwayat
al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis
no: 1970.
Abdullah bin Abi Qais r.a mendengar Aisyah
r.a berkata:
"Bulan yang paling disenangi Rasulullah
s.a.w untuk berpuasa adalah bulan
Syaban kemudian disambungnya
dengan puasa Ramadan." Hadis riwayat
al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no:
2310.
Tetapi, hadis di atas seakan-akan bercanggah
dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
r.a. Sedangkan, beliau menceritakan bahawa

Nabi s.a.w hanya berpuasa sepanjang bulan


pada bulan Ramadan sahaja. Aisyah berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami
menyangkakan baginda tidak akan
berbuka dan baginda berbuka hingga
kami menyangkakan baginda tidak akan
berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah
melihat Rasulullah s.a.w
menyempurnakan puasa sebulan
melainkan di bulan Ramadan dan aku
tidak pernah melihatnya lebih banyak
berpuasa melainkan pada bulan
Syaban." Hadis riwayat al-Bukhari di
dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.
Untuk menghilangkan percanggahan yang
timbul ini, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan
bahawa hadis yang menunjukkan Rasulullah
s.a.w berpuasa sebulan penuh bulan Syaban
sebenarnya hanya menunjukkan baginda
biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan
tersebut. Tambahnya lagi:
"Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn alMubarak katanya: Menurut bahasa Arab,
apabila seseorang berpuasa pada sebahagian

besar dari sesuatu bulan maka boleh


dikatakan dia berpuasa sebulan penuh.
Dikatakan si fulan solat sepanjang malam
padahal ada kemungkinan dia masih makan
malam serta sibuk dengan urusan lain."
Rujuk Fath al-Bari karya Ibn Hajar Asqalani, jil.
11, ms. 366.
Setelah didatangkan beberapa pendapat
ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah
s.a.w kadangkala hanya berpuasa sebulan
penuh pada bulan Syaban dan kadangkala
hanya berpuasa sebahagian besar pada bulan
itu, al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan di dalam
Fath al-Bari, jilid 11, muka surat 367:
"Tetapi, jelas sekali pendapat ini seakan-akan
terpaksa. Namun, pendapat paling sahih
adalah pendapat pertama, iaitu baginda
hanya berpuasa sebahagian besar daripada
bulan Syaban. Ia dikuatkan lagi melalui
riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan
daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh alNasaai yang berbunyi:
"Baginda s.a.w tidak pernah berpuasa
sebulan penuh sejak datang ke Madinah

selain bulan Ramadan."


Manakala hadis yang dimaksudkan oleh alHafiz Ibn Hajar melalui Ibn Abbas r.a pula
berbunyi:
"Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa
sebulan penuh selain puasa Ramadan." Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih alBukhari, hadis no: 1971.
Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang
melarang kita berpuasa sehari atau dua hari
sebelum puasa Ramadan bermula.
Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w
bersabda:
"Jangan sekali-kali salah seorang antara
kamu semua mendahului puasa
Ramadan dengan puasa sehari atau dua
hari kecuali orang yang sudah biasa
berpuasa pada hari itu. Justeru, dia
bolehlah berpuasa pada hari itu." - Hadis
riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,
hadis no: 1914.

Apakah Dilarang Berpuasa Setelah


Melepasi Pertengahan Bulan Syaban?
Tanggapan bahawa dilarang berpuasa pada
bulan Syaban setelah memasuki hari ke 15
adalah bersandarkan kepada hadis Abu
Hurairah r.a.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Jika memasuki pertengahan Syaban,
janganlah kamu semua berpuasa." - Hadis
riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu
Dawud, hadis no: 1990.
Ulama berbeza pendapat tentang status hadis
ini. Sebahagian ulama menganggapnya daif
(lemah). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata:
"Al-Rauyyani berkata: Haram mengerjakan
puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan
dan dimakruhkan mengerjakan puasa sejak
pertengahan Syaban berdasarkan hadis lain.
Sementara jumhur ulama berpendapat harus
mengerjakan puasa sunat setelah
pertengahan bulan Syaban. Mereka
menganggap hadis yang melarang puasa

pada waktu itu bermartabat daif (lemah).


Sementara Imam Ahmad dan Ibn Main
mengklasifikasikan sebagai hadis mungkar
(diriwayatkan oleh perawi daif serta
menyalahi riwayat perawi tsiqah).
Imam al-Baihaqi menjadikan hadis di bab ini,
iaitu hadis di dalam Sahih Bukhari, hadis no:
1914, bab: Tidak boleh mendahului Ramadan
dengan berpuasa satu atau dua hari sebagai
dalil untuk melemahkan hadis tersebut.
Imam al-Baihaqi r.h berkata: Riwayat yang
memberi keringanan (rukshah) untuk tetap
berpuasa sehingga sehari atau dua hari
menjelang Ramadan lebih sahih berbanding
hadis al-Alla, iaitu hadis riwayat Abu Daud.
Hal yang sama, iaitu mendaifkan hadis
tersebut telah dilakukan oleh al-Tohawi."
Rujuk Kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar
al-Asqalani, jil. 11, ms. 86-87.
Namun begitu, Ibn al-Qayyim r.h di dalam
Tahdib al-Sunan melihat bahawa hadis Abu
Daud ini sahih. Bagi Ibn al-Qayyim,
sebenarnya tidak wujud percangahan antara
hadis yang melarang berpuasa setelah
pertengahan bulan Syaban dan hadis yang
membenarkannya. Bagi beliau, hadis al-Alla

tersebut hanya melarang mereka yang ingin


memulakan puasa bulan Syaban di
pertengahan bulan tersebut secara sengaja
dan ia bukan larangan bagi mereka yang
telah memulakan puasa pada awal bulan
Syaban.
Hadis Abu Daud ini juga telah disahihkan oleh
Syeikh al-Albani dan Syeikh Ibn Bazz r.h. Oleh
itu, penulis terbuka kepada kedua-dua
pendapat yang melemahkan serta
menguatkan hadis tersebut. Namun, jumhur
ulama membolehkan berpuasa pada bulan
Syaban diteruskan walaupun setelah
pertengahan bulan tersebut.
KESIMPULAN
Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada
sebahagian besar bulan Syaban.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya bagi kamu pada diri
Rasulullah itu terdapat contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredhaan)

ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat


serta dia menyebut dan mengingati
ALLAH sebanyak mungkin (di waktu
susah dan senang)." Surah al-Ahzab: 21.
Justeru, marilah kita hidupkan bulan Syaban
ini dengan memperbanyakkan ibadah puasa.
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam
keredhaan ALLAH serta mendapat balasan
yang baik di hari akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai