Anda di halaman 1dari 2

Minggu 2

Minggu 2
31/7/2016 4/8/2016

1. Masalah
Pada minggu kedua praktikum, saya telah menghadapi masalah mengenai aktiviti
pengukuhan semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran subjek
Matematik pemulihan di dalam bilik darjah. Saya selalu menjalankan aktiviti pengukuhan ini
dalam bentuk permainan. Namun, saya dapati bahawa murid-murid mudah berasa bosan
dan tidak berminat untuk meneruskan permainan. Hal ini akan mengakibatkan minat muridmurid terhadap mata pelajaran Matematik semakin berkurang dan menimbulkan masalah
bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana permainan yang saya rancang adalah tidak mencabarkan kognitif
murid-murid. Contohnya permainan memadankan kad operasi tambah dengan kad jawapan
yang betul. Murid-murid mampu menyiapkannya dalam masa tidak melebihi 10 minit. Saya
pun meinta mereka mengulang lagi permainan yang sama. Oleh sebab itulah, mereka
mudah berasa bosan kerana asyik bermain dengan permainan yang sama.
3. Cadangan untuk Memperbaiki
a. Saya patut menyediakan bahan maujud dan menggunakan hands-on material untuk
merangsangkan perkembangan kognitif murid-murid.
b. Saya akan mengaplikasikan kaedah permainan matematik secara berkomputer
untuk menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik di samping
membantu murid mencapai kemahiran yang sepatutnya dipelajari pada hari tersebut
dengan mudah.
c. Saya boleh mengaplikasikan teknik penemuan semasa menjalankan aktiviti
permainan. Hal ini merujuk kepada murid-murid sendiri yang akan menerokai
konsep-konsep yang dipelajari.
d. Saya akan menerapkan pembelajaran secara koperatif di mana murid-murid dapat
bermain sambil belajar dalam satu kumpulan dengan seronok di samping
meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan mereka.
e. Saya akan menjalankan aktiviti permainan dalam bentuk pertandingan untuk
meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan memberi ganjaran kepada
f.

murid yang menang dalam pertandingan.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

Minggu 2
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan
datang. Hal ini demikian kerana Matematik sememangnya merupakan satu mata pelajaran
yang abstrak dan sukar difahami. Oleh itu, sekiranya terdapat aktiviti yang boleh
merangsangkan minat murid untuk terus belajar Matematik, maka murid-murid tidak akan
bosan semasa mempelajari Matematik sekaligus memastikan hasil pembelajaran yang
ditetapkan dicapai.
5. Tindakan Susulan
Semasa menjalankan aktiviti pengukuhan, saya harus memikirkan dan merancangkan suatu
aktiviti atau permainan yang mencabarkan tetapi adalah bersesuaian dengan tahap kognitif
murid-murid. Saya akan menyediakan bahan-bahan maujud untuk dilihat dan disentuh oleh
murid-murid. Saya juga akan merancangkan aktiviti dalam bentuk pertandingan untuk
memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan murid pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai