Anda di halaman 1dari 2

Minggu 5

21/8/2016 25/8/2016
1. Masalah
Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah berkaitan dengan kaedah
penyampaian pdp saya yang kurang berkesan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini merujuk kepada terdapat murid yang kurang memahami isi pelajaran
yang saya sampaikan terutamanya untuk mata pelajaran Matematik. Saya telah mengesan
masalah ini apabila saya memerhati mimik muka mereka dan apabila mereka tidak
berupaya memberi respon terhadap soalan yang saya tujukan.
2. Analisis
Masalah ini berpunca atas faktor saya diri sendiri. Sebagai contoh, saya telah
mengaplikasikan teknik bercerita untuk menyampaikan cara menyelesaikan matematik
dalam situasi harian. Walaupun murid-murid tertarik apabila saya mencerita sambil
membuat aksi, namun mereka tidak berupaya mengenal pasti maklumat-maklumat dalam
cerita yang disampaikan. Hal ini demikian kerana cerita saya tidak berbantukan gambargambar yang berkaitan untuk membantu murid-murid menghubungkait apa yang saya
cerita. Di samping itu, saya juga bercakap dengan terlalu cepat apabila menyampaikan
cerita.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi
dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam
bilik darjah agar dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap ilmu yang
disampaikan.
b. Saya patut menyediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan cerita yang
disampaikan dan menampalkan pada papan putih. Tindakan ini adalah supaya
semua murid dapat melihat gambar dengan jelas sambil mendengar kepada
cerita saya.
c. Saya patut menggunakan suara yang jelas dan bercakap dengan kadar yang
sederhana supaya murid-murid dapat memperoleh maklumat-maklumat dalam
cerita yang saya sampaikan.
d. Saya boleh mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran saya. Hal ini merujuk kepada saya boleh
menyampaikan cerita saya dalam bentuk Power Point dan menyelitkan latar
muzik dan audio untuk menarik lagi minat murid-murid semasa proses pdp.

e. Saya

akan

mendapatkan

bimbingan

dan

nasihat

daripada

pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing serta serta rakan-rakan yang lain.


4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang. Kaedah
penyampaian yang kurang berkesan sememangnya akan menghilangkan mood murid-murid
untuk terus mempelajari sekiranya dari permulaan proses pdp, mereka adalah tidak
memahami informasi yang saya sampaikan. Manakala, kaedah penyampaian yang
berkesan mampu meningkatkan motivasi dan minat murid untuk terus belajar. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi, sudah tentu objektif-objektif yang ditetapkan tidak dapat
tercapai sepenuhnya.
5. Tindakan Susulan
Semasa

saya

mengaplikasikan

teknik

bercerita

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, saya akan menyediakan gambar-gambar atau objek konkrit untuk


meningkatkan kualiti cerita yang saya sampaikan. Saya juga perlu bertutur dengan suara
yang jelas dan lantang untuk didengar oleh semua orang murid. Unsur TMK juga boleh saya
selitkan dalam pdp saya supaya dapat merangsangkan minat murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai