Anda di halaman 1dari 1

4-RAMADHAN SYAHRUN MUBARAK

Al hamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, wa nasykuru ilallah dan sama-samalah kita
merafakan kesyukuran kepada Yang Maha Besar Allahu Azzawajala, kerana telah
diberikan kepada kita kehidupan, nikmat dan rahmat dengan umur yang panjang sehingga
bulan yang
ke saat ini dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan

mulia, yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan, yang telah dianugerahkan khusus
oleh Allah SWT kepada hambanya, supaya hamba-hambanya menimba segala pahala yang
ganjarannya berlipat kali ganda, malahan beribu kali ganda berbanding dengan amalanamalan baik yang dilakukan dalam bulan-bulan yang lain selain dari Bulan Ramadhan.
Oleh itu para sahabat r. anhum, sepertimana Sayyidina Umar r.a, bilamana tibanya
bulan Ramadhan beliau akan mengucapkan dengan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan:
Selamat Datang Aduhai Bulan Ramadhan, begitu juga dengan para salafu ssoalihin akan
mengalu-alukan kedatangan Ramadhan dengan ucapan selamat datang kepada bulan
Ramadhan. Walaupun bulan Ramadhan itu tak dapat dilihat kedatangannya, sepertimana
kita melihat kedatangan manusia dan segala makhluk Allah yang lain dapat kita lihat
dengan jelas dengan penglihatan mata kasar kita , tetapi bulan Ramadhan walaupun ianya
tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata, tetapi ianya dapat dilihat dan dirasakan dengan
hati yang betul-betul yakin dan percaya, iaitu dengan keimanan yang sebenar-benarnya dari
apa yang dinyatakan oleh Allah SWT melalui ayat-ayat Al Quranulkarim, yang dijelaskan
pula oleh sabda-sabda Rasulullah saw, antaranya Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksud: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan"1
Berkat atau barakah adalah merupakan suatu bentuk keuntungan dan kelebihan yang
datangnya dari rahmat Allah SWT, yang tidak dapat dinilai oleh manusia dengan cara
perkiraan matematik mahupun saintifik, kerana ianya merupakan kurniaan oleh Allah SWT
keatas hamba-hambanya yang diredhai. Keberkatan yang tak nampak dilihat dengan mata
kasar, tetapi dapat dilihat dengan Iman dan taqwa. Iman dan taqwa sahaja yang dapat
merasakan perbezaan dan kenikmatan Ramadhan. Lapar dan dahaga menjadi suatu nikmat
dan keseronokan yang menyuburkan lagi kekuatan iman dan keyakinan bagi melaksanakan
segala perintah Allah di dalam kehidupan ini. Oleh itu amalan sahur contohnya, bukan
sahaja sebagai persediaan bagi mengisi kekuatan untuk berlapar dahaga tetapi ianya amalan
yang mengandungi barakah yang menjadikan kehidupan orang Islam selari dengan
2
peraturan Allah SWT, sabda Rasulullah SAW:





3
dan dalam riwayat yang lain -







Maksud: Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah
Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air.

Hadis riwayat Ahmad (9133)


Bukhari 1823, Muslim 1095. Fiqhul Manhaji 1/346
3
Mawarid al-Zhoman 884 . Fiqhul Manhaji 1/347
2

Anda mungkin juga menyukai