Anda di halaman 1dari 1

Contoh Refleksi di akhir Sesi P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........


2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
3. Ulangkaji topic / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ........
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan.
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12. Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
13. Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........
14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan ........
23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana .........
24. Gerakan ......... dan ......... ke hadapan pada P&P akan datang.
25. Beri pujian ......... kerana usaha yang bersungguh-sungguh.
26. Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.
27. Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah
betul belaka.
28. Saya telah mengajar tajuk . Tingkatan.. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni.
Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya
kemukakan. Saya sungguh puas hati.
29. Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar
belakang pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya
seharusnya menyatakan juga dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air telaga bukan kerana
murah, dan airnya dingin.Apa yang perlu ialah air itu perlu dimasak.Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang ke
kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang penting ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal
berbanding dengan orang di Bosnia atau Somalia. Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan Malaysia. Saya
minta pelajar-pelajar menyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa
puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.
30. Rancangan P&Pyang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu.
Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.
31. Perancangan P&Ptelah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin
kesan penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint). Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan
menggunakan kemudahan ICT.
32. Refleksi Aras
Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 2
Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagalmencapai aras ini. Semua pelajar
kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

33. Refleksi Persekitaran


Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10
minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.

Anda mungkin juga menyukai