Anda di halaman 1dari 4

Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015

Acu

ketibaan
Vip Mengumumkan Ketibaan
____________________________________ diiringi
____________________ ke majlis
Nyanyian
Negaraku Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku

Bacaan Bunga mawar cantik tersemat


Doa Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya


menjemput Saudara ______________________ untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan

Ucapan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


alu-aluan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Pengerusi terima kasih kepada ____________________ atas bacaan doa
Majlis itu tadi.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Dr Hajah Rohani Binti Abdul Hamid,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali
Ismail

Yang Berusaha, ________________________, Wakil Rektor


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015
Acu

Yang Dihormati, Dr Haji Jalani Bin Hasan, Ketua


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan.

Seterusnya, Para Pensyarah, serta guru-guru pelatih yang


dikasihi sekalian.

Selamat datang ke majlis perasmian Seminar Kajian


Tindakan 2015 IPGKDRI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahuataala


kerana dengan limpah ehsanNya, kita semua dapat
berkumpul hari ini bagi sama-sama menyaksikan Majlis
Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan, Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2012 Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, yang bakal
dirasmikan oleh _______________________, Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Saya mewakili seluruh warga PISMP Semester 8
berasa sungguh berbesar hati atas kesudian Wakil Rektor
menghadiri seminar sekaligus menjadi perasmi majlis
yang penuh bermakna ini.

Yang Berbahagia Tuan Rektor, serta hadirin.

Seminar Penyelidikan Tindakan ini merupakan acara


tahunan bagi setiap guru pelatih tahun akhir yang
mengikuti program PISMP. Buat makluman hadirin,
seminar kali ini menyaksikan jumlah pembentang
seramai _________ orang yang terdiri daripada 4
pengkhususan pendidikan iaitu Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Matematik dan Pra Sekolah. Sebanyak
______ penyelidikan tindakan bakal dibentang sebagai
tuntutan akhir bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan di samping menjadi serampang yang mampu
Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015
Acu

menambahbaik mutu pendidikan negara. Penyelidikan-


penyelidikan yang dibuat oleh para guru pelatih ini
melibatkan masalah seharian warga pendidik di sekolah,
terutama dalam meningkatkan mutu akademik murid.

Penyelidikan tindakan yang dijadikan asas utama dalam


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
merupakan langkah utama kerajaan dalam membentuk
warga pendidik yang suka menyelidik, dan
menambahbaik mutu pendidikan. Tanpa penyelidikan,
banyak masalah akan terus terpendam tanpa
penyelesaian. Budaya penyelidikan haruslah diteruskan
oleh kita semua demi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.

Ucapan
Pengerusi Hadirin yang dihormati sekalian
Seminar
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, saya


menjemput Saudara _________________, Pengerusi Seminar
Kajian Tindakan Tahun 2015 untuk menyampaikan
sepatah dua kata, majlis mempersilakan.

Ucapan KJ
PIPK Terima kasih saudara __________ atas ucapan sebentar
tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Dr Haji Jalani


Bin Hasan, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan, IPGKDRI untuk memberikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015
Acu

Ucapan Terima kasih Dr Jalani di atas ucapan sebentar tadi.


Tuan
Pengarah Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Dr
Hajah Rohani Binti Abdul Hamid, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Ucapan Terima Kasih diucapkan kepada Dr Rohani atas ucapan


Perasmian sebentar tadi.
Wakil
Rektor Warga Dewan yang dikasihi sekalian,
Kini tibalah masanya, majlis dengan penuh berbesar hati
menjemput Tuan __________________, wakil rektor IPGM
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Seminar Kajian Tindakan Tahun 2015, IPGKDRI.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penutup Terima kasih Tuan _________ di atas ucapan perasmian


sebentar tadi.

Dengan berakhirnya gimik perasmian sebentar tadi,


maka bermulalah Seminar Kajian Tindakan tahun 2015.
Diharap guru pelatih dapat melakukan yang terbaik dan
mengambil peluang ini untuk sama-sama menimba ilmu
yang bermanfaat untuk pembangunan diri dan
profesionalisma keguruan.

Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah, WBT.


Pengumum *Dijemput tuan ______________ diiringi_______________
an untuk meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai