Anda di halaman 1dari 4

.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn.
Hjh. Fatimah binti Hashim yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya
sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan


keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang
bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di
dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi
pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan


bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang
beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di
akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang


diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

Anda mungkin juga meminati:


Doa Majlis Persaraan Pn. Hajjah Rogayah Bt. Matt

...

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami memohon ihsan dan rahmat-Mu, agar
Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga ketabahan dan
kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn. Hajjah Rogayah binti Matt yang akan bersara,
menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas
bersara nanti, dilimpahkan kehidupan yang berkat, kesihatan yang baik, serta
dikurniakan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

...

Kurniakanlah kepadanya ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan
pengorbanan yang telah beliau curahkan, sepanjang bergelar seorang guru.
Limpahkanlah rahmat dan berkat-Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang
yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul tanggungjawab sebagai
pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa.

Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau, menjadi


pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai insan pendidik.

...

Bajailah hati kami dengan iman yang kukuh, hiasilah ia dilubuk hati kami,
jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang Engkau murkai, tuntunlah hati kami
agar sentiasa berada di atas jalan Islam, suburkanlah perasaan cinta kepada-Mu,
jua cinta kepada rasul-Mu baginda Muhammad SAW.
Ya Allah! Satukanlah hati kami, kuatkanlah silaturrahmi antara kami, jauhkanlah pra-
sangka yang merosakan kesatuan kami, bantulah kami untuk menjadi warga
pendidik yang meninggikan syariat-Mu. Lahirkanlah dari madrasah ini, generasi-
generasi yang mentaati segala perintah Mu, jua yang takutkan azab Mu.




, .
,

.

Anda mungkin juga menyukai