Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan


tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap - Setiap/Tiap-tiap________________

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk


tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
______________________________________

2. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk


kampung dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar


bersilat daripada Wak Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta


memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung
yang akan diuli.
______________________________________

5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan


harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya


sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
______________________________________

7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan


lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
______________________________________
8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus
aman dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat
jelata.
______________________________________

9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.


______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu


telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak


terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.
______________________________________

12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis


untuk memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.
______________________________________

13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca


daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak
mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan


separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
______________________________________

15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama


apabila tiba waktu senja.
______________________________________

16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh


ayah kepada lantai.
______________________________________

17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan


kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju
perumahan.
______________________________________
18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia
merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir


semua anak-anak sungai telah tercemar.
______________________________________

20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan


kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih
mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur
Syah.
______________________________________

21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.


______________________________________

22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia


mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam


pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza


dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara
yang mereka pelajari.
______________________________________

25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur


memang amat indah sekali.
______________________________________

26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan


pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________

27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang


cara-cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari
penonton.
______________________________________

28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan


pada cili sos.
______________________________________

29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke


bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka
seketika.
______________________________________

30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada


Mak Limah di hadapan rumahnya.
______________________________________

31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera


semasa bermain bola di padang.
______________________________________

32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan


menonton televisyen.
______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru


beberapa hari tinggal di asrama.
________________________________________________
_____

35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan


Permata.
______________________________________

Anda mungkin juga menyukai