Anda di halaman 1dari 8

7.

0 REFLEKSI

7.1 Amalan Pengajaran Guru

Hasil penyelidikan dan dapatan penyelidikan yang telah dianalisis

menunjukkan bahawa kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut ini dapat

meningkatkan sebutan huruf murid dalam subjek bahasa Melayu. Teknik

kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut yang pengkaji gunakan dalam

kajian membuktikan bahawa teknik tersebut telah berjaya kerana ia dapat

menjawab kedua-dua persoalan kajian. Instrumen yang pengkaji gunakan

untuk mengukur tahap sebutan murid serta amalan pedagogi guru telah

membuktikan bahawa terdapat perubahan dari segi keputusan murid dan

tingkah laku murid dalam bilik darjah berbanding sebelum ini iaitu semasa

pengkaji menjalankan pengajaran secara direct teaching. Hal ini kerana

dengan menggunakan kemahiran lisan murid lebih aktif serta merangsang

proses kognitif murid untuk berfikir. Dengan ini, murid-murid dapat

mempelajari ilmu dengan lebih dekat serta mudah difahami. Disamping itu

bahan bantuan mengajar yang digunakan adalah visualisasi dapat

memudahkan dan meningkatkan lagi kefasihan sebutan murid. Dengan

adanya bantuan visual bergambar serta penggunaan ayat-ayat yang mudah

maka murid lebih seronok dan mudah untuk belajar serta murid mudah

sebut.

Melalui penyelidikan tindakan yang pengkaji jalankan, apa yang

dapat dilihat, kedua-dua objektif yang ditetapkan pada awal kajian iaitu

teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut dapat meningkatkan

kefasihan sebutan murid dan kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut
dapat meningkatkan amalan pedagogi guru telah tercapai objektif dengan

jayanya.

7.1.1 Rancangan Pengajaran Guru

Murid dapat dilihat bahawa mereka sememangnya memahami subjek

bahasa Melayu dengan menggunakan teknik kemahiran lisan

berbantukan lihat dan sebut. Hal ini kerana dengan menggunakan

kaedah ini murid akan sentiasa memberi perhatian kepada

pengajaran yang dijalankan oleh guru kerana guru akan adakan sesi

soal jawab, ulangan dan perbentangan. Malahan itu, dengan alat

bantuan iaitu visualisasi ia memudahkan murid untuk memahami apa

yang guru ajar. Visualisasi yang digunakan oleh guru merupakan

bahan sokongan yang berkonsepkan multimedia iaitu adanya

gambar yang berwarna-warni, ayat yang mudah, dan video lagu.

Dengan cara ini, maka ia dapat memudahkan murid untuk

memahami apa yang diajar terutamanya bagi murid yang mempunyai

tahap yang lemah seperti murid Tahun 2. Keadaan ini dibuktikan

seawal refleksi pengajaran dan pembelajaran awal yang mana murid

mempunyai tahap pengetahuan asas yang rendah.

Oleh yang demikian, dengan mengambil kira penggunaan

kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut ia dapat memberikan

murid kefahaman dalam sebutan huruf secara konkrit. Kemahiran

lisan di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada

kemahiran lisan dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak

kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi serta pasif.

Hal ini disokong oleh Pearson,(2000) bahawa lisan yang lemah

merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi


yang efektif adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Malahan

itu, penggunaan bahan visualisasi sangat membantu dalam proses

pdp murid-murid. Murid akan tertarik dengan gambar semasa pdp

berjalan. Gambar merupakan salah satu alat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana gambar dapat menerangkan

sesuatu hal, peristiwa atau perkembangan dengan lebih mudah. Hal

ini disokong oleh Abd Rahim (1998) mengatakan bahawa gambar

merupakan salah satu alat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana gambar dapat menerangkan sesuatu hal,

peristiwa atau perkembangan dengan lebih mudah. Selain itu juga,

penerapan kemahiran lisan dengan penggunaan bahasa yang

mudah serta mengaplikasikan teknik visualisasi turut membantu

dalam meningkatkan kefahaman murid dalam menyebut huruf.

Menurut Dymer F.M (1978), murid yang membaca sambil melihat

gambar boleh mengingat dengan baik daripada membaca teks

sahaja. Maka secara tidak langsung ia memudahkan murid untuk

memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan

bantu mengajar yang bewarna-warna menarik murid untuk memberi

tumpuan semasa guru mengajar sekali gus murid akan faham apa

yang sedang diajar. Buktinya menurut kajian Glawin R.P Margerison,

D & Walker, S.M (1990) mendapati bahawa murid akan menumpukan

perhatian apabila paparan yang digunakan oleh guru adalah

berwarna-warni.

7.1.2 Proses Pengajaran

Teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut, ia membantu

murid pengkaji yang mempunyai tahap kognitif yang rendah untuk

memahami subjek bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, tingkah laku


murid pengkaji juga semakin hari semakin aktif di dalam kelas untuk

menjawab soalan dan berbincang bersama rakan-rakan mereka

untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini berbeza dari

sebelum ini. Murid pengkaji sebelum ini sentiasa pasif dan tidak

mahu melibatkan diri dalam soal jawab. Mereka juga apabila disoal

tidak dapat menjawab soalan yang diberikan malah bertanya

berulang kali. Dengan penggunaan teknik ini maka perubahan dapat

dilihat. Buktinya dapat dilihat dalam ujian 1 dan ujian 2 serta ujian

lisan yang ditunjukkan oleh murid pengkaji iaitu apabila penggunaan

kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut dalam mempelajari topik

ini telah meningkatkan kefahaman murid. Buktinya hasil daripada

peningkatan keputusan ujian 1 dan 2 serta ujian lisan. Keadaan ini

jauh lebih baik berbanding dahulu apabila setiap akhir pengajaran

dan pembelajaran, murid tidak mampu untuk menjawab lembaran

kerja yang diberikan oleh guru walaupun guru telah memberi

penerangan sebelum ini.

7.1.3 Aktiviti Pengajaran

Sebelum ini pengkaji percaya bahawa apabila murid duduk di dalam

kumpulan kecil di kelas mereka akan berbincang sesama mereka

apabila pengkaji memberi tugasan. Aktiviti melalui kumpulan kecil

yang pengkaji lakukan adalah untuk mengelakkan murid-murid

pengkaji bosan semasa aktiviti dilaksanakan. Akan tetapi ini semua

hanyalah pandangan pengkaji sahaja. Apabila murid duduk di dalam

kumpulan-kumpulan ada antara mereka yang sentiasa senyap dan

hanya menunggu jawapan dari rakan mereka. Ada juga antara

mereka yang sentiasa perlu dipantau untuk membuat tugasan yang

diberikan. Separuh daripada mereka, tidak faham pengajaran yang


diajar oleh pengkaji sehinggakan pengkaji perlu ulang kembali

pengajaran secara individu berkali-kali. Selain itu juga, tumpuan

murid dalam kumpulan kecil turut hilang kerana mereka berborak dan

bermain bersama rakan mereka semasa pengajaran dan

pembelajaran berjalan. Malahan lebih merisaukan pengkaji adalah

murid tidak mengemukakan soalan kepada pengkaji.

Teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut banyak

membawa perubahan positif kepada murid-murid pengkaji. Teknik ini

dapat meningkatkan amalan pedagogi guru berdasarkan tingkah laku

murid dalam mempelajari subjek bahasa Melayu. Setelah jalankan

teknik ini, tingkah laku murid-murid saya juga berubah. Ini dibuktikan

melalui pemerhatian yang pengkaji lakukan semasa dan selepas

pengkaji menggunakan teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan

sebut di dalam kelas. Murid yang memahami pengajaran pengkaji

ajar dan mereka lebih cenderung untuk menjawab soalan yang

dikemukan oleh pengkaji. Malahan itu, murid sentiasa duduk

berbincang bersama rakan mereka untuk menyelesaikan masalah

pada tugasan yang diedarkan. Sebelum ini murid pengkaji Tahun 2

merupakan murid yang sukar untuk fokus di dalam kelas. Mereka

lebih suka bermain dan berbual bersama rakan mereka. Tetapi

semua ini berubah setelah pengkaji menggunakan teknik baharu ini.

Mereka lebih menumpukan pemerhatian ketika pengkaji mengajar di

dalam kelas. Teknik kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut juga

sangat memudahkan murid kerana penggunaan visual bergambar di

dalam pdp memudahkan murid untuk mengingat huruf dan isi penting

melalui visual yang saya gunakan dalam pdp. Maka disini dapat

disimpulkan bahawa amalan pedagogi guru semakin memberangkan


dan menarik minat murid. Penggunaan visual dalam pengajaran

membantu pdp kerana murid pengkaji yang lemah akan jadi tertarik

apabila pengkaji menggunakan visaul berwarna dalam pengajaran.

Mereka juga mudah mengingat dan mula aktif untuk menjawab

soalan. Ini bertepatan dengan teori pembelajaran yang dikemukakan

oleh Howard Gardner iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai dimana kanak-

kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza mengikut potensi

mereka. Salah satu daripadanya ialah kecerdasan visual yang

mengetengahkan visual sebagai satu bahan yang boleh membantu

membina kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang

disampaikan.

7.1.4 Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan kemahiran lisan yang pengkaji guna adalah untuk

memudahkan murid untuk memahami apa yang pengkaji sampaikan

dalam pengajaran. Pengkaji membantu murid untuk memahami

pengajaran yang pengkaji sampaikan. Penguasaan dan pemahaman

tatabahasa murid yang lemah telah membawa pengkaji untuk

membimbing murid dengan cara menggunakan kemahiran lisan yang

sentiasa menjaga laras bahasa, intonasi suara, bersoal jawab dan

sebagainya. Hal ini kerana murid pengkaji yang lemah memerlukan

bimbingan pengkaji yang lebih. Jadi dengan kemahiran lisan dapat

memainkan peranan dalam membantu murid untuk memahami apa

yang disampaikan oleh pengkaji dan membantu murid untuk belajar.


7.1.5 Instrumen Penilaian

Pengkaji menggunakan instrumen penilaian seperti

memerhatian berstruktur iaitu proses yang dilakukan bagi

memastikan rawatan yang dijalankan berkesan atau tidak,

mengumpul data ujian, melengkapkan borang analisis

dokumen, borang soal selidik, senarai semak pemerhatian

dan seterusnya membuat analisis data bagi mendapatkan

refleksi tindakan.

7.2 Amalan Pembelajaran Murid

Amalan pembelajaran murid juga dapat pengkaji tingkatkan kerana

kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut telah membantu murid untuk

meningkatkan kemahiran lisan menyebut huruf. Pengkaji sentiasa menjaga

intonasi, sebutan huruf dan penggunaan ayat supaya murid pengkaji faham

apa yang pengkaji sampaikan. Pengkaji juga sentiasa memasukkan unsur

kecindan supaya murid pengkaji tidak bosan semasa proses pdp berjalan.

Malahan itu, penggunaan kemahiran lisan berbantukan lihat dan sebut dapat

membantu pengkaji dalam mengawal bilik darjah. Kuantiti murid di Tahun 2

terlalu ramai. Jika guru tidak menarik perhatian murid maka kelas tersebut

akan bising dan ada antara mereka suka mengacau rakan-rakan lain

sehingga mereka bergaduh. Dengan kemahiran lisan berbantukan lihat dan

sebut maka kawalan bilik darjah dapat ditingkatkan sekali gus murid

memberi perhatian semasa pengkaji mengajar serta pengajaran yang

pengkaji jalankan dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari murid.

Keadaan ini dibuktikan melalui hasil analisis pemerhatian yang mana murid

menunjukkan perubahan positif dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan yang dijalankan ini telah

terbuktinya membawa perubahan positif dalam meningkatkan kefahaman


murid dengan mengambil kira tahap kebolehan murid dalam bilik darjah

berbanding dengan pembelajaran secara direct learning ataupun

pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Hal ini kerana murid

sememangnya tidak mampu untuk melahirkan idea tanpa ada bimbingan

daripada guru di dalam bilk darjah.

Anda mungkin juga menyukai