Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Jurnal Pendidikan yang bertajuk Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut


Jantina Di Luar Kelas telah dikaji oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi.
Artikel ini berkenaan dengan kepelbagaian strategi belajar yang digunakan oleh pelajar
lelaki dan perempuan ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan
kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Strategi
pembelajaran merupakan satu cara untuk membantu seseorang menguasai sesuatu
pelajaran. Dalam konteks Pendidikan BM, pelajar yang menggunakan pelbagai strategi
akan Berjaya dalam pelajaran bahasa.

PENYATAAN MASALAH

Masalah yang telah dikenalpasti dari artikel ini adalah perbezaan teknik yang digunakan
oleh pelajar iaitu antara pelajar cemerlang lelaki, pelajar lemah lelaki, pelajar cemerlang
perempuan dan pelajar lemah perempuan. Malah teknik-teknik ini telah mempengaruhi
penguasaan BM pelajar sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
kepelbagaian strategi pembelajaran bahasa Melayu mengikut jantina di luar kelas
berdasarkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Seramai lapan orang pelajar Tingkatan 4 telah dijadikan sampel dalam kajian ini, terdiri
daripada empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili
kedua-dua jantina.

Objektif khusus kajian adalah untuk:

- Mengenalpasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta


kajian ketika mempelajari BM DLK (Di Luar Kelas) berdasarkan jantina.
- Mengenalpasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta
kajian untuk menulis mempelajari BM dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis DLK.
-

SOALAN KAJIAN

1. Apakah strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian ketika
mempelajari BM DLK (Di Luar Kelas) berdasarkan jantina?

2. Apakah strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian untuk
menulis mempelajari BM dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis DLK?
KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah penting kerana dapat membantu Penyelidik dan Pendidik bahasa
untuk mengetahui strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar lelaki dan
perempuan semasa DLK. Di samping itu, guru-guru dapat merancang proses
pengajaran mereka dengan baik berdasarkan kemampuan pelajar mereka dalam
sesuatu kemahiran bahasa. Tambahan lagi, bagi pelajar mereka dapat memanfaatkan
hasil kajian ini dengan menguasai sebanyak mungkin strategi pembelajaran bahasa
yang tersenarai dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
dapat mempratikkan kemahiran yang ada dalam pembelajaran bahasa dan juga subjek
yang lain.

METADOLOGI

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut Model Stringer, (2004):


.g
5
M
e
in
T
m
a
b
k
d1
r
u
2
lD
p
y4
3
t
s

1. Merekabentuk
Pelajar yang dipilih terdiri daripada empat orang pelajar cemerlang dan empat orang
pelajar yang lemah dalam pelajaran BM berdasarkan keputusan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dimana pelajar cemerlang mendapat gred A,
manakala pelajar lemah mendapat gred D atau E. Kajian ini telah dijalankan di
sebuah sekolah menengah kebangsaan di sebuah daerah di negeri Selangor.
Pelajar dipilih dengan bantuan guru matapelajaran BM, guru kelas dan Ketua Panitia
BM.

2. Mengumpul Data
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstuktur yang melibatkan
pengumpulan dan penganalisaan secara kualitatif dengan adanya interaksi secara
bersemuka antara pengkaji dengan pelajar cemerlang dan lemah untuk
mendapatkan maklumat tentang pengalaman atau situasi pelajar tersebut. Kaedah
temubual berstuktur ini meliputi beberapa aras atau peringkat soalan yang
dicadangkan oleh Kvale (1996). Sebagai contoh pengkaji telah mengambil dua
orang pelajar cemerlang lelaki dan perempuan untuk menjawab beberapa soalan
yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, untuk soalan temubual yang sukar
dijawab akan dibaiki atau dibuang bagi memudahkan pelajar menjawab soalan yang
diberi.

3. Menganalisis Data
Data temubual yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis dengan mencari tema
atau pola yang kerap ditemui dalam temubual. Setelah tema dikenalpasti proses
mengkod dilakukan menggunakan Perisian NUD*IST (Non Numerical Unstructured
Data and Indexing Searching Theorizing) yang telah diadaptasi secara manual bagi
memberi gambaran yang lebih seragam dan mudah difahami. Setiap tema dianalisi
menggunakan analisis Cohen Kappa untuk mengenalpasti samaada tema yang
dikumpul boleh dipercayai ataupun tidak.

4. Menyampai Hasil
Jadual telah digunakan untuk melihat perbezaan teknik-teknik yang digunakan oleh
pelajar. Setelah masalah dapat dikenal pasti maka wujudlah beberapa teknik yang
boleh digunakan oleh pelajar cemerlang lelaki untuk memudahkan mereka untuk
mempelajari BM dengan mudah iaitu dengan mewujudkan kumpulan perbincangan,
melihat cara guru bertutur, banyak bertutur dengan keluarga dan rakan,
mengunakan pelbagai alat bantuan ketika bertutur, memberi tumpuan ketika bertutur
dan sebagainya. Oleh itu, dengan adanya teknik-teknik ini, pelajar akan dapat
bertutur dengan yakin terutamanya ketika bertutur dengan keluarga di rumah
mahupun rakan-rakan di luar. Manakala bagi pelajar lemah lelaki, mereka
menggunakan teknik yang berbeza iaitu, bertutur menggunakan bahasa formal,
banyak merujuk kamus dan membaca pelbagai bahan bacaan.

Manakala bagi pelajar perempuan terdapat persamaan dan perbezaan antara


pelajar cemerlang perempuan dengan pelajar lemah perempuan dimana dari teknik
pertuturan mereka akan bertutur dengan keluarga dan ini dapat membantu mereka
meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Malah kedua-duanya menggunakan
teknik membaca yang sama iaitu dengan membaca buku rujukan dan surat khabar,
kemudian berkongsi dengan keluarga apa yang dibaca oleh mereka. Berbeza
dengan alat bantuan yang digunakan oleh pelajar cemerlang perempuan dan pelajar
lemah perempuan dimana pelajar cemerlang perempuan banyak menggunakan alat
bantuan elektronik berbanding dengan pelajar lemah perempuan yang banyak
menggunakan alat bantuan bercetak abgi meningkatkan kemahiran bertutur dalam
bahasa melayu.

5. Mengambil Tindakan
Setelah melihat dari semua aspek, terdapat tindakan yang perlu dilakukan bagi
mendapat strategi pembelajaran berdasarkan kemahiran bahasa yang berkesan
iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Dimana disebalik strategi-strategi ini pelajar akan dapat
memperbaiki penggunaan bahasa melayu di luar kelas dan sekali gus dapat
menggunakannya di dalam peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai
kaedah, teknik atau strategi yang boleh digunakan oleh pelajar dalam menambahbaik
penggunakan BM dalam pertuturan harian sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
Ini akan memberi kesan yang positif kepada pelajar dalam diri mereka dengan adanya
keyakinan apabila berkomunikasi dengan orang lain. Malah guru akan dapat
menggunakan hasil kajian ini untuk melihat sejauh mana kemampuan para pelajar
dalam menguasai penggunaan BM di sekolah dan ini akan dapat membantu guru
dalam persediaan mengajar dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan
menjadi lancar.

Anda mungkin juga menyukai