Anda di halaman 1dari 12

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM: PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 2

Standard Pembelajaran
Standard Kandungan
Tahun 2
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga 10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga
10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam
keluarga
10.1.3 Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga
10.1.4 Memnunjukkan sikap jujur dalam keluarga

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek : Pendidikan Moral

Tajuk : Kita Perlu Jujur

Tahun : 2 Bestari

Tarikh : 24 Mac 2017

Masa : 60 minit (8.00 pagi-9.00 pagi)

Bilangan Murid : 24 orang

Nilai : Kejujuran
Standard Kandungan : 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga

10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam keluarga

10.1.3 Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga

10.1.4 Menunjukkan sikap jujur dalam keluarga

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. Menyenaraikan 3 kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.


ii. Menonton dan mengulas kesan bersikap jujur berdasarkan klip video yang bertajuk Kejujuran
Dalam Keluarga.
iii. Menceritakan sikap jujur dalam keluarga.

Pendekatan : Pendekatan Pemupukan Nilai

EMK : i. Kreativiti dan Inovatif - menjana idea

ii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi - menggunakan persembahan elektronik (Ms Power Point)

Bahan Bantu Mengajar :Buku teks, Klip Video Kejujuran Dalam Keluarga, Cerita Si Gembala Pembohong, Komputer Riba,
LCD Projektor, Skrin Tayangan, Kad Ayat, Lembaran Kerja

Langkah P&P
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
/ Masa
1. Guru menayangkan video klip Kejujuran Dalam Bahan Bantu Mengajar:
Set Induksi Memperkenalkan Nilai
Keluarga. Klip Video
(5 minit) Kejujuran
2. Murid menceritakan situasi yang berlaku dalam video Kejujuran Dalam
Nilai: Kejujuran
tersebut. Keluarga
Maksud: 3. Melalui video, guru memperkenalkan nilai kejujuran
EMK:
Bercakap benar, bersikap kepada murid.
amanah dan ikhlas dalam TMK

setiap perlakuan. https://www.youtube.com/w


atch?v=obxqxG9ZjYM
Bahan Bantu Mengajar:
Langkah 1 Cerita Si Gembala 1. Guru menyampaikan cerita Si Gembala
Pembohong Pembohong. Cerita Si Gembala
(10 minit)
2. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru. Pembohong

( Rujuk Lampiran 1) 3. Guru bertanya kepada murid akibat yang berlaku EMK:

kepada pengembala yang berbohong. Teknologi Maklumat

4. Murid menyenaraikan kesan bersikap jujur dalam dan Komunikasi

keluarga. KAEDAH:
Bercerita

Bahan Bantu Mengajar:


Langkah 2 Perbincangan Kumpulan 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Peta Minda
(15 minit) 2. Murid dikehendaki membincangkan soalan-soalan
berikut menggunakan peta minda. EMK:
(Rujuk Lampiran 2)
Contoh bersikap jujur dalam keluarga. TMK
Kreativiti dan
Inovatif
Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga.
KAEDAH:
Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga. Perbincangan
3. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil PENDEKATAN:
perbincangan. Pemupukan Nilai

4. Guru memaparkan jawapan untuk setiap soalan.


Bahan Bantu Mengajar:
Langkah 3 Permainan Radio Rosak 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Kad Ayat
(15 minit) 2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan seorang
pencatat. KAEDAH:
(Rujuk Lampiran 3)
3. Ketua kumpulan menyampaikan ayat tersebut kepada Bermain
pemain kedua.

4. Permainan diteruskan sehingga pemain yang terakhir.

5. Pemain terakhir akan menyampaikan ayat tersebut


kepada pencatat.

6. Pencatat menyerahkan ayat yang telah dicatatnya


kepada guru.

7. Pemenang dikira berdasarkan ketepatan ayat dalam


masa yang singkat.
Bahan Bantu Mengajar:
Langkah 4 Lembaran Kerja 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
Lembaran Kerja
(10 minit) 2. Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dalam
masa yang ditetapkan.
(Rujuk Lampiran 4)
3. Guru dan murid membincang jawapan lembaran kerja
bersama-sama.

Rumusan 1. Murid menyatakan perasaan bersikap jujur terhadap Nilai:


Penutup
keluarga. Kerjasama
(5 minit)
2. Guru memuji murid kerana memberi kerjasama yang
baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian P&P :1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Refleksi :
Lampiran 1

Si Gembala Pembohong

Di suatu desa ada seorang anak gembala. Setiap hari dia menggembalakan kambingnya di padang rumput agak jauh dari
desa. Si Gembala itu anak yang nakal. Dia suka berbuat usil dengan teman-temannya. Pada suatu hari yang panas, dia sedang
menggembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput, tak jauh dari desanya. Di kelompok lain, kambing-kambing orang-
orang desa digembalakan juga, meski tidak ada yang menjaganya. Tiba-tiba, dia mempunyai idea jahat untuk membohongi warga
desa. Kemudian dia berteriak keras, "Ada serigala! Ada serigala! Tolong... tolong...tolong!" "Serigala mahu makan kambing-kambing
kita." Dia berharap warga desa mendengar teriakannya dan segera berlari ke arah padang rumput.

Warga desa yang mendengar teriakan anak itu segera berlari ke padang rumput untuk menyelamatkan kambing-kambing
mereka. Namun ketika mereka sampai, ternyata tidak ada serigala. Hanya anak gembala itu yang tertawa terpingkal-pingkal melihat
warga desa yang telah dibohonginya.

Keesokan harinya, anak gembala tersebut mengulangi tipuannya. Dia berteriak lebih keras dari sebelumnya, ada serigala..
Ada serigala.. kambing-kambing kita mahu dimakan Warga desa kembali bergegas hendak menyelamatkan kambing-kambing
mereka. Anak gembala itu kembali tertawa terpingkal-pingkal.

Sampai pada suatu hari, segerombolan serigala benar-benar datang menghampiri kambing-kambing anak gembala itu. Si
anak gembala begitu takut dan segera berteriak keras sekali, "Tolooong... toloooong, ada serigala mahu makan kambing kambing
ku, tolong!" Para warga desa mendengar teriakan anak gembala itu. Namun mereka diam saja, dikira pasti itu tipuan anak gembala
itu lagi. Maka mereka diam saja di desa meneruskan pekerjaan mereka. Malang si anak gembala, semua kambingnya habis
dimakan serigala.

Begitulah nasib yang menimpa anak yang sering berbohong: bahkan berkata benar pun tidak ada orang yang akan percaya.
Pesan Moral : Jangan suka berbohong pada orang lain, kerana jika sering berbohong maka orang lain akan menjadi tidak percaya
dengan perkataan kita.
Lampiran 2

1) Contoh bersikap jujur dalam keluarga.

Tidak bercakap bohong dengan ibu bapa.

Ali dengan tidak sengaja merosakkan buku kakaknya dan dia meminta maaf dengan kakak.

Ketika bercakap, Abu sering berterus terang dengan ibu bapa.

2) Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga.

Dimarahi oleh ibu bapa.

Tidak disayangi oleh ibu bapa

Tidak dipercayai oleh ibu bapa.

3) Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.

Disukai oleh ibu bapa.

Disayangi oleh ibu bapa.

Dipercayai oleh ibu bapa.


Lampiran 3

Ayat 1: Kita akan dipercayai keluarga, Ayat 2: Apabila kita melakukan kesalahan,
sekiranya kita menunaikan janji. kita mestilah mengakuinya.

Ayat 3: Apabila membantu keluarga, kita Ayat 4: Kita jangan suka bercakap bohong
perlulah ikhlas. dengan ahli keluarga.
Lampiran 4

Lembaran Kerja

Warnakan hijau pada jawapan yang betul dan merah pada jawapan yang salah.

1 Ibu bapa suka kepada anak-anak yang bercakap benar.


2 Ali suka bercakap bohong dengan ibu.
3 Ibu bapa percaya kepada orang yang jujur.
4 Sikap jujur adalah perkara yang baik.
5 Ibu bapa tidak marah apabila adik bercakap bohong.
6 Ibu bapa suka akan anak yang bercakap bohong.
7 Ali merosakkan buku kakaknya dan dia tidak bercakap benar.
8 Abu gagal dalam ujian Bahasa Melayu dan dia meminta maaf dengan bapanya.
Warnakan perkataan yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dengan ahli keluarga.

dimarahi

disayangi dipercayai

Kebaikan
Bercakap
Benar

dihormati disukai

dibenci

Anda mungkin juga menyukai