Anda di halaman 1dari 15

Bajet 2014: Keperluan mempertingkatkan penyertaan wanita

dalam ekonomi

KUALA LUMPUR: Peranan wanita yang semakin penting dalam ekonomi menjurus kepada
keperluan untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja dan aktiviti
ekonomi bagi membolehkan pencapaian ekonomi dan sosial yang mampan serta
beroperasi pada tahap tinggi.

Bagaimanapun, di sebalik sumbangan secara ketara kepada pembangunan ekonomi dan


negara, wanita kekal sebagai sumber yang kurang dimanfaatkan.

Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini,
penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia agak rendah jika dibandingkan dengan tahap
pembangunan negara, walaupun kadar enrolmen mereka lebih tinggi di peringkat
pendidikan menengah dan tertiari. Pada 2012, hanya 49.5 peratus wanita berumur antara
15 dan 64 tahun bekerja atau mencari pekerjaan, jauh ketinggalan berbanding negara
serantau seperti Thailand (70 peratus), Singapura (58 peratus) dan Indonesia (52
peratus).

Peratusan ini malah makin menurun apabila golongan wanita menaiki tangga korporat ke
jawatan lebih tinggi.

Dua sebab utama bagi mereka meninggalkan pekerjaan adalah untuk menjadi suri rumah
sepenuh masa dan menjaga anggota keluarga.

Laporan itu juga menyebut, di kebanyakan negara maju, trend penyertaan tenaga kerja
wanita menunjukkan dua puncak; pertama apabila golongan wanita menyertai alam
pekerjaan selepas menamatkan pendidikan, dan kedua apabila kembali bekerja selepas
tempoh pengasuhan anak.
Namun di Malaysia, kadar itu tidak meningkat semula, ditambah pula dengan persaraan
awal golongan ini.

"Penyusutan dalam tenaga kerja wanita memberi implikasi yang besar terhadap
pembangunan ekonomi negara, terutama pada masa kritikal ini, di mana modal insan
adalah pemangkin yang mampu mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah ekonomi
maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," demikian menurut laporan itu.

Bagi mereka yang memilih bekerja sendiri dan menyertai bidang keusahawanan,
penyertaan wanita di Malaysia adalah antara terendah di rantau ini dengan hanya 19.7
peratus terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Dilaporkan juga, 91.7 peratus dari perniagaan tersebut terlibat dalam skop feminin di
sektor perkhidmatan seperti penjagaan kanak kanak dan pendidikan pra-sekolah,
kecantikan dan penjagaan kulit serta latihan dan perundingan.

Antara cabaran dan halangan yang dihadapi oleh wanita Malaysia bagi menyertai
pekerjaan ialah kekurangan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak, dan kekurangan
aturan kerja yang fleksibel.

Kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja, kekurangan wanita dalam jawatan
membuat keputusan dan kelemahan perlindungan berkanun dan keperluan perubahan
minda di mana wanita dilihat sebagai suri rumah dan lelaki sebagai penyara keluarga, juga
antara halangannya.

Bagi menanganinya, kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan pelbagai inisiatif


untuk terus memperkasa pembabitan wanita dalam ekonomi.

Rancangan Malaysia Kesepuluh menyasarkan pembabitan golongan wanita dalam tenaga


kerja kepada 55 peratus menjelang 2015.
Menurut laporan itu, insentif bagi meningkatkan penyertaan wanita juga meliputi
penambahbaikan kualiti dengan meningkatkan bilangan wanita yang menduduki lembaga
korporat dan jawatan pengurusan atasan serta menghapuskan segala diskriminasi
terhadap mereka.

"Usaha ini boleh direalisasikan melalui pelaksanaan dasar kerja yang menggalakkan
fleksibiliti di sektor awam dan swasta, mewujudkan suasana kerja yang lebih mesra
keluarga dan juga meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti keusahawanan melalui
pembiayaan mikrokredit," demikian menurut laporan itu.

Di bawah Model Baru Ekonomi, melalui Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi Pembangunan
Modal Insan, satu pelan hala tuju bagi memanfaatkan bakat wanita telah dirangka dengan
menggariskan langkah bagi pembangunan kerjaya golongan wanita.

"Antara inisiatif utama di bawah pelan ini termasuk menetapkan sasaran minimum 30
peratus wanita memegang jawatan pembuat keputusan di sektor korporat menjelang
2016, menambah bilangan pusat jagaan kanak-kanak serta menyediakan latihan amali dan
peluang penempatan pekerjaan, kata laporan itu.

Laporan juga menyebut bahawa menggalakkan golongan wanita berpendidikan dan


berkemahiran tinggi dalam ekonomi akan meningkatkan innovasi, menambah kelebihan
berbanding dan menjana pertumbuhan ekonomi tokokan kos yang kecil.

Perbezaan perspektif dan pengalaman yang diketengahkan oleh golongan wanita dalam
membuat keputusan dan pelaksanaan juga akan menghasilkan hasil yang lebih baik.

Tambahan pula, penggunaan bakat wanita membantu menangani masalah kekurangan


bakat dalam suasana persaingan yang sengit untuk menarik tenaga kerja yang mahir di
peringkat global. BERNAMA
ARKIB : 21/08/2012

Sumbangan wanita, kuasa beli dan cukai


barangan
TIADA siapa dapat menafikan golongan wanita mempunyai kuasa atau pengaruh yang
kuat dalam perkembangan ekonomi sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka,
tidak hairanlah jika ada suami yang melantik isteri mereka sebagai 'Menteri Kewangan'
dengan menyerahkan segala pendapatan untuk diuruskan perbelanjaan keluarga.

Ia bukan sahaja berlaku di dalam negara, mengikut statistik, wanita global


keseluruhannya mengawal lebih RM70 trilion perbelanjaan pengguna dan dijangka akan
meningkat kepada RM98 trilion pada lima tahun yang akan datang.

Kuasa mereka sebagai pengguna, pengeluar, pekerja, dan usahawan kini semakin
mendapat perhatian perancang pemasaran produk kerana menurut kertas putih Ernst &
Young, pendapatan mereka meningkat hampir dua kali ganda berbanding pertumbuhan
keluaran dalam negara kasar gabungan China dan India.

Kertas itu juga menyatakan pendapatan global wanita dijangka meningkat daripada
AS$13 trilion kepada AS$18 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di Malaysia tidak terkecuali, kajian mendapati golongan wanita masih menjadi pembuat
keputusan utama dalam membeli-belah untuk sesebuah keluarga dengan penguasaan
kira-kira 63 peratus.

Bagaimanapun, setiap wanita mempunyai cara tersendiri ketika hendak berbelanja atau
menguruskan kedudukan kewangan mereka.

Sebagai contoh, bagi Puan Salinah, seorang suri rumah sepenuh masa, beliau hanya
membeli mengikut perancangan dan keperluan keluarga, manakala Cik Siti, seorang
eksekutif muda menyatakan beliau kebiasaannya mudah lupa apabila mempunyai
peluang berbelanja.

Puan Sharon pula berkata: "Saya mengira berapa banyak saya berbelanja di setiap kedai.
Saya juga melihat perbezaan antara harga di pelbagai kedai."

Jika direnung kepada kenyataan wanita-wanita tadi, anda tentu mengetahui dalam
kategori mana anda berada apabila dikaitkan dengan cara berbelanja.

Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah adakah anda mengetahui berapa banyak
cukai yang anda telah bayar kepada kerajaan setiap kali membeli barangan atau
mendapatkan perkhidmatan?

Pada umumnya, kebanyakan wanita begitu mengkagumi barang-barang yang mereka beli
dan kemudiannya sibuk berkongsi dengan rakan-rakan tanpa menyedari berapa banyak
cukai yang telah dibayar hasil pembelian barangan itu.
Jika membeli barangan, sudah tentu mereka telah membayar cukai jualan dan jika ke
restoran atau spa kecantikan, maka cukai perkhidmatan pula yang akan dikenakan.

Maka di sini dapat dilihat bagaimana golongan wanita merupakan antara penyumbang
utama kepada ekonomi negara, sama ada mereka yang berjimat cermat dengan sentiasa
membuat perbandingan ketika hendak membeli sesuatu barangan atau mereka yang
hanya gemar membeli-belah tanpa mengira berapa banyak dibelanjakan atau berapa
banyak cukai dibayar.

Kuasa beli

Memandangkan golongan wanita mempunyai kuasa membeli yang besar, maka


seharusnya juga mereka mengetahui bagaimana mereka boleh mendapatkan harga
barangan yang lebih rendah jika skim cukai barangan sekarang diubah.

Penetapan harga barangan sudah tentu mengambil kira kos cukai yang terpaksa
pengeluar tanggung seperti cukai jualan 10 peratus atau cukai perkhidmatan 6 peratus
yang dikenakan dalam skim percukaian masa kini.

Apabila skim cukai baru diperkenalkan iaitu skim cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) atau VST (cukai nilai tambah) sekitar 4 peratus atau 5 peratus, sudah tentu ia akan
disambut baik oleh golongan wanita kerana mereka dapat berbelanja lebih (kerana harga
barangan lebih murah) dan menyumbang lebih (kerana pungutan cukai kerajaan
meningkat).

Mereka juga tentu menyedari betapa pentingkan kutipan cukai untuk sesebuah kerajaan
melaksanakan pelbagai projek pembangunan sama ada untuk pendidikan percuma di
sekolah, pendidikan bersubsidi di institusi pengajian tinggi negara dan pusat-pusat
didikan kanak-kanak.

Golongan tersebut juga tidak pernah terkecuali dalam agenda pembangunan negara,
sama ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat secara khusus atau melalui pelbagai kementerian lain secara amnya.

Sebagai contoh, rancangan membina hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak,
bantuan kepada ibu-ibu tunggal, pinjaman kredit mikro kepada wanita (dari TEKUN dan
pelbagai agensi), pembangunan usahawan wanita dan sebagainya - sudah menjadi bukti
cukup yang cukai dikutip oleh kerajaan telah dikembalikan untuk faedah bersama rakyat.

Peranan wanita dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara sememangnya tidak


dapat dinafikan dan golongan tersebut seharusnya berasa bangga dengan sumbangan
mereka yang boleh ditingkatkan lagi jika sama-sama menyokong usaha kerajaan
memperkenalkan skim cukai baru GST.

Bagaimanapun, mereka seharusnya meningkatkan kefahaman mengenai ilmu percukaian


baru itu dahulu bagi memudahkan mereka menerangkan kepada keluarga atau rakan-
rakan mengenai kelebihan skim cukai baru itu, berbanding skim cukai kepada barangan
dan perkhidmatan masa kini.
Bagi kerajaan pula, kutipan cukai akan membolehkan kerajaan terus membangunkan
negara dan juga menjamin generasi masa depan agar hidup mereka sentiasa terbela dan
mendapat segala kemudahan asas kehidupan dengan baik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120821/ek_02/Sumbangan-wanita-


kuasa-beli-dan-cukai-barangan#ixzz2x2VaCbIE
Utusan Melayu (M) Bhd

RajaNasrullah
AbdullahSani
Salam Perjuangan untuk semua, marilah kita mengubah diri kita supaya kita menjadi
masyarakat yang maju dan berintelek

Friday, April 15, 2011

Perananwanitadalampembangunanekonomi
Peranan wanita sebagai isteri, ibu ataupun kakak memainkan peranan
penting dalam institusi keluarga. Pekerjaan merupakan titik permulaan bagi
menentukan status dan taraf kehidupan seseorang tanpa memilih jantina. Wanita
dan kerjaya adalah penting dalam membantu meringankan beban kewangan
keluarga. Keperluan keluarga yang begitu besar dan mendesak wanita sebagai
isteri membantu suami dengan bekerja untuk memenuhi keperluan harian.
Namun begitu, wanita dianggap sebagai mempunyai peranan penting dalam
pembangunan sesebuah ekonomi. Faktor-faktor seperti menyara keluarga,
kerajinan dan hak telah membawa wanita menyumbang kearah pembangunan
ekonomi.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, dianggarkan pada


tahun 2005, 48 peratus tenaga kerja wanita menyumbang 50 peratus daripada
pendapatan keluarga. Kajian itu menyatakan 65 peratus wanita bekerjaya adalah
wanita yang menguruskan rumah tangga. Manakala kajian lain, dilaporkan
dalam Journal of Epidemiology and Community Health mendapati wanita bekerja
dan pada masa yang sama berperanan sebagai isteri dan ibu mempunyai tahap
kesihatan yang baik berbanding suri rumah yang tidak bekerja ataupun wanita
yang belum mempunyai anak.

Disamping itu juga, catatan pengembaraan Abdullah Munsyi yang


menyifatkan bidang perniagaan sinonim dengan wanita seperti di negeri Kelantan
terbukti apabila Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu dimonopoli golongan
wanita. Pasar yang pada awalnya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu itu,
kemudian ditukar namanya kepada Pasar Besar Siti Khadijah oleh kerajaan
Kelantan sebagai penghormatan kepada lebih 300 peniaga yang hampir
kesemuanya adalah golongan wanita. Hal ini menunjukkan keupayaan golongan
wanita yang mejadi model kepada pembangunan ekonomi sesebuah Negara.

Chritine Helliwell (1993) menyatakan bahawa wanita mempunyai


hubungan yang lebih rapat dengan lapangan domestic iaitu tugas penjagaan
anak-anak, mengurus dan menjaga kebajikan ahli isi rumah dan rumahtangga.
Sebaliknya, golongan lelaki lebih telibat dengan persekitaran sosial dan awam
yang lebih luas. Perbezaan yang jelas adalah lelaki dibayar wang apabila
melakukan pekerjaan dalam konteks public manakala wanita tidak dibayar wang
apabila bekerja dalam aktiviti domestik. Walaupun hal ini terjadi, wanita tetap
berusaha membantu golongan lelaki dalam konteks sesebuah keluarga dengan
pelbagai usaha seperti berniaga secara kecil-kecilan di halaman rumah,
mengambil upah mejahit, mengambil upah mejaga anak-anak jiran yang bekerja
dan ada juga membuat kraftangan untuk menjana pendatapan keluarga.

Peranan reproduktif sering ditafsirkan sebagai bukan satu bentuk


pekerjaan. Hal ini disebabkan kerja wanita dalam rumahtangga tidak dibayar upah
dan kerja berupah dilihat sebagai produktif. Tugas seperti menjaga anak, layanan
kepada isi rumah, menjahit atau mencuci pinggan mangkuk tidak anggap sebagai
suatu pekerjaan mengikut pendefinisian kerja.

Mengikut Ratna Sapri dan Brigitte Holzer (1997) telah membezakan tiga
jenis kerja reproduksi yang dilakukan oleh wanita iaitu reproduksi biologis,
reproduksi tenaga kerja, dan reproduksi sosial. Reproduksi biologis ialah
melahirkan anak manakala reproduksi tenaga kerja ialah sosialisasi dan
pengasuhan anak untuk mempersiapkan mereka menjadi tenaga kerja.
Reproduksi sosial pula merupakan kerja yang meneruskan hubungan produksi dan
struktur sosial dalam keluarga. Kegiatan seperti memasak, membasuh,
membersih, membesarkan anak dan sebagainya adalah ditanggung secara
percuma oleh wanita. Kajian yang dijalankan keatas komuniti setinggan turut
membuktikan kerja yang dilakukan dalam lingkungan rumahtangga telah
menyumbang pendapatan dalam membantu meningkatkan taraf hidup isi rumah
setinggan itu sendiri ( Jalihah Md. Shah, 2003).

Peranan produktif merupakan aktiviti kerja yang mempunyai nilai


pertukaran samada secara nyata atau berpotensi. Aktiviti pekerjaan dalam sektor
formal dan tidak formal merupakan aktiviti produktif. Dengan lebih jelas, wanita
yang membantu menyumbang pendapatan kepada keluarga mereka seperti
menjual keropok dan menjahit dengan mendapat upah adalah produktif.
Walaupun wanita terlibat dalam aktiviti ekonomi, peranan dan sumbangan
mereka dalam menguruskan rumah tangga masih berterusan. Keadaan ini
menunjukkan bahawa pembahagian tenaga kerja di dalam isi rumah
memperlihatkan golongan wanita mendominasi tugas reproduktif.

Sebagai Contoh kes pembangunan ekonomi wanita di India, Projek


pembangunan di bawah The Self-Employed Womens Association (SEWA) telah
memberi peluang kepada penduduk miskin terutamanya golongan wanita
melibatkan diri dalam projek yang dijalankan. Projek-projek ini adalah seperti
memberi peluang wanita dalam pekerjaan rasmi, mengajar wanita dalam
kemahiran teknikal dan menghapuskan upah yang rendah di kalangan wanita.
Projek ini telah memberi peluang kepada wanita untuk maju dan bangun setaraf
dengan golongan lelaki iaitu dalam bersama-sama memajukan kawasan
setinggan melalui projek pembangunan ini. SEWAs dibentuk pada 1972 dan
merupakan sebuah organisasi dan pergerakkan dalam menperbaiki kemisikinan,
pendidikan dan melindungi wanita daripada bahaya melalui sokongan pekerjaan
yang boleh mendatangkan pendapatan serta keselamatan sosial. Dianggarkan
200,000 orang yang terlibat dengan kemiskinan adalah wanita yang bekerja
sendiri dalam sektor tidak rasmi di kawasan pendalaman daerah Gujarat, India.
Hal ini telah mengerakkan golongan wanita di Gujarat untuk menyertai SEWAs
melalui pengorganisasian dalam kesatuan dan kerjasama mengikut perbezaan
pekerjaan mereka yang terlibat.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunjukkan bahawa didapati 47 peratus
tenaga kerja di negara ini terdiri daripada golongan wanita. Negara kini
menyaksikan peningkatan 10 peratus penceburan wanita dalam kerjaya
profesional, pengurusan dan teknikal sejak tahun 1990. Peningkatan ini dapat
dilihat dalam sektor keusahawanan yang mencatatkan jumlah 82,911 usahawan
terdiri daripada golongan wanita.

Peningkatan yang memberangsangkan ini nyata membuktikan bahawa


martabat wanita dalam sosiologi kehidupan telah banyak berubah. Peranan
wanita kini tidak lagi hanya tertumpu kepada soal pengurusan keluarga
sebaliknya lebih meluas dalam pembangunan negara. Hal ini selaras dengan
kesamarataan hak, peluang, dan layanan dari segi gender, etnik, kelas untuk
masyarakat madani yang maju.

Sumbangan dan penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi


negarasememangnya wujud dan telah diiktiraf. Jumlah wanita yang mewakili
separuh daripadapenduduk Malaysia iaitu sebanyak 13.1 juta dan telah
mewujudkan hampir 5.0 juta keluargamenjadikan peranan wanita hari ini amat
besar. Dahulu, wanita sering dikaitkan dengansuri rumah, tetapi segalanya-
galanya telah berubah sesuai dengan 50 tahun kemerdekaan yangdicapai oleh
negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), wanita telah
memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial dan ekonomi
negara.
Pencapaian pendidikan yang lebih tinggi mendorong penyertaan wanita dalam
tenaga buruh
dan pelbagai aktiviti perniagaan.

Posted by Ahmad Nasrullah at 5:58 PM

4 2 2 1401

Peranan penting wanita dalam


pembangunan negara
Doris Apai

| September 29, 2013

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/29/peranan-penting-wanita-dalam-
pembangunan-negara/
Menurut Taib Mahmud, sejak beliau terlibat dalam politik 50 tahun
dahulu, beliau dapat menyaksikan peranan wanita cukup terserlah.

KUCHING: Semangat perjuangan


bertunjangkan pengorbanan golongan wanita amat membantu dalam usaha
menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju selepas merdeka dalam
Malaysia.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak beliau terlibat dalam
bidang politik 50 tahun dahulu, beliau dapat menyaksikan peranan wanita cukup
terserlah dan amat penting dalam menyebarkan matlamat perjuangan kepada
masyarakat.

Banyak wanita terlibat dalam menyebarkan maklumat, dan ia ternyata lebih


efektif daripada kaum lelaki, semua maklumat yang disampaikan mudah difahami
oleh semua masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari
Wanita 2013 peringkat Negeri Sarawak yang bertemakan Wanita Sarawak
Menyusuri Denai Pasca Kemerdekaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching
(BCCK) di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, permulaan politik yang sedemikian adalah satu
jaminan untuk mengekalkan perjuangan selepas mengecapi kemerdekaan.

Sesungguhnya, wanita juga tidak ketinggalan dalam usaha tersebut, hanya


terserah kepada keupayaan wanita sendiri sahaja bagi menentukan siapa yang
lebih maju, siapa lebih berjaya dan siapa kurang.

Ini penting khasnya dalam tuntutan kemerdekaan yang didorongi oleh keinginan
lebih maju dan meletakkan politik kita sebagai landasan, ujarnya.

Jelas Taib, dahulu pembangunan dan perubahan adalah mengikut rentak


masyarakat tradisional, namun selepas kemerdekaan, pembangunan dan
perubahan masyarakat adalah lebih cepat.
Kita berusaha mencari mana-mana bidang yang dapat kita tukarkan, agar
masyarakat bergerak ke arah yang lebih baik sekali gus memperhebatkan lagi
perjuangan kita.

Sumbangan wanita dalam memartabatkan ekonomi negara setanding dengan


kaum lelaki kerana dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), RMK-9 dan
RMK-10 jelas menyatakan kepentingan peranan golongan wanita, katanya.

Tegasnya, wanita dalam masyarakat sememangnya mempunyai hak sama rata


dengan kaum lelaki serta perlu dilindungi.

Justeru, sambutan Hari Wanita hari ini (semalam) ternyatakan memberikan satu
semangat dan harapan yang penuh bermakna dalam kehidupan kita semua.
Perspektif IKIM: Kaedah kerja fleksibel
bantu wanita urus keluarga
2013/10/31 - 03:19:23 AM Nur Syahidah Abdul JalilCetakEmel Kawan

Genap seminggu Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
yang antara lain menyentuh rasionalisasi subsidi yang sememangnya menjadi perhatian
segenap masyarakat begitu juga isu pengenalan kepada cukai barang dan perkhidmatan
(GST).

Isu terangkum yang menjadi perhatian sememangnya banyak menumpu aspek


mengukuhkan ketahanan ekonomi negara lantaran keadaan ekonomi global yang
semakin tidak menentu.

Ketahanan ekonomi sebagai satu dasar yang dipegang dalam aspek membangunkan
negara adalah perkara kritikal. Keadaan ini mencerminkan keupayaan negara untuk
menangani sebarang keadaan (ekonomi) ataupun membenarkan negara menganjal
kedudukan tanpa membabitkan kerugian yang signifikan.

Bajet 2014 yang secara tidak langsung menyentuh aspek keluarga dan peranan wanita
menggambarkan institusi ini memainkan peranan penting dalam membangunkan
negara. Wanita sebagai tulang belakang keluarga mempunyai peranan istimewa
menyeimbangkan tuntutan ekonomi dengan mengekalkan keharmonian rumah
tangga.

Ketiadaan teras sokong ekonomi

Ketiadaan teras yang kuat bagi menyokong ekonomi negara dikhuatiri akan
menyebabkan negara berada di ambang kejatuhan ekonomi yang dahsyat.

Dalam konteks yang berbeza, usaha mewujudkan teras bagi menyokong ketahanan
ekonomi tidak hanya bersifat material. Sebenarnya ia bermula daripada sistem jaringan
sosial yang kuat iaitu institusi keluarga.

Jalinan hubungan kekeluargaan yang erat adalah faktor utama kepada motivasi insan
untuk berusaha mencapai kemajuan dan kejayaan hidup. Individu mempunyai teras
kekeluargaan yang kuat mampu mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya sekalipun
tidak memiliki kelebihan material.
Bajet 2014 yang secara tidak langsung menyentuh aspek keluarga dan peranan wanita
menggambarkan institusi ini memainkan peranan penting dalam membangunkan
negara. Wanita sebagai tulang belakang keluarga mempunyai peranan istimewa
menyeimbangkan tuntutan ekonomi dengan mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Melihat purata pendapatan perkapita 2009 iaitu RM 24,879 dan 2011 sebanyak RM
29,661, hakikat pertambahan ini bukanlah bermaksud setiap orang mengalami
pertambahan pendapatan yang aktif.

Masih ramai berada dalam keadaan terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup. Ini
menyebabkan institusi keluarga semakin terpinggir kerana individu lebih banyak
menumpukan usaha demi kelangsungan hidup dan bukan mencapai kesejahteraan
hidup.

Bahkan, dalam konteks realiti hari ini, wanita yang bekerja adalah berdasarkan dua
faktor utama iaitu pilihan dan jalan penyelesaian kepada tuntutan keperluan hidup
termasuklah dalam sektor pekerjaan yang kritikal seperti perubatan dan seumpamanya.

Rentetan keadaan ini menyebabkan keluarga hari ini tidak dapat berfungsi secara alami
apabila kedua-dua ibu bapa terikat demi mendapatkan perbelanjaan keluarga sedikit
sebanyak telah mengurangkan masa kualiti anak.

Kaedah kerja fleksibel

Tidak dinafikan sehingga hari ini terdapat peruntukan tertentu yang membantu wanita
bekerjaya mengurus keluarga, tetapi kecanggihan teknologi dan demi memenuhi
matlamat mensejahterakan keluarga, satu cadangan perlu dipertimbang kembali iaitu
kaedah kerja yang fleksibel.

Pelaksanaan jadual kerja berasaskan output yang fleksibel bagi sektor tertentu tidak
hanya memberi manfaat kepada keluarga bahkan boleh mengurangkan risiko
kemalangan membabitkan anak kecil, menggalak amalan penyusuan susu ibu,
mengurangkan kesesakan di jalan raya.

Peruntukan masa yang berkualiti bersama keluarga memberi manfaat emosi, anak akan
merasa diri lebih dihargai dalam keluarga dan menjadikan keluarga sebagai pusat
rujukan dalam kehidupan mereka.
Kesan stres
terhadap daya kerja

PELBAGAI kejadian dan tragedi yang


Stres boleh mengurangkan mood untuk melakukan kerja di
melibatkan tekanan atau stres dan pejabat.
kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak
dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat
mengenainya. Malah, ia boleh menjadi
penyakit yang serius andai tidak diurus dan
dikawal dengan baik.

Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.

Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa
menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan
rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd.
Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan
kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih
berisiko tinggi berbanding lelaki.

Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini
mereka cepat mendapatkan rawatan.

Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya
menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.

Banyak kes yang dirawat di hospital melibatkan pesakit yang tidak membiasakan diri menyelesaikan
masalah dari peringkat awal lagi.

Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga
memporak-perandakan perkahwinan itu sendiri.

Bagi penghidap stres, mereka bimbang, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan
tidak mahu dilabel kurang siuman.

Ujar Dr. Nor Hamidah, sebab itu masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan
kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Ramai wanita stres?

Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap
166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan
persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.

Kebanyakan wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang stabil kerana ramai
yang mula bijak menguruskan kewangan sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan
wanita yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan
hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke atas, mereka pula berhadapan dengan
perubahan hormon akibat menopaus.

Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak,
menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Bijak

Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup
dengan lebih berkualiti.

Jelas Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

"Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita untuk merasa lebih sihat secara fizikal.
Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara ini saling berkait," katanya.

Dr. Nor Hamidah turut menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa untuk rehat
dan berani untuk berbincang mengenainya bersama saudara atau teman terdekat.

"Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti
kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti akan sedar mengenainya. Seandainya ada yang
menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi," katanya.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan
mental dari sudut kebaikan dan keburukan. Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi
kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.

Pengurusan stres di pejabat

Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu
produktiviti pekerja.

"Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di pejabat. Kajian syarikat
McDonnel Douglas pada tahun 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus
kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah Tingkahlaku dan Kesihatan
Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja telah menurunkan 35 peratus masalahstres pekerja
dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada
pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.

Kebiasaannya, pekerja yang berhadapan dengan stres akan diberi cuti sakit sehingga seminggu. Jika kes
serius berlaku, rawatan boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan.

Ini penting untuk mengurangkan berlakunya darah tinggi - lelah - masalah kulit yang semakin teruk
seperti jerawat, psoriasis, ekzema - serangan jantung - sinus/resdung - hilangan fungsi seksual dan
pembiakan - strok - masalah berat badan - gangguan tidur - cirit-birit atau sembelit - migrain -
gangguan kebimbangan - ulser perut - sakit kepala - kemurungan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0508&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz2xPFT8uxA
Utusan Melayu (M) Bhd
Jurnal Teknologi, 44 Jun 2006: 31-44, Universiti Tekonologi Malaysia Profil
da Keselarasan Kerjaya Di Dalam Dunia Pekerjaan Maskulin Dan Feminin Di
Daerah Petaling. Noraini Ismail , Sidek Mohd Noah

Journal of Society and Space 8 Issue 7 (155-162) 2012 Wanita bekerja dan
pengurusan keluarga Noor Rahamah Hj. Abu Bakar

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_Keperluanmempertingkatkanp
enyertaanwanitadalamekonomi/belanjawan/belanjawan2014/article_html

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120821/ek_02/Sumbangan-wanita-
kuasa-beli-dan-cukai-barangan

http://www.astroawani.com/news/show/najib-isteri-saya-juga-ada-sumbangan-
kepada-rakyat-malaysia-26615

http://cpintrass.com/blog/informasi/permata-negara-usaha-lahirkan-khazanah-masa-
depan-malaysia/.html

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/29/peranan-penting-
wanita-dalam-pembangunan-negara/

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/17DASAR_WANITA_NEGARA.pdf

http://file.upi.edu/Direktori/FPIPS/JUR._PEND._GEOGRAFI/196103231986031-
R._GURNIWAN_KAMIL_PASYA/jurnal_wanita.pdf

Anda mungkin juga menyukai