Anda di halaman 1dari 3

2/14/2017 KelahKingOfTheRiver

Carian Carian... Saiz Pilihan Text

UTAMA PORTAL & PMR PROFIL MALAYSIA MAKLUMAT KENEGARAAN LAMAN JABATAN PAUTAN

1MALAYSIA
KELAH KING OF THE RIVER
AGAMA
Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India
ALAM SEKITAR dan secara amnya di Asia Selatan.

ANTARABANGSA Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada
tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.
BUDAYA

EKONOMI

ICT

INFO TERKINI

JAWATAN KOSONG

KESELAMATAN

NKRA Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter 9 kaki panjangnya dan 54 kilo gram 118 paun beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang
dinampak pada hari ini.
PENDIDIKAN
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatubatan untuk membiak.
PEMERDAGANGAN
ORANG Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga
buahbuahan yang jatuh daripada pokokpokok di atas.
PENSTRUKTURAN
SUBSIDI
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
POLITIK
Hasil Benih Kelah Terbaik
PUISI IKAN kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata
pancing.
SOSIAL
Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air
TATABAHASA
tawar.
UMUM
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.

Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
GALERIFOTO
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
GALERIVIDEO
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Menurut Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur PPA Perlok, Jabatan Perikanan Pahang,
GALERIAUDIO Muhamad Hatta Mahmud, habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut.

MUATTURUN Menurutnya lagi secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celahcelah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan
kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram kg dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.
MAKLUMBALAS
Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral tengah yang jelas dilihat di tengahtengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan
cantik.

ARKIB1KLIK Jumlah sisik di bahagian garisan lateral tengah ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.

Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal ekor. Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia
mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.

TARIKH KEMASKINI
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celahcelah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai.
Selasa 14 Februari 2017, 11:59
Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikitsedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali
gus.

Selain menghasilkan benih kelah PPA Perlok ini juga turut menghasilkan benih ikan lampam sungai, baung, keli dan patin. PPA Perlok turut menerima tempahan
daripada orang perseorangan mahu pun manamana syarikat untuk melakukan proses pembenihan ikan menurut permintaan.

Diwujudkan sejak tahun 1998, PPA Perlok secara rasminya dibuka pada tahun 2000 dan berkeluasan 110 ekar.

Kelebihan

Apa yang menjadi kelebihan kawasan PPA Perlok ini adalah kerana mudah untuk mendapatkan punca air semula jadi yang bersih.

Sehingga kini, PPA Perlok telah menghasilkan ribuan anak benih ikan air tawar untuk menampung keperluan ke seluruh negara.

Selain itu, anak benih ikan air tawar tersebut juga telah dilepaskan di sungaisungai sekitar Pahang bagi tujuan meningkatkan sumber perikanan di negeri itu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6336kelahqkingoftheriverq.html 1/3
2/14/2017 KelahKingOfTheRiver
Dengan itu, ia mampu mengelakkan sumber ikan di sungai yang amat bernilai, pupus kerana pelbagai faktor antaranya masalah pencemaran, penggunaan
tanpa kawalan atau pembiakan semula jadi yang tidak memberangsangkan.

Soalan Lazim Mengenai Ikan Kelah

Ikan Kelah Ini Ikan Air Tawar Atau Masin?

Air tawar dan mengkhusus habitat asalnya di kawasan air terjun, jeram dan sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan.

Keistimewaan?

Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam sport fishing. Justeru digelar sebagai Kings Of The Rivers,
The King Of Fish, The King of Freshwater Sport Fish, World Best Freshwater Sport Fish, Raja Ikan Air Tawar, Raja Sungai, dan Ikan Sukan sekali gus
harganya termasuk dalam kategori mahal.

Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai Sanctuary nya yang tersendiri
di Taman Taman Negara.

Jenis dan Spesis Ikan Kelah Yang Boleh Didapati Di Malaysia?

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a Tor Tambra
b Tor Tambroides
c Tor Duoronensis

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai Tor Tambroides. Spesis Tor
Tambroides yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai Tor Tambroides ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak ikan rasmi negeri Sarawak
dirujuk sebagai spesis Tor Duoronensis dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat.

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis Tor Douronensis walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari
kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis Tor Duoronensis.

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis tor tambroides dan tor tambra sahaja yang boleh membesar
sehingga melebihi 1 meter.

Bagaimana Pula Dengan Ikan Tengas Dan Kejor?

Ikan tengas dan kejor ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama
saintifik ikan tengas ialah Neolissochilus Hexagonolepis.

Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai tengas batu. Sementara ikan kejor ialah Neolissochilus Soroides. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan
sebagai Poropuntius Smedleyi.

Adakah Ia bersifat Karnivor, Herbivor Atau Omnivor?

Omnivor. Maksudnya Ikan Kelah makan semua, dia makan binatang lain yang lebih kecil, dia makan tumbuh tumbuhan yang terpilih dan buahbuahan
yang terpilih.

Bolehkah Ikan Kelah Diternak?

Boleh. Ikan Kelah boleh diternak di dalam kolam tanah, tangki, kanvas mahupun kolam simen dengan syarat adanya pergerakan air.

Berapa lama ikan kelah ini mencapai umur matang/boleh dijual?

Bergantung kepada dari saiz berapa anda ternak, untuk apa anda ternak, iaitu sama ada untuk tujuan ikan makan atau ikan hiasan? Jika untuk tujuan ikan
makan perlu mencapai berat 1Kg untuk boleh dijual di restoran.
Jika anda bermula dari saiz 4 inci, anda memerlukan purata 2 3 tahun untuk mencapai berat tersebut.

Jika untuk tujuan ikan hiasan, bila bila pun jika ada pelanggan nak beli, anda boleh jual dengan harga yang baik sekali tanpa perlu menunggu untuk
mencapai berat 1Kg, kerana untuk tujuan ikan hiasan, biasanya dijual berdasarkan saiz inci panjangnya seseekor ikan kelah itu.

Harga pasaran?

Pada masa sekarang, harga ikan kelah hidup untuk tujuan makan restoran ialah RM80/Kg borong mati dan RM150/Kg borong hidup. Sementara
untuk tujuan hiasan antara RM500/Kg ke RM1000/Kg.

Muatan untuk kolam 10 kaki X 10 kaki?

Jika anak benih ikan kelah bersaiz 2 ke 6 inci, 1 kaki padu boleh memuatkan 10 ekor. Jika ikan kelah telah bersaiz 1 kaki, maka 1 kaki padu boleh
memuatkan 1 ekor sahaja. Dari situ, anda boleh merancang berapa besar kolam ternakan yang ingin anda bina.

Jenisjenis Ikan?

Sebenarnya, apabila disebut ikan kelah memang merujuk ikan kelah merah yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara
ikan kelah biru jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan EndauRompin. Sementara ikan kelah hijau adalah panggilan nama

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6336kelahqkingoftheriverq.html 2/3
2/14/2017 KelahKingOfTheRiver
yang digunapakai oleh orang orang Cina peminat dan penternak untuk merujuk sebenarnya kepada ikan tengas, iaitu satu spesis yang mirip mirip
kelah, dan juga dipanggil sebagai false mahseer.

SEJAK 14 NOVEMBER, 2008 PENAFIAN DASAR PRIVASI DASAR KESELAMATAN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6336kelahqkingoftheriverq.html 3/3

Anda mungkin juga menyukai