Anda di halaman 1dari 5

Jika Alis Kanan bergerak-gerak akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri akan mendapat wang.


Kelopak Mata Kanan diatas bergerak akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun
bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu
mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari
sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi akan dikunjungi oleh saudara mara.
Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata
dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan dari mata turun ke
hati mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petandapetanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak berbahagia pada hari tersebut.


Kening kiri bergerak-gerak beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak akan menangis.
Kepala bergerak beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak alami kebahagiaan.
Telinga bergerak akan berkelahi.
Kepala bergerak ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal nak buang duit.
Kaki gatal asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih
mesti dah ada ulat airlah tu
Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita sematamata.

tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga
wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah


petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut
mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi
kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga
dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah
proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang
tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas
terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di
rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu
membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor,
anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan
kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Faktor penyebab
Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya
keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit
pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga
cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat
menampung bahagian atas badan yang melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan
dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang
terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Solusi
Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar
tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen,
minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit
malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas
seharian kita bekerja keras.
Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan
tidak ketat agar kaki selesa.

PETUA TRADISIONAL
Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam
air suam yang berisi garam bukit.
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan
setiap hari sehingga berpuas hati.
Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang
masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit
mati dan melicinkan bahagian ini.
Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Anda mungkin juga menyukai