Anda di halaman 1dari 16

EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar


memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu
berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru-guru juga
menjadi topic penyelidikan. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru-
Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan kerja-kerja
persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan
dan harian. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah
kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain
daripada tugas mendidik murid-murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin
murid yang menambahkan lagi beban kerja guru.
Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang
dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can live
Without experiencing some degree of stress at all. "Apakah itu tekanan ataupun stress?
Tekanan atau stress adalah satu, bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan
untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya
seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan
tersebut akan mendatangkan kesan yang positif, Fontana (1989). Tekanan terbukti
mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini
bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap
perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, dan sebagainya yang
berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor
yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti
tahap kesihatan fizikal;mental, perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang
mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi
tekanan adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana.
Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai
kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif akibat
ketahanan mental dan fizikal yang lemah.
Saya SIVA SHAKTHI MURUGAN telah menjalani praktikum selama 3 bulan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kemayan, Bera, Pahang. Daripada
pengalaman saya bersama-sama dengan warga pendidik disekolah tersebut saya
mendapati tekanan @ stress dalam kalangan murid dan guru agak serius. Maka saya
hendak berkongsi satu pelan tindakan untuk menangani masalah stress dalam kalangan
murid dan guru.

1 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH STRESS YANG DIHADAPI OLEH GURU

PSIKOSOSIAL

BIL MASALAH STRESS CARA PELAKSANAAN / LANGKAH MENGATASI


1 Masalah disiplin murid Pihak sekolah boleh menyediakan satu bilik khas untuk hukuman yang
Perlakuan dan sikap segelintir murid yang kadangkaladinamakan bilik neraka berdiri. Pihak sekolah turut menyediakan
menyakitkan hati guru. Antara contoh perlakuan muridmahkamah sekolah persendirian. Guru besar sebagai hakim dan guru
yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah disiplin sebagai peguam. Maka sesiapa yang syaki bersalah, mereka akan
datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi dibicarakan di mahkamah sekolah dan jika didapati bersalah, mereka akan
pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke dihantar ke bilik neraka berdiri. Murid akan berdiri dan mereka tidak boleh
sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap bergerak kemana-mana arahpun kerana dinding yang dibina tidak akan
biadap dengan guru. memberi laluan kepada mereka untuk bergerak. Masa untuk menjalani
hukuman ini adalah bergantung kepada kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang pelajar tersebut. Pihak sekolah boleh menentukan tempoh masa
bagi setiap jenis kes disiplin yang berlaku disekolah melalui guru disiplin.
Setelah dihukum, murid-murid ini akan dilabel sebagai pelajar neraka dan
mereka akan dibotakkan untuk 3 bulan seterusnya. Maka murid-murid lain
akan takut dan masalah disiplin ini boleh diselesaikan dengan segera.
2 Expektasi ibu bapa terhadap guru Bagi ibu bapa yang meletakkan expektasi yang tinggi terhadap guru, mereka
Ibu bapa murid memberikan harapan yang amat tinggi diminta untuk menghadiri kesekolah dan duduk bersebelahan dengan
kepada para guru untuk menjadikan anak-anak pelajar dan setiap ibu bapa akan dibekalkan dengan sebatang rotan.
mereka cemerlang dalam pelajaran. Akibat daripada Sementara guru mengajar murid, ibu bapa melihat kesungguhan anak-anak
harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru mereka belajar. Jika, Ibu bapa mendapati anak mereka tidak memberi
terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di perhatian semasa guru mengajar, mereka boleh merotan anak mereka
sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di ditempat itu juga. Dengan ini ibu bapa dapat melihat kepada kesungguhan
luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu guru-guru mengajar kepada anak mereka disekolah.
bapa dipenuhi.

3 Bebanan kerja yang terlampau 1. Memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru.

2 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

banyak Program ini memberi panduan kepada guru, bagaimana menguruskan stress semasa
Guru dibebankan dengan tugas-tugas mengajar dalam kelas dan di tempat kerja. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu
lain seperti tugas pentadbiran sekolah mengadakan program ini di setiap daerah. Setiap guru perlu diwajibkan untuk mengikuti
contohnya merancang dan menjalankan latihan ini setiap bulan. Kegagalan guru daripada menyertai program ini, boleh dihukum
aktiviti sekolah, menjadi penasihat saman sebanyak RM500 seorang.
persatuan dan kelab, menjalani kursus 2. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam
yang telah ditetapkan oleh pihak memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah
sekolah atau Jabatan Pendidikan berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberi kesan yang amat
Negeri dan sebagainya. Adakalanya mendalam kepada seorang guru. Pegawai-pegawai kesihatan daripada Kementerian
tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada Kesihatan Malaysia, setiap dua bulan perlu menghadiri ke setiap sekolah untuk
hari minggu sehingga menyebabkan memberikan perkhidmatan ini secara percuma kepada semua guru. Dengan ini guru-
guru tidak mendapat ruang waktu untuk guru sentiasa akan peka dengan tahap kesihatan mereka.
berehat dan bersama keluarga.
4 Corak pentadbiran dan tindakan 1. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (bahagian kewangan) perlu sentiasa peka dalam
Guru Besar yang kurang disenangi peruntukan sekolah. Borang soal selidik perlu dibuat dan diberikan kepada semua
Program yang diatur bukanlah untuk kakitangan sekolah untuk menilai tahap kecekapan guru besar dalam pengurusan
kepentingan sekolah atau pelajar sekolah. Guru-guru boleh menyuarakan pendapat mereka dalam bentuk tulisan melalui
sebaliknya untuk kepentingan peribadi borang soal selidik dan Pegawai PPD sendiri yang perlu hadir kesekolah untuk
Guru Besar semata-mata. Ada juga mengutipnya. Pegawai tersebut perlu menilai borang itu dalam jangka masa seminggu
guru besar yang menyalahgunakan dan jika keputusan borang tersebut didapati tidak berpuas hati maka, pegawai itu perlu
peruntukan sekolah untuk kegunaan menghadirkan diri kesekolah untuk menilai semula keputusan para guru.
peribadi. 2. Pihak Kementerian Pendidikan perlu sentiasa menempatkan semula (reposting) guru
besar daripada sebuah sekolah ke sekolah lain saban tahun. Ini disebabkan, jika guru
besar ini menggunakan peruntukan sekolah sewenang-wenangnya maka, guru besar
yang baru pada tahun hadapan akan mendapat tahu kecuaian guru besar tahun ini.
Dengan ini guru besar tahun ini, boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu digantung
kerja selama setahun tanpa gaji. Dengan ini, guru besar akan sentiasa peka dalam
menguruskan kewangan sekolah.
5. Tiada Penghargaan diberikan 1. Kementerian perlu menempatkan seorang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah
kepada guru-guru yang rajin, di sesebuah sekolah selama sebulan. Tugas mereka adalah untuk memerhatikan segala

3 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

berdedikasi, dan cemerlang pergerakan guru sambil menilai prestasi guru. Melalui ini, pegawai ini boleh mendapat tahu
dalam akademik dan bilangan guru yang sanggup berkorban untuk anak bangsa dan guru-guru yang hanya
kokurikulum. sekadar makan gaji. Sehubungan dengan ini, guru-guru disekolah akan bertungkus lumus
Terdapat guru-guru yang benar- untuk memainkan peranan dalam mempertingkatkan pencapaian murid.
benar memberi komitmen yang 2. Pejabat Pelajaran Daerah boleh menyediakan kotak pos di semua sekolah.Tujuan kotak
tinggi dalam pengajaran dan pos ini adalah untuk guru-guru yang merasakan dirinya tidak dihargai ataupun kurang
pembelajaran, namun penghargaan mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran sekolah. Maka, mereka boleh menulis
yang sewajarnya masih belum sepucuk surat dan poskan kedalam kotak pos tersebut. Posman bagi kotak ini adalah
diperolehi. Selain itu, terdapat guru- pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah dimana mereka sahaja yang layak untuk
guru yang tidak berpeluang untuk mengeluarkan segala surat yang telah diposkan oleh para guru di sesebuah sekolah.
kenaikan pangkat dan masih diiktiraf Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak pengurusan sekolah jika kotak pos ini hilang
senioritinya untuk memegang ataupun kotak ini dibuka oleh sesiapa yang tiada berkuasa. Jika segala maklumat yang
sesuatu jawatan. Adakalanya ditulis dalam surat itu benar-benar belaka, maka pihak pengurusan sekolah boleh dihukum
pandangan, pendapat dan suara mandatori. Mereka akan digantung selama setahun tanpa bergaji dan akan ditempatkan
guru-guru terhadap kebaikan disekolah baru. Jikalau tingkah laku mereka berterusan di sekolah baru mereka akan
sekolah tidak dihargai atau kurang diberhentikan daripada bekerja dan wang pencen akan dibekukan. Dengan ini pihak
mendapat perhatian yang baik dari pentadbiran sekolah akan berasa diri mereka diancam bahaya jikalau mereka berbuat
pihak pentadbiran sekolah. demikian.
6. Anggapan guru 1. Kyriacou dan Sutcliffe (1978) menyatakan bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu
Guru yang melihat gaji yang mencari pekerjaan lain. Maka sistem gaji dalam sektor pendidikan perlu dikaji semula oleh
diterima tidak seimbang Kementerian Kewangan ataupun semua guru perlu diberi guru bantuan hanya untuk membuat
dengan tugasnya kerja-kerja pengkeranian.
sedangkan mereka ini 2. Kerajaan boleh menggunakan khidmat robotik dalam menguruskan tugas-tugas lain yang
mengharapkan gaji yang diamanahkan kepada guru selain mengajar dan membimbing murid. Negara jepun memiliki
seimbang dengan tugas- perkhidmatan robotik dalam mengajar tarian, mengajar memandu kereta, robot yang menaiki tangga
tugas yang ditanggungnya. dan sebagainya. Kementerian boleh bekerjasama dengan Syarikat jepun dalam pembinaan robotik
dan pembelian robotik secara pukal untuk membantu guru dalam menyelesaikan bebanan tugas.
FIZIKAL

4 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

BIL MASALAH STRESS CARA PELAKSANAAN / LANGKAH MENGATASI


1. Kekangan sumber 1. Pihak sekolah perlu melengkapkan kemudahan-kemudahan asas dalam membantu
Kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam perhubungan
ialah
peralatan dan kemudahan antara personal.
pengajaran dan pembelajaran,2. Guru-guru dengan bantuan ibu bapa boleh mengumpul bahan-bahan kitar semula dan
(seperti laptop, projector) boleh menjual untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian projector dan
Tiada tandas untuk guru-guru laptop serta penghawa dingin.
3. Pihak pentadbiran sekolah boleh menyewa dewan sekolah untuk orang ramai bermain
lelaki. Guru-guru lelaki terpaksa
berkongsi dengan murid-murid badminton atau mengadakan sesuatu aktiviti. Dengan ini pihak pentabiran boleh mendapat
lelaki. bantuan kewangan untuk pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan bilik guru yang 4. Bagi keadaan bilik guru yang sempit, pihak pentadbiran sekolah boleh meminta guru-guru
sempit, tiada penghawa dingin yang mengajar subjek-subjek yang berkaitan dengan bilik-bilik khas seperti makmal,
menyebabkan guru bengkel, perpustakaan dan lain-lain lagi untuk duduk dibilik khas. Mereka juga dikhendaki
rasa
tertekan untuk berkerja didalam untuk berada setiap 10 minit awal mulanya hari persekolahan dan 10 minit awal tamat waktu
tempat yang panas. persekolahan di bilik guru supaya hubungan mereka dengan guru-guru lain di bilik guru
sentiasa ceria. Pihak sekolah boleh mewujudkan perkhidmatan SPA secara percuma untuk
guru-guru yang sangat letih selepas mengajar lebih daripada 4 waktu sehari.
5. Pihak pentadbiran sekolah boleh memohon daripada Pengurusan Pepajal Rumah (Indah
water) untuk membekalkan satu tandas bergerak kepada pihak sekolah. Pada setiap
hujung minggu, pekerja-pekerja Indah Water boleh membersihkan tandas bergerak.
2. Kekurangan masa Guru-guru perlu didedahkan dengan teknologi masa kini. Penggunaan teknologi dalam telefon
Kekangan masa ialah kekurangan bimbit seperti perkhidmatan chatspace dan whatsapp dimana perkhidmatan ini membolehkan
masa guru-guru untuk mengajar, kita menghubungi rakan-rakan kita tanpa sebarang caj. Penggunaan perkhidmatan secara
menghabiskan sukatan pelajaran percuma boleh menyebabkan guru-guru berkomunikasi, bertukar pandangan ataupun idea
yang diajar. dimana jua ataupun bila-bila masa sahaja.

PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH STRESS YANG DIHADAPI OLEH MURID

5 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

BIL MASALAH STRESS CARA PELAKSANAAN / LANGKAH MENGATASI


1 Peristiwa dalam keluarga 1. Guru boleh mengadakan sesi kaunseling individu untuk membantu mereka
Keluarga yang sering bertengkar, mengatasi masalah peribadinya. Guru juga boleh menggalakkan mereka menyertai
bergaduh dan kurang mesra, tidak dalam kaunseling kelompok. Guru boleh mendorong murid-murid normal supaya
menaruh minat terhadap anak-anak, mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan
bercerai, terdapat kematian dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut.
perpisahan akan membawa keadaan 2. Pihak sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-
gangguan emosi dan penyesuaian program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
kanak-kanak yang tidak stabil. Murid- tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
murid ini boleh menjadi pendiam dan masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
penakut. kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Program seperti Kursus Kepimpinan
Sekolah, Program Sekolah Penyayang, Program Melangkah Ke Alam Remaja,
Program peningkatan jati diri persediaan kearah kecemerlangan dan sebagainya.
2 Kerja rumah Guru boleh mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan memberi banyak
Sepatutnya murid berehat di rumah dan peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru
tenangkan fikiran lepas 7 jam belajar di harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk
sekolah, tetapi murid di tambah lagi membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan,
beban, dengan kerja rumah. Murid sesi buzz, tugasan perpasangan, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti
mengadu dengan ibu-bapa bahawa sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya
tangan mereka penat menulis kerja serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh
rumah, dan ada juga rungutan murid menggalakkan murid untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka
membuat kerja rumah sampai pukul 2 daripada memberi kerja rumah yang membosankan mereka serta memberi tekanan dan
pagi. guru juga gagal dalam mengukur tahap pencapaian perseorangan secara terperinci.
3 Masa belajar yang panjang. 1. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dengan membawa anak-anak
Anak-anak bangun untuk ke sekolah membuat aktiviti bench mark di sekolah-sekolah luar Negara. Dengan ini mereka
seawal jam 5.30 pagi dan pulang ke rumah dapat mengenali perbezaan waktu belajar di dalam negara dan di luar negara.
jam 2 petang. Kemudian, menghadiri kelas Masalah kewangan boleh diatasi untuk aktiviti bench mark ini dengan membuat
petang sehingga jam 4 petang. Sebelah program seperti hari masak bersama orang ramai, hari kutipan derma, pengumpulan

6 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

malam mereka menghadirirkan diri ke dan penjualan bahan terbuang, hari mencari bakat dengan menjual tiket, dan
kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini menggunakan kemahiran murid seperti menyanyi, koir, tarian untuk
pula bergantung kepada bilangan subjek mempersembahkan dalam sesuatu upacara khas dirumah-rumah sekitar sekolah
yang diambil. Ada anak terpaksa hadiri tiga untuk mengutip dana.
hingga empat kali kelas tuisyen seminggu. 2. Ibu bapa dan sekolah boleh membabitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti
Mereka juga mungkin diberikan kerja oleh diluar seperti berenang, lakonan, gimnastik, tarian dan sebagainya.
guru tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan 3. Ibu bapa boleh mengurangkan tekanan hidup anak dengan merapatkan diri mereka
terutamanya apabila tahun ini mereka dengan anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa berikan galakan dan sokongan kepada
berhadapan dengan peperiksaan besar anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat akan hal mereka. Jangan
seperti UPSR, PMR dan SPM. Selain ini, benarkan anak mereka menyembunyikan masalah besar dari pengetahuan ibu bapa.
waktu cuti pun tidak dapat cuti. Waktu Ibu bapa perlu sentiasa mengorek rahsia mereka dan pandai membaca perasaan
perayaan pun terpaksa bawa kerja yang ada di lubuk hati mereka. Ibu bapa boleh memberikan hadiah sebagai galakan
sekolah, sehinggakan apabila balik dan elakkan dari terlalu banyak berleter pada anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa
kampung, beg sekolah pun terpaksa bersikap positif dalam apa jua perkara yang anak mereka hadapi.
dibawa bersama.
4 Komunikasi guru dalam bilik darjah yang lemah. 1. Penggunaan bahan ICT untuk komunikasi dalam bilik darjah.
Komunikasi tidak berkesan apabila ketidakwujudan Guru boleh merekodkan suara tentang kandungan
persefahaman yang mendorong kepada hubungan yang lemah matapelajaran (kemahiran) yang hendak diajar di rumah.
di antara mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan Dikelas, guru hanya perlu menekan butang (play) untuk
pembelajaran, guru menggunakan peneguhan negatif dalam mengajar. Bahan-bahan yang guru rekodkan akan dimainkan
bentuk verbal (marah) seperti bodoh, hodoh, dengan dan tugas guru hanya membimbing murid sahaja. Komunikasi
berangkapan murid tidak akan berulang kesalahanya. Tetapi guru dengan setiap pelajar akan lebih erat.
murid beranggapan bahawa mereka dimarah dihadapan 2. Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mengurangkan
dengan kawan-kawanya dan asyik memikirkannya lalu suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid
menyebabkan mereka dihimpit stress. berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat
kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid
berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti kumpulan.
5 Ujian/Peperiksaan/PBS 1. Ibubapa boleh membelikan buku-buku yang berkaitan dengan

7 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Murid akan menduduki ujian selama 4 kali dalam setahun. Bagi teknik-teknik menguruskan masa dan menghadiahkannya
murid-murid yang menghadapi UPSR, mereka perlu hadir ke semasa hari jadi, kepada anak yang mengalami ganguan emosi.
kelas tambahan setiap hari selepas waktu sekolah tamat. Ada Ibubapa bersama guru-guru boleh juga memberikan beberapa
juga kelas tambahan yang diadakan dalam cuti sekolah. Bagi tunjuk ajar tentang cara menguruskan masa masing-masing.
murid-murid yang terlibat dalam PBS (Pentaksiran Berasaskan 2. Ibu bapa boleh sama-sama bermain permainan kegemaran
Sekolah) mereka sentiasa mengejar untuk mencapai band 6. anak seperti dam, catur, snake and ladder, scrabble atau uno di
Dalam mencapai band 6, pelbagai aktivti yang bersesuaian samping menonton rancangan televisyen kegemaran mereka
dengan band ini, perlu diselesaikan dan ini secara tidak bagi membantu anak-anak merasakan tenteram dan lega untuk
langsung membawa murid ke alam stress. meluangkan masa bersama ibu-bapa.

6 Expektasi ibu bapa terhadap anak Ibu bapa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang
Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah boleh membina keyakinan mereka untuk terus belajar. Contoh
menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan tempat-tempat seperti hospital pakar, Jurutera Perunding,
anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Ibu Mahkamah, Lapangan terbang untuk menunjukkan apakah
bapa yang berkemampuan melakukan apa sahaja dan sanggup kelebihan jika seseorang memperolehi ilmu. Murid dapat
mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak memotivasikan diri sendiri untuk melihat kesungguhan doktor pakar,
mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa rasa malu jika anak jurutera, peguam, pilot dalam membawa diri mereka di khalayak
mereka hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR. Mereka orang ramai. Motivasi ini boleh menjadi sebagai satu dorongan
mahukan 5A. Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka kepada murid-murid untuk belajar dengan tekun. Maka, ibu bapa
tidak memberi tekanan tersebut, namun anak-anak tahu boleh mengurangkan ekpektasi mereka terhadap pembelajaran
harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila anak-anak gagal anak-anak mereka. Anak-anak akan mula untuk memberi perhatian
memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka. pada alam pekerjaan mereka setelah melihat kepada tempat-tempat
tersebut.

FIZIKAL

BIL MASALAH STRESS CARA PELAKSANAAN / LANGKAH MENGATASI

8 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Kekurangan alatan untuk aktiviti kokurikulum 1. Guru-guru boleh meminta bantuan daripada (BAM) Badminton
1 seperti raket badminton, bola sepak. Association of Malaysia, (FAM) Football Association of Malaysia
Guru-guru memaksa murid untuk membeli raket untuk menyumbangkan raket dan bola sepak khas untuk murid-murid
badminton dan mengarahkan setiap ketua kumpulan sekolah.
untuk membawa bola sepak masing-masing. Ini secara 2. Pihak sekolah bersama dengan Persatuan Penggiat Ukir Kayu Malaysia
tidak langsung menyebabkan murid stress kerana boleh berkerjasama dalam menghasilkan badminton kayu dengan
keseluruhan murid-murid yang datang kesekolah adalah menggunakan kayu yang berjenis lembut. Kayu ini boleh didapati di
dari keluarga miskin. Keesokan harinya mereka akan persekitaran sekolah kerana sekolah ini dikelilingi dengan pokok getah.
teragak-agak untuk datang ke sekolah kerana takut guru Kayu getah dikatakan amat sesuai untuk seni ukiran. Dengan ini murid
akan memarahi mereka kerana tidak membeli barang- dapat bermain dengan badminton yang diperbuat dengan kayu ukiran
barang yang diminta oleh guru subjeknya. dan secara tidak langsung seni ukiran kayu dapat dipertingkatkan.
2 Masalah tiada bumbung dari pondok jaga hingga ke 1. Pihak pentadbiran boleh menyediakan kemudahan tram dari pondok
bangunan kelas jaga hingga ke bangunan kelas. Tram ini boleh berfungsi pada setiap
Murid-murid mengeluh kerana tiada bumbung pagi (hari persekolahan sahaja) selepas sahaja ketibaan murid ke pintu
disediakan untuk mereka berjalan dari pondok jaga gerbang sekolah dikesan. Tram ini juga boleh berfungsi selepas sahaja
sehingga ke bangunan kelas. Jarak dari pondok jaga waktu persekolahan tamat untuk membawa penumpang (murid) dari
sehingga bangunan kelas adalah dalam 100m. Jikalau bangunan kelas balik ke pondok jaga.
hari hujan, murid terpaksa lari dari pondok jaga hingga 2. Pembinaan exclator bertutup dari pondok jaga sehingga ke bangunan
ke kelas mereka. Guru Hal Ehwal Murid mengadukan kelas boleh dibina. Murid hanya perlu berdiri sahaja dan selepas sahaja
bahawa ada juga murid yang jatuh sehingga cederah butang ditekan exclator bertutup ini akan bergerak. Maka murid-murid
parah semasa lari ke kelas kerana takut dirinya dibasahi tidak perlu lagi berjalan dibawah panas matahari ataupun hari hujan.
oleh hujan. Selepas waktu sekolah tamat, murid-murid Murid juga tidak lagi akan rasa sakit kaki dan mereka tidak akan rasa
juga lari ke pondok jaga kerana murid-murid tidak dapat keluh selepas sahaja loceng akhir berbunyi.
menahan kepanasan matahari. Ini menyebabkan murid
mengalami stress setiap hari kerana risau akan
pergerakan mereka keluar dari sekolah selepas sahaja
tamat waktu persekolahan kerana amat jauh untuk
mereka balik ke pondok jaga.
3 Buku-buku teks dan latihan serta alat-alat tulis yang 1. Setiap kelas akan di pasangkan CCTV (Closed Circuit TeleVision).
sentiasa hilang didalam kelas. Segala benda yang berlaku didalam kelas akan direkodkan. Jika

9 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Murid sentiasa mengadu bahawa buku teks dan alat- didapati alatan ataupun barang-barang keperluan murid hilang ataupun
alat tulisan hilang. Ada juga ibu-bapa yang datang ke dicuri, maka guru-guru boleh melihat semula scenario kelas dalam
sekolah, marah dan memaki guru-guru walaupun CCTV untuk mendapatkan bukti bagi kes kecurian. Sehubungan dengan
kecuaian itu terlatak diatas bahu anak-anak mereka ini setiap murid akan sentiasa berwasapada dalam tingkah laku mereka
sendiri. Murid-murid juga dipukul dirumah kerana kerana takut dirinya sentiasa diawasi oleh guru kelas.
menghilangkan alatan tulis dan buku teks. Anak-anak 2. Loker patung akan dibekalkan kepada setiap kelas. Murid-murid
tidak mahu hadir ke sekolah kerana takut barang- dilarang membawa ataupun membawa pulang buku-buku serta alatan
barang keperluan yang lain akan hilang juga dan tulis. Selepas sahaja setiap waktu subjek tamat murid perlu meletakkan
seterusnya akan dipukul oleh ibu bapanya. Bagi buku buku-buku subjek berkenaan ke dalam loker tersebut. Bagi subjek baru,
teks yang dihilangkan oleh seseorang murid, mereka mereka hanya akan mengeluarkan buku-buku subjek berkenaan sahaja.
perlu membayar semula harga buku teks sebagai ganti Pada waktu rehat mereka perlu memasukkan semula kesemua buku
rugi. Alat-alat tulisan dan percetakan buku semula tidak dan ini perlu diawasi oleh guru yang mengajar sebelum rehat. Selepas
lagi murah seperti zaman ke 90an. Kini harga pensel murid memasukkan kesemua buku dan alatan tulis, adalah menjadi
dah jauh berbeza dengan harga sekarang. Maka ibu tugas guru untuk mengunci loker dan berikan kepada guru subjek yang
bapa tidak dapat menampung untuk membelikan seterusnya. Dengan ini bebanan kerja rumah, sakit belakang kerana
barangan keperluan anak-anak sedangkan barang- membawa banyak buku, kes kecurian buku boleh diatasi dan murid
barang keperluan harian pula diharapkan daripada boleh datang kesekolah dengan harapan dan bukanya pulang dengan
bantuan kemiskinan daripada Yayasan Negeri Pahang. hampaan.
Maka murid mengalami stress dalam perkara ini.

10 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Pada majlis pelancaran sambutan hari guru kali ke-42 yang bertempat di stadium
tertutup Nilai, Negeri Sembilan, Tan Sri Dato Hj Muhyiddin hj Mohd Yassin, timbalan
perdana menteri merangkap menteri pelajaran dan pengajian tinggi Malaysia telah
memberi ucapan beliau dalam tema Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda. Dalam
ucapan beliau, beliau telah mengariskan beberapa cadangan atau saranan untuk
mempertingkatkan mutu, kualiti dan profesionalisme guru di Malaysia.
Antara saranan ialah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru opsyen
Bahasa Inggeris. Dengan menyedari kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa
global beberapa saranan telah diutarakan dan telah dilaksanakan bagi meningkatkan
profesionalisme guru dalam mengajar Bahasa Inggeris. Antara saranan yang boleh
mempertingkatkan profesionalisme keguruan yang kita mendapati melaui teks ucapan
oleh Timbalan Perdana Menteri ialah setakat ini, 61,000 orang guru Bahasa Inggeris
telah diuji melalui Cambridge Placement Test (CPT) bagi mengenal pasti tahap
profisiensi guru dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan analisis keputusan CPT yang telah
dilaksanakan, kohort pertama yang terdiri daripada 5,000 guru telah memulakan latihan
bagi meningkatkan lagi tahap profisiensi mereka. Ini secara tidak langsungnya akan
meningkatkan profisiensi guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran mereka. Di
samping itu, kursus-kursus seumpama ini telah dapat meningkatkan pengetahuan guru-
guru bahasa Inggeris dalam merancang proses pengajaran dengan lebih efisien.
Seterusnya saranan program seperti Profesional English language Teaching (Pro-ELT)
yang akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris yang
berkenaan juga dapat meningkatkan tahap professional guru Bahasa Inggeris kita.
Seterusnya, peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339
Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan
Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara
menjelang 2014. Ini diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui Program
Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih berkenaan berperanan
membantu meningkatkan prestasi tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik di sekolah yang berprestasi lemah.
Langkah ini merupakan satu cadangan yang baik bagi memotivasikan guru bagi
meningkatkan kepakaran mereka dalam pengajaran mereka. Ini kerana saranan
seumpama ini membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran
yang lebih efisyen di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap dengan bimbingan
guru-guru pembimbing ini. Saranan untuk mentransformasi PPD ini juga mampu

11 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

meyakinkan guru sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolah dengan pengurangan


sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 terutama di sekolah-sekolah
pedalaman. Dengan bimbingan seumpama ini guru-guru dapat meningkatkan lagi
profesionalisme keguruan mereka dengan menyedari teknik-teknik baru serta strategi
pengajaran yang pelbagai bagi meningkatkan prestasi akademik murid-murid yang
lemah.
Saranan seterusnya ialah, dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru
dikehendaki berperanan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf
dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi
pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi. Oleh itu,
guru-guru disarankan untuk memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi
pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran
serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang holistik. Saranan kepada guru untuk meningkatkan daya fikir ini
mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru untuk mencipta kaedah baru bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna dan
meningkatkan penglibatan murid. Sudah tentu, kesudian guru untuk menanamkan sikap
berfikir mampu melonjakkan lagi profesionalisme guru itu sendiri di samping
mewujudkan satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang produktif.
Saranan seterusnya ialah pemerkasaan guru melalui latihan yang berterusan. Ia
sememangnya amat penting bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Kita harus
menyedari modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu
pembangunan negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, saranan untuk
meningkatkan aspek pendidikan guru menjadi agenda utama kementerian. Pelan induk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) baharu dan pangkalan data
pengesanan CPD ditubuhkan bagi memantap dan mengukuhkan ilmu pengetahuan
akan dilaksanakan. Ini dapat meningkatkan kewibawaan atau profesionalisme guru
kerana CPD ini dapat membangunkan kapasiti dan disamping dapat mengukuhkan nilai
profesional untuk meningkatkan kualiti diri dan kompetensi dalam profesion seiring
dengan aspirasi negara.
Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi penekanan yang
baru terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek. Saranan Kerajaan dalam dasarnya
menjelaskan pendidkan sukan dapat membina dan menjana modal insan yang berguna

12 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

kepada bangsa dan negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan sukan
secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam
kalangan murid-murid di sekolah. Dalam hal ini, guru menjadi agenda utama
kementerian dalam memperkasakan pendidikan sukan. Guru-guru dalam pendidikan
sukan dilatih semula melalui pusat latihan di sekolah tertentu sebagai langkah awal
untuk memastikan objektif dasar ini tercapai. Selain ini, Program Diploma Antarabangsa
Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan
Jasmani di Malaysia. Ini merupakan satu program yang diadakan bertujuan dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan
jasmani serta meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
pendidikan jasmani. Ini secara tidak langsung meningkatkan professional keguruan bagi
seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dimana ilmu sukan itu
dapat membantu guru-guru menjadikan murid-murid sebagai seorang model insan
syumul dan holistik.
Saranan yang seterusnya adalah tentang kelestarian, kemajuan dan
kemakmuran negara yang terletak pada keupayaan guru untuk memupuk perpaduan
dan keharmonian kaum yang berkekalan. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid
pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, guru perlu melaksanakan pelbagai program
yang menjurus ke arah penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Usaha
memperkenalkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid
merupakan satu langkah yang baik untuk mewujudkan integrasi nasional di semua jenis
sekolah.
Selain daripada ini, murid-murid juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa
serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf,
bak kata pepatah Tak kenal maka tidak cinta. Kalau generasi muda tahu akan pahit
maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara, tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan
kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif. Saranan ini
meningkatkan kewibawaan atau profesionalisme guru kerana guru dapat mengukuhkan
nilai profesional dengan meningkatkan kefahaman diri dan murid-murid tentang
pengorbanan pejuang tanah air seiring dengan aspirasi negara untuk mencapai
perpaduan dan integritI nasional yang utuh dan tidak terbelah bahagi.
Di samping itu, saranan ini juga menyeru para guru dalam meningkatkan
perpaduan kaum dengan mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

13 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Pemerhatian murid-murid kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan


semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya,
kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,
Belanda dan Inggeris. Selain ini guru-guru juga boleh mendedahkan kepada anak murid
tentang Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari
Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam
mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Murid-murid perlu diberi kesedaran
betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara. Saranan-saranan
seumpama ini membantu meningkatkan kesedaran guru kepada kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen bagi merealisasikan objektif
kelestarian, kemajuan dan kemakmuran negara.
Di samping itu, seramai 20 000 guru akan dinaikkan pangkat berdasarkan
prestasi. Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan memberikan pengiktirafan
kepada usaha guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Lantaran
itu, peluang kenaikan pangkat ini memberikan semangat dan dorongan kepada semua
guru untuk meningkatkan prestasi. Secara tidak langsung, usaha ini dapat
mempertingkatkan profesionlisme keguruan dan memastikan pendidikan negara terus
berkualiti.
Akhir sekali, memperkasakan pendidikan guru yang ditawarkan di instituti-institut
pendidikan guru di Malaysia. Dimana IPG perlu mengorak langkah memperluaskan
pasaran latihan perguruan ke luar negara dan ini secara tidak langsung akan
melebarkan kebolehpasaran graduan IPG sendiri. Keadaan ini bukan sahaja dapat
meningkatkan aspek pendidikan guru malah memberi peluang untuk menghasilkan
kurikulum pendidikan guru bertaraf antarabangsa. Dengan adanya usaha berterusan
sebegini dapat kita melonjakkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan
disamping ianya dapat meningkatkan profesion keguruan.
Secara tuntasnya, saranan-saranan yang telah dikemukakan oleh Menteri
Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia mampu, melonjakkan tahap profesionalisme
guru ke persada global. Jikalau semua warga pendidik mangambil inisiatif yang
berterusan untuk melaksanakan saranan-saranan Kementerian Pendidikan Malaysia
sudah pasti keadaan ini mampu menjayakan transformasi pendidikan bagi memenuhi
hasrat dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara maju dari aspek sosial,
politik dan ekonomi menjelang tibanya tahun 2020.

14 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Fokus utama tugasan EDU 3108 (Guru dan Cabaran Semasa) ialah untuk
mengetahui masalah stress yang wujud di dalam sistem pendidikan dalam kalangan
guru dan murid serta menterjemahkan saranan-saranan yang terdapat dalam ucapan
Sambutan Hari Guru 2013 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia.
Banyak pengetahuan yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan
tugasan ini. Antaranya ialah maksud stress, bagaimanakah seseorang guru ataupun
murid boleh dihimpit dengan masalah stress. Saya telah mempelajari cara menguruskan
masalah stress jikalau saya menghadapi masalah stress selepas saya mula berkerja di
sekolah nanti. Tugasan ini amat membantu saya dalam mengenali diri saya serta
peranan saya dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
mempertingkatkan mutu, kualiti dan profesionalisme guru di Malaysia.
Kata stress yang bermula dari sebuah kata latin stringere yang bererti
ketegangan, dan tekanan. Stress ataupun Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang
mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang
sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh
dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental.
Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang
merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan
buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa
kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit
kepala yang amat sangat).
Dalam soalan pertama saya telah menganalisi masalah-masalah stress yang
dialami oleh guru-guru dan murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang
Kemayan dari aspek psikososial dan fizikal. Saya telah membina jadual pelan tindakan
dengan menggunakan dua aspek ini. Sebelum membina jadual saya telah menganalisis
tekanan yang dihadapi oleh seseorang guru dari aspek fizikal dan psikososial dengan
menemuramah 5 orang guru-guru disekolah melalui telefon bimbit. Hasil daripada
temuramah, saya mendapati seseorang guru menghadapi stress disebabkan masalah
disiplin murid, ekspektasi ibu bapa terhadap guru, bebanan guru yang melampaui
batasan, tiada penghargaan diberikan kepada guru-guru yang cemerlang dan
sebagainya. Masalah-masalah ini mampu diatasi jika diuruskan dengan baik. Maka saya
telah menghasilkan satu pelan tindakan khas untuk guru-guru dan menyenaraikan
beberapa cadangan dalam mengatasi masalah tekanan ini.

15 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8
EDU 3108 (GURU DAN CABARAN SEMASA) 2013

Seterusnya saya juga telah menemuramah 10 orang murid dari sekolah


berkenaan dengan menelifon dengan bantuan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En.Sivashangkar. Beliau membantu saya dalam mengumpul maklumat yang berkaitan
dengan tajuk tugasan ini. Hasil daripada temuramah dalam telefon, saya mendapati
seseorang murid menghadapi tekanan dari aspek fizikal dan psikososial jika keluarga
murid kucar-kacir, kerja rumah yang berlebihan, komunikasi guru dalam bilik darjah, skor
dalam ujian penggal dan sebagainya. Saya juga telah menganalisis masalh-masalah ini
dan berjaya menghasilkan satu pelan tindakan khas untuk murid-murid dalam
menangani masalah stress.
Bagi soalan kedua, saya bersama dengan kawan-kawan telah membaca Ucapan
Sambutan Hari Guru 2013 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia. Kami telah membuat ulasan dengan menterjemahkan saranan-
saranan yang terdapat dalam ucapan dalam meningkatkan profesionalisme keguruan.
Antara saranan-saranan yang dibincangkan ialah Profesional English language
Teaching (Pro-ELT) yang akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru
Bahasa Inggeris yang dapat meningkatkan tahap professional guru Bahasa Inggeris
negara. Selain ini, peranan guru dalam melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap
bertaraf dunia. Saranan Kerajaan dalam dasarnya menjelaskan pendidkan sukan dapat
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Dalam
hal ini, guru menjadi agenda utama kementerian dalam memperkasakan pendidikan
sukan. Salah satu saranan yang penting buat semua guru adalah kesungguhan
kerajaan dalam memberikan pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal
insan yang berpersonaliti unggul. Peluang kenaikan pangkat ini memberikan semangat
dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi. Selain ini, Kementerian
berusaha dalam meningkatkan aspek pendidikan guru menjadi agenda utama dalam
mempertingkatkan serta memperkasakan pendidikan guru yang ditawarkan di instituti-
institut pendidikan guru di Malaysia.
Kesimpulanya, tugasan ini juga telah mendorong saya untuk memikirkan
kaedah-kaedah yang sesuai serta berinovatif dalam mengelakkan masalah stress untuk
aplikasikan semasa saya berada di sekolah kelak. Saya perlu memikirkan cara-cara
yang berinovatif supaya ia dapat memberi peluang kepada saya, murid dan pihak
pentadbiran sekolah untuk berfikiran lebih luas serta matang dalam menangani masalah
stress. Saya amat berpuas hati kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna dan berjaya.

16 SIVA SHAKTHI MURUGAN A/L PALRAJU/ PISMP (PENGAJIAN TAMIL) AMB JAN 2010/ SEM 8

Anda mungkin juga menyukai