Anda di halaman 1dari 16

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar

memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang


begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru-
guru juga menjadi topic penyelidikan. Muhamad (1995) memetik laporan
Kongres Kesatuan Guru-Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru
menghadapi tekanan dengan kerja-kerja persediaan mengajar seperti
menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Di dalam
bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan karenah dan bilangan murid
yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga mengakui profesion guru amat
mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa menangani
masalah pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang
banyak untuk diselesaikan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama
guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja
guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid-murid, guru-guru
perlu berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban
kerja guru.
Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti
yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No
one can live Without experiencing some degree of stress at all. "Apakah itu
tekanan ataupun stress? Tekanan atau stress adalah satu, bentuk permintaan
yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta
seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan
menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan
kesan yang positif, Fontana (1989). Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang
menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal
seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima.
Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka
sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu
dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut
tertekan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang
boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk
berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara
fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan
sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut
sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang
lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung
kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu
seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut
secara positif.
Tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan
luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti
tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia
lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan
sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor
dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam
menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental,
emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai
tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan
disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka
bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang
mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk
mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-
sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.
Saya SIVA SHAKTHI MURUGAN telah menjalani praktikum selama 3
bulan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kemayan, Bera, Pahang.
Daripada pengalaman saya bersama-sama dengan warga pendidik disekolah
tersebut saya mendapati tekanan @ stress dalam kalangan murid dan guru agak
serius. Maka saya hendak berkongsi satu pelan tindakan untuk menangani
masalah stress dalam kalangan murid dan guru.
PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH STRESS YANG DIHADAPI OLEH GURU

PSIKOSOSIAL

BIL MASALAH STRESS CARA PELAKSANAAN / LANGKAH MENGATASI


1 Masalah disiplin pelajar Pihak sekolah menyediakan satu bilik khas untuk tujuan khas hukuman
Perlakuan dan sikap segelintir murid yang yang dinamakan bilik neraka berdiri. Pihak sekolah turut mernyediakan
kadangkala menyakitkan hati guru. Antara mahkamah sekolah sendiri. Guru besar akan menjadi sebagai hakim
contoh perlakuan murid yang dan guru disiplin sebagai peguam. Maka sesiapa yang didapati
membangkitkan kemarahan guru bersalah, mereka akan dibicarakan di mahkamah sekolah dan jika
termasuklah datang lewat ke kelas, didapati bersalah mereka akan dihantar ke bilik neraka berdiri. Murid
membuat bising ketika sesi pengajaran akan berdiri dan mereka tidak boleh bergerak kemana-mana arahpun
dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke kerana dinding yang dibina tidak akan memberi laluan kepada mereka
sekolah tanpa alasan yang munasabah untuk bergerak. Masa untuk menjalani hukuman ini adalah bergantung
dan bersikap biadap dengan guru. kepada kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pelajar tersebut.
Pihak sekolah boleh menentukan tempoh masa bagi setiap jenis kes
disiplin yang berlaku disekolah melalui guru disiplin. Setelah dihukum,
murid-murid ini akan dilabel sebagai pelajar neraka dan mereka akan
dibotakkan untuk 3 bulan seterusnya. Maka murid-murid lain akan takut
dan masalah disiplin ini boleh diselesaikan dengan segera.
2 Expektasi ibu bapa terhadap guru Bagi ibu bapa yang meletakkan expektasi yang tinggi terhadap guru,
Ibu bapa murid memberikan harapan yang mereka diminta untuk menghadirikan diri kesekoah dan duduk
amat tinggi kepada para guru untuk bersebelahan dengan pelajar dan setiap ibu bapa akan dibekalkan
menjadikan anak-anak mereka cemerlang dengan sebatang rotan. Sementara guru mengajar murid, ibu bapa
dalam pelajaran. Akibat daripada harapan melihat kesungguhan anak-anak mereka belajar. Jika, Ibu bapa
yang terlampau tinggi, kebanyakan guru mendapati anak mereka tidak memberi perhatian semasa guru
terpaksa menghabiskan banyak masa mengajar, mereka boleh menghukum anak mereka ditempat itu juga.
mereka di sekolah untuk mengadakan Dengan ini guru dapat melihat kepada kesungguhan guru-guru
kelas-kelas tambahan di luar waktu mengajar anak mereka disekolah.
persekolahan bagi memastikan harapan
ibu bapa dipenuhi.
3 Bebanan kerja yang terlampau banyak 1. Memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk
Guru dibebankan dengan tugas-tugas lain golongan-golongan guru. Program ini memberi panduan kepada
seperti tugas pentadbiran sekolah guru, bagaimana menguruskan stress semasa mengajar dalam
contohnya merancang dan menjalankan kelas dan di tempat kerja. Kemeterian Kesihatan Malaysia perlu
aktiviti sekolah, menjadi penasihat mengadakan program ini di setiap daerah. Setiap guru perlu
persatuan dan kelab, menjalani kursus diwajibkan untuk mengikuti latihan ini setiap bulan. Kegagalan guru
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah daripada menyertai program ini, boleh dihukum saman sebanyak
atau Jabatan Pendidikan Negeri dan RM500 seorang.
sebagainya. Adakalanya tugas-tugas ini 2. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan
perlu diselesaikan pada hari minggu oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada
sehingga menyebabkan guru tidak dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap
mendapat ruang waktu untuk berehat dan kesihatan mereka kerana hal ini memberi kesan yang amat
bersama keluarga. mendalam kepada seorang guru. Pegawai-pegawai kesihatan
daripada Kemeterian Kesihatan Malaysia, setiap dua bulan perlu
menghadiri ke setiap sekolah untuk memberikan perkhidmatan ini
secara percuma kepada semua guru. Dengan ini guru-guru sentiasa
akan peka dengan tahap kesihatan mereka.
4 Corak pentadbiran dan tindakan Guru 1. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (bahagian kewangan) perlu
Besar yang kurang disenangi sentiasa peka dalam peruntukan sekolah. Borang soal selidik perlu
Program yang diatur bukanlah untuk dibuat dan diberikan kepada semua kakitangan sekolah untuk
kepentingan sekolah atau pelajar menilai tahap kecekapan guru besar dalam pengurusan sekolah.
sebaliknya untuk kepentingan peribadi Guru-guru boleh menyuarakan pendapat mereka dalam bentuk
Guru Besar semata-mata. Ada juga guru tulisan melalui borang soal selidik dan Pegawai PPD sendiri yang
besar yang menyalahgunakan peruntukan perlu hadir kesekolah untuk mengutipnya. Pegawai tersebut perlu
sekolah untuk kegunaan peribadi. menilai borang itu dalam jangka masa seminggu dan jika keputusan
borang tersebut didapati tidak berpuas hati maka, pegawai itu perlu
menghadirkan diri kesekolah untuk menilai semula keputusan para
guru.
2. Pihak Kementerian Pendidikan perlu sentiasa menempatkan
(reposting) guru besar daripada sebuah sekolah ke sekolah lain
pada setiap tahun. Ini disebabkan, jika guru besar ini menggunakan
peruntukan sekolah sewenang-wenagnya maka, guru besar yang
baru pada tahun hadapan akan mendapat tahu kecuaian guru besar
tahun ini. Dengan ini guru besar tahun ini, boleh dikenakan
hukuman mandatori iaitu digantung kerja selama setahun tanpa
gaji. Dengan ini, guru besar akan sentiasa peka dalam
menguruskan kewangan sekolah.
5. Tiada Penghargaan diberikan kepada 1. Kementerian perlu menempatkan seorang pegawai daripada
guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan Pejabat Pelajaran Daerah di sesebuah sekolah selama sebulan.
cemerlang dalam akademik dan Tugas mereka adalah untuk memerhatikan segala pergerakan guru
kokurikulum. sambil menilai prestasi guru. Melalui ini, pegawai ini boleh
Terdapat guru-guru yang benar-benar mendapat tahu bilangan guru yang sanggup berkorban untuk anak
memberi komitmen yang tinggi dalam bangsa dan guru-guru yang hanya sekadar makan gaji.
pengajaran dan pembelajaran, namun Sehubungan dengan ini, guru-guru disekolah akan bertungkus
penghargaan yang sewajarnya masih lumus untuk memainkan peranan dalam mempertingkatkan
belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru- pencapaian murid.
guru yang tidak berpeluang untuk 2. Pejabat Pelajaran Daerah boleh menyediakan kotak pos di semua
kenaikan pangkat dan masih diiktiraf sekolah.Tujuan kotak pos ini adalah untuk guru-guru yang
senioritinya untuk memegang sesuatu merasakan dirinya tidak dihargai ataupun kurang mendapat
jawatan. Adakalanya pandangan, perhatian daripada pihak pentadbiran sekolah maka, mereka boleh
pendapat dan suara guru-guru terhadap menulis sepucuk surat dan poskan kedalam kotak pos tersebut.
kebaikan sekolah tidak dihargai atau Posman bagi kotak ini adalah pegawai daripada Pejabat Pelajaran
kurang mendapat perhatian yang baik dari Daerah dimana mereka sahaja yang layak untuk mengeluarkan
pihak pentadbiran sekolah. segala surat yang diposkan oleh para guru di sesebuah sekolah.
Tindakan akan diambil terhadap pihak pengurusan sekolah jika
kotak pos ini hilang ataupun kotak ini dibuka oleh sesiapa yang
tiada kuasa. Jika segala maklumat yang ditulis dalam surat itu
benar-benar belaka maka pihak pengurusan sekolah boleh dihukum
mandatory. Mereka akan digantung selama setahun tanpa bergaji
dan akan ditempatkan disekolah baru. Jikalau tingkah laku mereka
berterusan di sekolah baru mereka akan diberhentikan daripada
bekerja. Dengan ini pihak pentadbiran sekolah akan berasa diri
mereka diancam bahaya jikalau mereka berbuat demikian.
6. Anggapan guru Kyriacou dan Sutcliffe (1978) menyatakan bahawa gaji yang rendah
Guru yang melihat gaji yang diterima tidak menyebabkan seseorang itu mencari pekerjaan lain. Maka sistem gaji
seimbang dengan tugasnya sedangkan dalam sektor pendidikan perlu dikaji semula oleh Kementerian
mereka ini mengharapkan gaji yang Kewangan ataupun semua guru perlu diberi guru bantuan hanya untuk
seimbang dengan tugas-tugas yang membuat kerja-kerja pengkeranian.
ditanggungnya.
7. Hubungan interpersonal dalam sekolah
(Hubungan guru dengan guru, guru
dengan guru besar, guru dengan pegawai
dan jabatan pendidikan, hubungan guru
dengan staf sokongan, hubungan guru
dengan murid dan hubungan antara guru
dengan ibu bapa, penjaga atau waris
pelajar) Perhubungan yang ada kalanya
dingin antara guru-guru boleh
mempengaruhi dan memberikan implikasi
yang kurang baik terhadap kualiti kerja
guru-guru tersebut.
8. Keputusan Peperiksaan
Kecemerlangan dan kehebatan sesebuah
sekolah itu diukur hanya dengan
keputusan UPSR. Bagi negeri-negeri yang
pencapaian mereka kurang baik maka
pegawai-pegawai pelajaran di peringkat
negeri akan melenting lalu menyalahkan
pegawai-pegawai di peringkat daerah.
Pegawai-pegawai di peringkat daerah pula
akan menjadikan guru-guru besar dalam
daerah mereka sebagai sasaran untuk
melepaskan kemarahan mereka. Akhirnya,
apabila di sekolah pula, guru besar akan
memarahi guru-guru yang mengajar tahun
enam.
FIZIKAL

MASALAH STRESS LANGKAH MENGATASI


1. Kekangan sumber 1. Pihak sekolah perlu melengkapkan kemudahan-kemudahan asas
1. Kekurangan sumber ialah peralatan dan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas
kemudahan pengajaran dan yang sesuai dan peka dalam perhubungan antara personal.
pembelajaran, (seperti laptop, projector) 2. Guru-guru dengan bantuan ibu bapa boleh mengumpul bahan-
keadaan bilik guru yang sempit, bahan kitar semula dan boleh menjual untuk mendapatkan bantuan
kekurangan kelas, tuntutan sukatan kewangan untuk pembelian projector dan laptop.
pelajaran dan lain-lain. 3. Pihak pentadbiran sekolah boleh menyewa dewan sekolah untuk
2. Tiada tandas untuk guru-guru lelaki. orang ramai bermain badminton atau mengadakan sesuatu aktiviti.
Mereka terpaksa untuk berkongsi Dengan ini pihak pentabiran boleh mendapat bantuan kewangan
dengan murid-murid lelaki. untuk pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran.
4. Bagi keadaan bilik guru yang sempit, pihak pentadbiran sekolah
boleh meminta guru-guru yang mengajar subjek-subjek yang
berkaitan dengan bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel,
perpustakaan dan lain-lain lagi untuk duduk dibilik khas. Mereka
juga dikhendaki untuk berada setiap 10 minit awal mulanya hari
persekolahan dan 10 minit awal tamat waktu persekolahan di bilik
guru supaya hubungan mereka dengan guru-guru lain di bilik guru
sentiasa ceria.
5. Kementerian boleh menambah kakitangan sokongan.
Pertambahan kakitangan sokongan boleh mengurangkan beban
tugas guru.
6. Pihak pentadbiran sekolah boleh memohon daripada Pengurusan
Pepajal Rumah (Indah water) untuk membekalkan satu tandas
bergerak kepada pihak sekolah. Pada setiap hujung minggu,
pekerja-pekerja Indah Water boleh membersihkan tandas bergerak.
2. Kekurangan masa
Kekangan masa ialah kekurangan masa
guru-guru untuk mengajar, menghabiskan
sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan
masa rehat yang singkat.

PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH STRESS YANG DIHADAPI OLEH MURID

MASALAH STRESS LANGKAH MENGATASI


Peristiwa dalam keluarga 1. Murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat
Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan pendiam, penakut, pemalu, guru boleh mengadakan sesi
kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak- kaunseling individu untuk membantu mereka mengatasi
anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan masalah peribadinya. Selepas itu guru juga boleh
akan membawa keadaan gangguan emosi dan menggalakkan mereka menyertai dalam kaunseling kelompok.
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Murid- Guru boleh mendorong murid-murid normal supaya mereka
murid ini boleh menjadi pendiam dan penakut. dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam
kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid
bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang
bermasalah mengalami gangguan emosi.
2. Pihak sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh
menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan
sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku.
Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial,
meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Program seperti
Kursus Kepimpinan Sekolah, Program Sekolah Penyayang,
Program Melangkah Ke Alam Remaja, Program peningkatan
jati diri persediaan kearah kecemerlangan dan sebagainya.
Kerja rumah Guru boleh mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Aktiviti
Sepatutnya murid berehat di rumah dan tenangkan kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk
fikiran lepas 7 jam belajar di sekolah. Akan tetapi berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus
murid di tambah lagi beban, dengan kerja rumah. berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan
Murid mengadu dengan ibu-bapa bahawa tangan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan,
mereka penat menulis kerja rumah. Dan ada aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, tugasan perpasangan,
rungutan murid membuat kerja rumah sampai pukul permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini
2 pagi. akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi
menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka
diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid
untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka
daripada memberi kerja rumah secara solo yang membosankan
mereka dan tidak dapat mengukur tahap pencapaian mereka.
Masa belajar yang panjang. 1. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam membina kecemerlangan anak-anak bersama. Ibu bapa boleh
5.30 pagi dan pulang ke rumah jam 2 petang. memainkan peranan penting untuk menasihat dan memberikan
Kemudian, menghadiri kelas petang sehingga jam 4 kemudahan belajar seperti menghantar anak ke kelas
petang. Sebelah malampula menghadirirkan diri ke tambahan selain pembelajaran yang diperoleh di sekolah.
kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula 2. Ibu bapa dan sekolah boleh membabitkan anak-anak secara
bergantung kepada bilangan subjek yang diambil. aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, pasukan
Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali beruniform dan berpersatuan.
kelas tuisyen seminggu. Mereka juga mungkin 3. Ibu bapa boleh mengurangkan tekanan hidup anak dengan
diberikan kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu merapatkan diri mereka dengan anak mereka. Ibu bapa perlu
dilakukan terutamanya apabila tahun ini mereka sentiasa berikan galakan dan sokongan kepada anak mereka.
berhadapan dengan peperiksaan besar seperti Ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat akan hal mereka.
UPSR, PMR dan SPM. Selain ini, waktu cuti pun Jangan benarkan anak mereka menyembunyikan masalah
tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa besar dari pengetahuan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa
kerja sekolah. Hinggakan apabila balik kampung, mengorek rahsia mereka dan pandai membaca perasaan yang
beg sekolah pun terpaksa dibawa sama. ada di lubuk hati mereka. Ibu bapa boleh memberikan hadiah
sebagai galakan dan elakkan dari terlalu banyak berleter pada
anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa bersikap positif dalam
apa jua perkara yang anak mereka hadapi.
Komunikasi guru dalam bilik darjah yang lemah. 1. Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru
Komunikasi tidak berkesan apabila ketidakwujudan dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah
persefahaman yang mendorong kepada hubungan kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk
yang lemah di antara mereka yang terlibat. Dalam mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah
proses pengajaran dan pembelajaran, guru menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid
menggunakan peneguhan negatif dalam bentuk mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.
verbal (marah) seperti bodoh, hodoh, dengan Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku
berangkapan untuk murid tidak berulang yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi
kesalahanya. Tetapi murid beranggapan bahawa kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.
mereka dimarah dihadapan dengan kawan-kawanya Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
lalu menyebabkan mereka dihimpit stress. 2. Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan
interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang
sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-
muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh
mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa
segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid
berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti kumpulan.
Ujian/Peperiksaan/PBS 1. Ibubapa boleh membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
Murid akan menduduki ujian selama 4 kali dalam teknik-teknik menguruskan masa dan menghadiahkannya
setahun. Bagi murid-murid yang menghadapi UPSR, kepada anak yang mengalami ganguan emosi. Ibubapa
mereka perlu hadir ke kelas tambahan setiap hari bersama guru-guru boleh juga memberikan beberapa tunjuk
selepas waktu sekolah tamat. Ada juga kelas ajar tentang cara menguruskan masa masing-masing.
tambahan yang diadakan dalam cuti sekolah. Bagi 2. Ibu bapa boleh memberikan anak mereka sebanyak mungkin
murid-murid yang terlibat dalam PBS (Pentaksiran sokongan dan juga kasih sayang supaya anak merasa lebih
Berasaskan Sekolah) mereka sentiasa mengejar senang dan selesa berada di rumah. Ibu bapa juga boleh
untuk mencapai band 6. Dalam mencapai band 6, sama-sama bermain permainan kegemaran anak seperti catur,
pelbagai aktivti yang bersesuaian dengan band ini, scrabble atau uno di samping menonton rancangan televisyen
perlu diselesaikan dan ini secara tidak langsung kegemaran mereka bagi membantu anak-anak merasakan
membawa murid ke alam stress. tenteram dan lega untuk meluangkan masa bersama ibu-bapa.

Expektasi ibu bapa terhadap anak Walaupun ibu bapa mahu melihat anak berjaya dalam pelajaran
Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah tetapi perlu mengelakkan daripada menyerahkan tanggungjawab
menambah tekanan kepada ibu bapa dalam sepenuhnya kepada pihak sekolah semata-matanya. Ibu bapa
mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi boleh memupuk keyakinan diri pada anak-anak mereka agar
yang baik di sekolah. Ibu bapa yang berkemampuan sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu
melakukan apa sahaja dan sanggup mengeluarkan peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu
perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan
mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika mudah untuk keluar dari masalah tersebut. Ibu bapa wajar
anak mereka hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR. membantu mereka dengan memberikan sokongan, bimbingan dan
Mereka mahukan 5A. Walaupun ibu bapa perhatian dalam membentuk keyakinan untuk belajar bersungguh-
mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan sungguh. Sokongan padu daripada ibu bapa sahaja yang mampu
tersebut, namun anak-anak tahu harapan tinggi itu membawa anak-anak daripada masalah expektasi ini.
terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya,
kesannya akan memudaratkan mereka.

FIZIKAL

MASALAH STRESS LANGKAH MENGATASI

Anda mungkin juga menyukai