Anda di halaman 1dari 11

Wali

Perbicaraan tentang wali meliputi empat soalan. Pertama, tentang pensyariatan wali

bagi kesahan nikah. Kedua, tentang sifat-sifat wali. Ketiga, tentang jenis-jenis wali

dan turutannya dalam perwalian berikut hal-hal yang berhubung dengannya.

Keempat, tentang keberatan wali terhadap orang yang berada di bawah perwaliannya

dan hokum perselisihan yang terjadi antara wali dengan orang yang diwalikannya.

Pensyaratan wali bagi sahnya nikah.

Ulama berbeza pendapat sama ada wali menjadi syart sahnya nikah atau tiak.

Berdasarkan riwayat Aisyah, Imam Malik perpendapat bahawa tidak ada nikah tanpa

wali dan wali menjadi syarat sahnya nikah. Pendapat ini juga disampaikan oleh Imam

Syafie.

Imam Abu Hanifah. Zufur, al Syabi dan al Zuhri berpendapat bahawa apabila

seorang wanita melakukan akad nikahnya tanpa wali, sedangkan suaminya sebanding

(sekufu), maka nikahnya sah.

Daud memisahkan antara gadis dan janda. Dia memepersyaratkan adanya

wali pada gadis dan tidak mempersyaratkannya pada janda. Berdasarkan riwayat

Ibnul Qasim dari Imam Malik bahawa dia berpendapat adanya waris mewarisi antara

suami dengan isteri yang pernikahannya terjadi tanpa menggunakan wali. Alasan lain

bahawa wanita yang tidak terhormat juga boleh mewakilkan kepada seorang lelaki
untuk menikahkannya. Imam malik juga menganjurkan agar janda mengajukan

walinya untuk menikahkannya.

Dengan kenyataan ini Imam Malik seolah menganggap wali itu

termasuksyarat kelengkapan pernikahan, bukan syarat sahnya pernikahan. Ini berbeza

dengan pendapat fuqaha Maliki di Baghdad. Mereka mengatakan bahawa wali

termasuk syarat sahnya pernikahan, bukan syarat kelengkapan.

Perbezaan pendapat ini disebabkan tidak ada satu ayat atau satu hadith pun

yang berasaskan lahirnya yang mensyaratkan adanya wali dalam pernikahan, terlebih

lagi yang menegaskan demikian. Bahkan ayat-ayat dalam hadith-hadith yang biasa

dipakai oleh fuqaha sebagai alasan bahawa wali itu adalah termasuk dalam syarat

hanya menguatkan kemungkinan yang demikian itu. Demikian ayat-ayat dan hadith-

hadith yang dijadikan alasan oleh fuqaha yang tidak mensyaratkan wali juga

memugkinkan perkara yang demikian.

Hadith-hadith tersebut, disamping kata-katanya hanya memuatkan

kemungkinan-kemungkinan tersebut, ternyata dari segi kesahihannya masih

diperselisihkan, kecuali hadith Ibnu Abbas radiyallahuanhu, mesekipun fuqaha yang

meniadakannya tidak mempunyai dalil, kerana pada dasarnya asal dari segala sesuatu

adalah bebas dari kewajipan(al-ashlubarataatudz-dzimmah)


Berikut ini akan kami sampaikan alas an yang terkenal dari kedua-dua belah

pihak dan akan kami terangkan pula segi-segi kemungkinan pada alasan tersebut.

Di antara alasan yang paling jelas dari al Quran tentang disyaratkannya wali

ialah firman Allah:

kemudian apabila mereka telah habis masa iddahnya, maka janganlah kamu

menghalangi mereka nikah lagi dengan bakal suaminya. (al Baqarah:232)

Golongan pertama yang mengatakan ayat ini ditujukan kepada para wali. Jika

emereka tidak mempunyai hak dalam perwalian, tentu mereka tidak dilarang untuk

menghalang.

Ayat lainnya adalah:

dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman.

(al-baqarah: 221)

Dan diantara hadis-hadis yang menjadi alasan mereka adalah hadis yang

diriwayatkan oleh al-Zubri dari urwah dari Aisyah, iaitu

Aisyah berkata Rasulullah S.A.W bersabda, siapapun wanita yang nikah tanpa izin

wali, maka nikahnya itu batal (diucapkan tiga kali) . Jika suaminya telah menggauli,

maka maharnya untuknya (wanita) kerana apa yang telah diperoleh daripadanya.

Kemudian apabila mereka bertengkar, maka penguasa menjadi wali bagi orang yang

tidak mempunyai wali.


Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia mengatakan bahwa ini adalah

Hasan. Fuqaha golongan kedua (yakni yang tidak mensyaratkan wali) menyampaikan

alasan dari al-Quran dah hadis . Dari al-Quran adalah firman Allah

(kemudian habis idahnya), maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan

mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa

yang kamu berbuat.(Al-Baqarah: 234)

Mereka mengatakan bahawa ayat ini merupakan dalil bagi diperbolehkan

wanita bertindak menikahkan diri mereka sendiri. Mereka mengatakan bahawa

perbuatan menikahkan yang disandarkan kepada wanita banyak disebutkan dalam al-

Quran, misalnya:

maka janganlah kamu(para wali) menghalang mereka bernikah lagi dengan bakal

suaminya. (al-baqarah: 232)

sehingga dia (wanita yang telah ditalak bain ) nikah dengan suami yang lain. (al-

Baqarah: 230)

Dari hadis mereka beralasan dengan hadis Ibn Abbas r.a, yang telah disepakati

kesahihannya, iaitu sabda Nabi s.a.w :

wanita-wanita itu lebih berhak ke atas dirinya dibandingkan dirinya dan gadis itu

diminta pendapat tentang dirinya dan persetujuannya adalah diamnya.

Hadis ini oleh Daud dijadikan alasan untuk memisahkan diantara janda dengan

gadis dalam masalah ini. Demikianlah alasan-alasan keterangan-keterangan samI

( ayat / hadis) dari kedua-dua belah pihak.

Mengenai kemungkinan-kemungkinan yang terdapat pada alasan fuqaha yang

mensyaratkan adanya wali, maka dapat disebutkan disini sebagai berikut :


Pertama, mengenai firman Allah : (apabila kamu mentalak isteri-isteri mu),

lalu habis masa iddahnya, maka janganlah kamu menghalang mereka bernikah lagi

dengan bakal suaminya (al-Baqarah:232) maka ayat ini tidak lebih hanya seukuran

menunjukkan larangan terhadap kerabat atau keluarga seorang wanita untuk tidak

menghalang.

Akan tetapi dari larangan menghalang-halang tidak dapat difahami bahawa

persetujuan wali menjadi syarat sah akad nikah, baik berasaskan perngertian hakiki

mahupun majazi, yakni dari segi lahir dalil kitab apa-apa pun mahupun berasaskan

nas. Bahkan sebaiknya dapat difahami bahawa para wali alasan untuk bertindak

terhadap orang yang berada dibawah perwaliannya.

Kedua, demikian juga firman Allah: Dan janganlah kamu menikahkan orang

musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman (al-Baqarah:221),

lebih tepat jika ditujukan terhadap ulil amri (penguasa) kaum Muslim atau terhadap

seluruh kaum Muslim dibandingkan terhadap para wali.

Ringkasannya, bahawa ayat tersebut dapat ditujukan kepada para wali dan

dapat pula kepada ulil amri kaum Muslim. Oleh kerana, bagi fuqaha yang beralasan

dengan ayat tersebut dapat memberikan penjelasan yang mengatakan bahawa ayat

tersebut lebih jelas ditujukan kepada para wali dibandingkan kepada ulil amri

(penguasa) kaum Muslim.

Jika yang dikatakan bahawa firman tersebut merupakan umum, sedang dalil

umum dapat mencakupi para ulil amri kaum Muslim dan para wali, maka dapat
dikatakan bahawa firman tersebut memuatkan larangan, sedang larangan itu

ditetapkan oleh syara. Oleh kerananya, kedudukan para wali sama dengan lainnya.

Kalaupun wali itu diperintahkan oleh syara untuk menghalang pernikahan

wanita-wanita Mukmin dengan orang musyrik, maka itu pun tidak beerti bahawa

syara menetapkan suatu kekuasaan khusus untuknya dalam memberikan persetujuan,

sama halnya orang asing.

Sedang apabila dikatakan bahawa firman tersebut ditujukan kepada para wali,

yang oleh keranaya firman tersebut menetapkan persetujuan wali sebagai syarta sah

nikah, maka bererti firman tersebut merupakan suatu ketentuan mujmal(global) yang

tidak boleh dilaksanakan. Kerana dalam firman tersebut tidak disebutkan jenis-jenis

wali, sifat-sifat mahupun turutannya. Sedang pemberian penjelasan gtidak boleh

ditunda dari waktu diperlukannya.

Jika masalah wali ini merupakan satu aturan yang telah dukenali, tentu hal itu

sudah diriwayatkan kepada kita dengan jalan tawatur ataupun yang mnedekati

tawatur. Kerana masalah perwalian ini merupakan suatu hal yang banyak diperlukan.

Dimaklumi juga bahawa di Madinah terdapat orang yang tidak mempunyai

wali, tetapi tidak diriwayatkan dari Rasulullah sallahualaiwi wassalam bahawa

baginda melaksanakan pernikahan mereka ataupun menunjukkan seseorang yang

melaksanakan pernikahan mereka itu. Firman itu tidak bermaksud menjelaskan

hukum perwalian, melainkan bermaksud melarang pernikahan dengan orang musyrik

lelaki dan wanita.


Ketiga, akan halnya hadith Aisyah radiyallahuanhu yang diatas, maka masa

diperselisihkan tentang keharusan pengamalannya. Yang lebih jelas adalah, bahawa

hadith yang tidak disepakati kesahihannya itu tidak wajib diamalakan. Kalau pun kita

terima kesahihannya hadith tersebut, namun demikian hadith ini hanya menguatkan

pensyratan persetujuan wali bagi wanita yang mempunyai wali, yakni wanita yang

berada di bawah kekuasaan wali.

Kalaupun kita menerima bahawa hadith tersebut berlaku umum bagi seluruh

wanita, itupun tidak bererti bahawa seorang wanita tidak boleh melakukan akad nikah

atas dirinya; yakni jangan hendaklah dia melakukan sendiri akad nikahnya. Bahkan

pengertian yang lebih jelas dari hadith tersebut adalah, bahawa apabila wali telah

memberikan persetujuan maka wanita tersebut boleh melakukan sendiri akad

nikahnya tanpa didasarkan kehadirah wali bagi sahnya pernikahan.

Adapun mengenai segi-segi kemungkinan pada alasan fuqaha yang tidak

mempersyaratkan wali, maka dapat disebutkan:

Pertama, mengenai firman Allah yang dipakai alasan oleh fuqaha yang tidak

mempersyaratkan wali, iaitu:maka tiada dosa bagimu membiarkan mereka menurut

yang patut (al- Baqarah:234), maka firman ini memberikan pengertian larangan untuk

memberikan teguran terhadap mereka (wanita-wanita yang ditinggal mati oleh

suaminya) berkenaan dengan apa yang mereka berbuat sendiri tentang penyertaan

wali-wali mereka. Dalam kaitan ini apa yang diperbuat tanpa penyertaan walinya

hanyalah akad nikah.


Maka berasaskan lahir ayat ini terkandung pengertian bahawa wanita boleh

mengadakan akad nikah sendiri, sedang wali noleh membatalkan akad tersebut. Jika

tidak terjadi menurut kepatutan. Demikian pengetian berasaskan teks ketentuan

syara. Hal ini tidak dikatakan oleh seorang pun. Pemakaian sebahagian zahir ayat

untuk memperkuat suatu pendapat tanpa sebahagian yang lain merupakan suatu

kelemahan.

Kedua , penyandaran kata nikah kepada wanita tidak beerti bahawa dia

mempunyai kekuasaan untuk melakukan akad nikah. Kekuasaan tersebut memang

menjadi miliknya jika terdapat dalil yang menunjukkan sebaliknya.

Ketiga , mengenai hadith Ibnu Abbas ra , maka kami berpendapat bahawa hadith ini

jelas menguatkan pemisahan antara janda dengan gadis. Kerana tiap-tiap dari kedua-

dua wanita ini diminta persetujuannya , kemudian wali melakukan akad nikah untuk

mereka, maka untuk apakah dinyatakan bahawa para janda itu lebih berkuasa terhadap

dirinya dibandingkan walinya.


Sedang mengenai hadith Al-Zuhri (hadith Aishah rha) , maka dengan tepat

dikatakan bahawa hadith tersebut memuatkan persesuaian dengan hadith Ibnu Abbas

ra , berbanding dikatakan menguatkan perbezaan dengannya.

Boleh jadi permisahan antara gadis dengan janda itu hanya dengan hal diam dan

berbicara sahaja. Diam itu sendiri sudah memadai bagi dilaksanakan akad nikah.

Keempat , bahawa pemakaian ayat : maka tiada dosa bagi mu membiarkan mereka

berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut (Al-Baqarah : 234) Sebagai alah

bagi diperbolehkannya seorang wanita melakukan sendiri akad nikahnya , lebih jelas

dibandingkan lebih dengan ayat : dan janganlah kamu menikahkan orang musyrik

(dengan wanita-wanita Mukmin) sehingga mereka beriman (Al-Baqarah :221) , yang

justeru menunjukkan wali itulah yang melakukan akad nikah.

Kelima, ulama hanafiah menganggap lemah hadis aisyah r.a. sebab hadis ini

diriwayatkan oleh segolongan ulama dari Ibnu Juraij dari al-Zuhri sementara Ibnu

ulayyah menyatakan dari Ibnu Juraij bahawa dia (Ibnu Juraij) pernah menanyakan

kepada al-Zuhri tentang hadis tersebut tetapi dia tidak mengenalinya.

Sebagai dalil atas kebenaran hal itu (sebagai yakni tidak dikenalinya hadis

tersebut), mereka menanyakan bahawa al-Zhuri sendiri tidak mensyaratkan adanya

wali dan pensyaratan wali juga buka merupakan pendapat aisyah r.h.a.

Fuqaha yang mempersyaratkan wali juga beralasan dengan hadith ibnu Abbas

r.a berikut ini:

tidak ada nikah kecuali dengan wali dan dua orang saksi yang alim

Hadis ini masih dipersilisihkan tentang segi kemarfuannya.


Fuqaha juga berbeza pendapat tentang kesahihan hadis yang berkenaan

pernikahan Nabi S.A.W terhadap ummu salamah r.h.a dimana dia (ummu salamah)

menyuruh anak lelakinya untuk menikahkan dia kepada Nabi S.A.W.

Dari segi pemikiran alasan keuda-dua golongan fuqaha ini hanya memuatkan

kemungkinan benar. Yang demikian kerana apabila seorang perempuan telah memiliki

maka sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk melakukan akad nikah sebagaiman

kepandaian digunakan untuk bertindak terhadap harta benda.

Sebaliknya dapat juga dikatakan berasaskan tabiat wanita itu lebih benar

kecenderungannya terhadap lelaki dibandingkan pemborosan harta. Oleh kerananya

syarat berhati-hati dengan menempatkan orang wanita sebagai orang yang diampu

selamanya dalam masalah pernikahan disamping cela yang akan menimpa dirinya

kerana tidak menetapkan dirinya pada tempat yang sepatutnya juga akan menimpa

walinya. Akan tetapi dalam kaitan bagi wali cukup untuk membatalkan nikah atau

mengikarinya. Disini kita boleh melihat bahawa persoalan tersebut hanya memuatkan

kemungkinan kebenarannya.
Tetapi dugaan yang lebih kuat adalah bahawa apabila syara bermaksud

menetapkan wali sebagai syarat sah nikah, tentu dia akan menjelaskan jenis-jenis

wali, golongan-golongan serta turutannya. Kerana penundaan penjelasan dari waktu

diperlukannya tidak boleh terjadi. Jika penundaan penjelasan dari waktu

diperlukannya tidak boleh terjadi dari Nabi S.A.W sedang banyaknya peristiwa

pernikahan disekitar masalah perwalian ini mengharuskan adanya periwayatan Nabi

S.A.W , baik riwayat mutawatir mahupun yang mendekati mutawatir, sementara

riwayat itu sendiri tidak ada, maka yang harus diyakini adalah salah satu dari dua hal

iaitu:

Pertama, bahawa wali tidak menjadi syarat sah nikah, melainkan dia boleh

hanya boleh mengikarinya. Kedua, bahawa apabil wali menjadi syarat sah nikah,

maka dalam hal ini tidak diperlukan adanya perbezaan sifat-sifat wali, jenis-jenis serta

turutannya. Dan oleh keranannya menjadi lemah lah pendapat yang mengatakan

bahawa akad nikah yang dilakukan oleh wali yang jauh adalah batal, jika ada wali

yang dekat.

Semua perbahasan ulama tentang wali yang telah kami tulis semula dia atas

kami ambil terus daripada kitab terjemahan bidayatul mujtahid karangan Ibnu Rusyd

tanpa menulis ayat al Quran dan matan hadith.

Anda mungkin juga menyukai